Jumaat, 20 Ogos 2010

Puding Roti

monin.... ari ni pagi2 masuk forum kat makanan & resepi.. carik puding, ingat nak buat sabtu or ahad ni... tengok resepi kak leenn sedap sangat, teliur wes.... ni saya copy resepi dia paste kat sini.. rasanya ada yang berminat kot sbb ada sos dia yang yum yum... nanti saya dah buat saya paste kat sini plak ok... selamat mencuba...



Puding Roti Bersos

Bahan-bahan:-
6 keping roti dikoyak 4
650 ml Susu Segar – guna susu cair lagi sedap
3 sudu makan Gula
28 gm Kismis hitam – lebih pun sedap
3 biji Telur
1 sudu the Esen Vanilla

Bahan Sos:-
250ml Susu Segar / Susu cair
2 biji Kuning Telur
30gm Gula Pasir – saya ganti dgn 4 sudu makan Madu
1 sudu the Esen Vanilla

Cara-cara:-
1.Rendam roti bersama susu selama 15minit didalam mangkuk tahan panas atau Loyang (guna Loyang 6.5x6.5")
2.Dalam bekas lain, campurkan gula, telur, kismis dan esen vanilla, kacau sebati.
3.kemudian tuangkan campuran tadi ke dalam Loyang berisi rendaman roti tadi.
4.Bakar hingga masak selama 30minit – (bergantung oven masing2, I baked at 170c for 30-40minutes)
5.Untuk sos, masak kesemua bahan dengan api yang perlahan atau sangat perlahan
6.Setelah mendidih dan sebati, tapis dan hidangkan bersama pudding roti tadi.