Memaparkan catatan dengan label Therapy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Therapy. Papar semua catatan

Selasa, 15 November 2016

Occupational Therapy And Sensory Integration

Hari tu join Cara Kerja sempena children's day bulan lepas. seronok la Adam Amsyar kalau join macam ni. tak segan2 dia... aktiviti ni join dengan kakitangan hospital. 4 autisme kids terpilih. so yang pilih ni pun yang ok boleh bagi kerjasama la... kalo tak boleh main sekali susah juga peserta kursus nak faham kan. so sorang kid 1 kumpulan. peserta kursus dapat tengok pemikiran dan pemaham anak2 autisme ni berbanding dengan kanak2 biasa. ada yang cepat dali budak biasa, ada juga yang lambat.

ni antara aktiviti yang buat kat sana

1-sedut jeli pakai straw (yang ni Amsyar slow sikit. yang lain past A)
2-tiup buble
3-tiup wisel
4-peluru straw

5-ni labelkan kat sorang2 ABC lepas tu past bola sambil sebut huruf, nak tengok kid cepat tak tangkat ikut ABC.
6-cari perkataan
7-gunting kertas ikut lakaran
8-gam kapas buat kambing biri-biri

Alhamdulillah, dengan jayanya anak2 autisme buat bersama peserta... tq miss eu jemput Adam Amsyar.

Selasa, 19 November 2013

Positive Parenting Workshop

Assalamualaikum...
 
Hari tu join parents & teacher 1 workshop di Hospital Bukit Mertajam. program ini menggabungkan beberapa ibu bapa datang dan berkongsi masalah anak masing2 yang menpunyai autisme. teachers pun banyak beri tunjuk ajar apa yang perlu dibuat masa dirumah.. siap bagi jadual apa yang anak kita buat, apa yang dia gemar, apa yang dia tak suka...
 
sangat bagus.. sekurang2nya ibu bapa seperti kami tidak simpan perasaan dalam hati je. kita boleh luarkan.. tapi tak luah la banyak2 sebab kalau luah banyak2 nanti pakat menagis.. huhu...


dapat juga menambah ilmu pengetahuan mendidik anak dirumah.. kekadang kita terlupa anak kita sebenarnya banyak kelebihan, tapi kita asyik nampak keburukkan yang ada...
 

my asben.. ada 2 pasang je, yang lain ibu datang sorang...

jadual kena buat kat rumah... tulis apa benda baik dan buruk anak buat... berkongsi dengan teacher kat terapi...
 
nampak bagus sangat, tapi tak pandai pun...
 
kul 2 ptang habis... sangat suka.. semoga ibu bapa lain berpeluang juga ya...
 
Balik singgah kedai buku hasani cari buku ini untuk rujukan dan doa2 untuk ibu bapa yang anaknya autisme...
 
RM17.00
 
Lepas tu beli kat budak musyuk ni keta mainan upah kena tinggal dengan maktok pada hari mama papa bercuti... sori sayang...
 

Selasa, 22 Oktober 2013

Perkembangan Adam Amsyar

Assalamualaikum....
 
Hari ni nak cerita tentang Adam Amsyar.. lama rasanya tak update tentang terapi dia... dah 3 tahun pun Adam... dia masih lagi belum boleh bercakap. tapi sekarang bila minta dia sebut 1 benda tu dia dah boleh sebut... Sekarang ni kalau nak minta makan, kalau aku kat dapur dia akan datang dan tarik2 atau sebut na na na (maksunya doa makan tu). so mak ngan aku dah faham.. kalau nak susu dia sebut nak su. tetapi kekadang dengar kat mak su dia pun panggil nak su.. hahaha...
 
Yang bestnya kita bila dengar budak2 mengigau sebut apa yang dia main atau apa2 la kan, tapi Adam ni sebut one two a b c alib ba ta semua keluar.. hahahaha sangat lawak, aku yang tejaga boleh tergelak dengar dia cakap macam tu.
 
Kalau nak sebut teacher aku akan sebut 2x, tea-cher, buat dalam 3x pas tu sebut terus teacher penuh. 2 bunyi dalam 1 patah buat dia susah, kalau 3 lagi la susah nak ikut. so bayak benda aku kena pakai bahasa inggeris...kekadang en papa sebut bahasa melayu, dia macam kedut dahi tak faham... hahaha mama papa kena ambik kelas b.i la lepas nih...
Alhamdulillah basic warna pun dah kenal, tu pun kena b.i jugak. pakai Mula Bead Roller Coaster ni yang aku beli hari tu. pelbagai kegunaan sebenarnya bendalah nih.. senang keja kan... blue dia sebut blu, red = bet, yelow = lelow, green = gen. so nanti nak tambah kaler lagi, sekarang ni takut kompius sebab time tunjuk warna koko dia kata red... kekadang tunjuk suh dia ikut ja.. tak ingat pun kalau banyak2...
 
Sekarang kalau drawing ada banyak2 warna mesti dia tukar2 warna. ajar sekali dah boleh tau apa yang disuruh...
 
Sebut tentang warna ni, warna kesukaannya (warna pencil yang selalu dia ambil) biru, hijau, hitam. bagi la kaler oren ka merah ka kuning ka, yang tu pilihan dia dulu.. lelaki kan... yang si mak suka bagi merah.. hahaha....
 
Sekarang ni makin 'sehat' uolls... angkat/dukung pun mama papa ja yang sanggup, tapi mama sanggup 1 minit ja, tu pun kalo sampai... pernah dok dukung dia sakit bawah perut. risau jugak takut jadi apa2... tapi tak ada apa lah... orang lain kalo dukung tak tau la, kompom senak.. hahaha dah 20kg dah pe... lama tak timbang dia...
 
 
 
 

Memahami anak-anak autistik

ANNIE anak yang cukup comel. Dia jarang menangis dan boleh diletakkan dalam buaian berjam-jam lamanya. Tetapi ketika menjangkau umur tiga tahun, perangainya banyak berubah. Dia kerap menunjukkan tingkah laku mengganggu dan jarang ada pertembungan mata (eye contact) dengan sesiapa. Tingkah lakunya amat agresif dan sukar  dikawal.

Dengan sedikit sahaja gangguan emosi, dia akan menjerit, berguling di lantai dan menghantukkan kepalanya ke dinding. Seisi keluarga cuba bertolak ansur dan memenuhi kemahuannya untuk mengelakkan kecederaan fizikal. Ibunya berasa letih dan tertekan untuk menjaga dan mengajar anaknya. Atas usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi, tidak juga nampak perubahan yang  ketara atas tingkah laku anaknya.

Ibu bapa Annie berasa amat khuatir dan berikhtiar untuk mengubati penyakitnya. Selepas menjalani dianogsis yang rapi daripada pakar, disahkan bahawa anaknya menghidap kecelaruan autistik.

Apabila seseorang bayi dilahirkan, ibu bapa menaruh harapan untuk menjaga dan menyayangi darah dagingnya dengan sempurna. Pada masa yang sama, mereka berharap anak dapat membalas jasa mereka.

Namun, malangnya dalam setiap 10,000 bayi yang lahir, empat daripada mereka berkemungkinan menghidap kecelaruan autistik.

Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia.

Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi. Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya.

Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai 'infantile autism' (berasal daripada perkataan Greek, Autus bererti diri).

Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup
dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk
membantu anaknya.


Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.

Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya.

Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi.
Adam tak macam ni.

Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan.
Adam pulak, bila sakit aku jatuh, contoh tangan sakit dia akan bawa tangan dia datang kat aku.

Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri.
kurang pasti 

Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar 'echolalia', iaitu mengulangi perkataan orang lain.
kurang pasti

Contohnya kalau ditanya 'Annie, sudah makan?'. Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata 'Annie, nak makan?'. Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.
tak pandai cakap lagi, so kurang pasti

Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan.

Selain itu, anak autistik memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak luar biasa. Annie misalnya suka menyusun alat permainannya dengan cara yang sama pada tempat yang sama.
 kadang2 Adam macam ni, kekadang je...

Tiada siapa yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya alat permainannya hilang atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk dan melonjak-lonjak.
rasanya Adam tak kot.

Anak autistik sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa berasa bosan.
Ya

Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar maintenance of sameness iaitu pengekalan kesamaan.
Ya

Anak autistik sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku.
Ya/Kadang2

Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan ketidakstabilan emosi. Anak autistik sering melakukan sesuatu mengikut kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.
Ya

Sikap mereka yang angkuh, suka menghafal, mengulang dan tidak menghiraukan kewujudan orang lain merupakan halangan yang merumitkan proses pembelajaran mereka.
Ya/mungkin

 Dingin

Tidak lama kemudian, pakar klinikal pula membantah dengan mengatakan autisme adalah dipelajari. Keadaan anak sedemikian disebabkan ibu bapa yang bersikap dingin, tidak suka bergaul dan suka mengawal tingkah laku anaknya. Pada tahun 1967, Bettelheim turut menyokong dengan mengatakan bahawa kecelaruan autistik berlaku hasil daripada gaya layanan ibu bapa yang bercorak kesempurnaan, jarang berkomunikasi dengan anak dan secara relatifnya, jenis keluarga sedemikian mempunyai status ekonomi yang tinggi.

Pembaca pasti dapat membayang betapa pedihnya hati ibu bapa yang memarahi
dirinya dan menyalahkan diri sendiri di atas kelahiran anak sedemikian.


Dari perspektif lain, pada tahun 1975, Cox dan pakar psikologi yang lain telah menjalankan penyelidikan ke atas ibu bapa anak autistik. Mereka mendapati ibu bapa ini bersifat mesra, suka bergaul dan berintraksi. Walaupun memiliki anak-anak autistik, mereka juga melahirkan anak-anak lain yang normal.

 Risiko

Jones dan Szatmari (1988), mengatakan bahawa ramai ibu tidak mahu mengandung selepas melahirkan anak autistik kerana bimbang akan risiko mendapat anak yang menghidap kecelaruan tersebut lagi.

Menurut Cook, 2001, keluarga yang mempunyai anak autistik menghadapi kebarangkalian 3 peratus hingga 5 peratus untuk melahirkan anak autistik yang berikutnya. Faktor genetik dikaitkan dengan sindrom X yang mengandungi komponen biokimia. Bukti terbaik untuk faktor genetik lahir daripada kajian anak kembar "Twin Studies".

Lelaki menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi menghidap autisme berbanding dengan perempuan. Kadarnya adalah tiga hingga empat lelaki berbanding perempuan, satu sahaja.

Kebanyakan anak autistik tidak dapat menjaga dirinya dengan sempurna. Mereka terpaksa berada di rumah bersama ahli keluarganya. Sebagai ibu bapa, mereka tidak seharusnya berputus asa.

Penulis mempunyai seorang rakan yang anaknya Pennie telah menghidap kecelaruan autistik. Pada peringkat permulaan, pasangan suami isteri ini berasa kecewa dan sedih. Mereka enggan menerima kenyataan. Namun atas pegangan agama dan azam yang kukuh, mereka telah berubah sikap dan ingin membantu anaknya dengan hati terbuka. Pennie telah dihantar ke sekolah khas ketika berumur 4 tahun untuk menerima pendidikan.

Untuk menjayakan program bimbingan si anak, mereka telah mengambil bahagian secara aktif. Pada hakikatnya, penguasaan bahasa dan keupayaan bersosialisasi merupakan aspek penting dalam segala rawatan atau program yang dikendalikan.

Selepas dua tahun menjalani latihan dari sekolah khas, Pennie menampakkan perubahan yang ketara. Dia lebih ceria, mesra dan tidak lagi begitu agresif. Selain itu, kanak-kanak itu mulai boleh duduk diam untuk mendengar seketika dan berkomunikasi secara ringkas. Tingkah lakunya yang tidak normal juga banyak berkurangan. Ibu bapa dan guru menggunakan teknik pengukuhan seperti diberi buku bergambar selepas berjaya dalam suatu pembelajaran.

Anak merupakan kurniaan Tuhan. Anak-anak autistik yang malang ini seharusnya menerima limpahan kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ahli keluarganya.

Dari segi perubatan psikososial misalnya, penekanan dari segi komunikasi dan sosiolisasi diberi keutamaan. Untuk perubatan biologikal pula, didapati kesannya tidak begitu baik.

Kebanyakan terapi anak autistik meliputi pendidikan khas dalam bidang komunikasi dan sosiolisasi. Pendekatan tingkah laku didapati paling berkesan dalam membantu penguasaan pembelajaran anak autistik.

Komuniti juga harus bersimpati dan prihatin terhadap anak autistik, menghulurkan bantuan dan sokongan moral supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Kepada ibu bapa, jangan sekali-kali berputus asa jika mempunyai anak autistik. Berikanlah rawatan dan pendidikan khas seberapa awal yang boleh kepada anak-anak dan jangan biarkan mereka terabai begitu sahaja.

Oleh Dr. Tam Cai Lian (Pensyarah di Jabatan Psikologi, Fakulti Kesihatan dan
Kesihatan Semulajadi Kolej Universiti Sunway)

Ok, kesimpulan disini aku hanya nak berkongsi dengan bloger sahaja. Adam Amsyar tidak berpenyakit ni, cuma ada sikit2 perangai dia macam ni... sebagai Ibu dah tentu kerisauan untuk anak sendiri kan...

Jumaat, 23 Ogos 2013

ENT PASS!!!

Salam... hi uols...

kemarin bawa Adam Amsyar check telinga kat ENT Hosp. BM. Temujanji jam 2, memang tak de orang, tapi masuk jumpa doc jam 2.45pm.. huhuhu dekat 1 jam tunggu, dah la budak kecik ni tak mau duk diam.. 1st sekali sampai dia nampak mesin air tekan tu nak ja milo sejuk. so en papa umpan la 1, minum dekat nak abis sambil tunggu dia dah nak belari dah.. dia buat hospital tu cam bungalow mak pak dia ja sesuka hati turun naik. nasib la nurse kat situ sangat memahami "biasa la budak-budak"...

Nampak pic bawah ni? umpan lagi tengok wonderpet. kalo ada astro boleh jugak umpan tutor tv... sat je la tak lama mana pun... nampak aku kat kanan tu? jadi bodyguard dia la, apa lagi...

 
 
ralit jugak tengok iklan, nampak doc masuk dah n number dipanggil selepas 1 minit.. 1st sekali dia minta maaf sebab lambat ada baby2 kat NICU kena check sebab dia sorang je keja. selalunya ada 2 orang.. its ok lah. kiter pun x da la marah sangat, tapi hampir tulis komplen kat peti cadangan tu... masa nak tulis tu terdetik la jugak dalam hati "nak cepat pi swasta la" hahaha tak jadi terus.
 
 
ni masa tengah check. Adam Amsyar kena pakai benda tu untuk sahkan dia dengar atau tak bunyi yang doc bagi... umpannya mainan susun kat atas meja, ambil 1 letak kat telinga (macam pic kat atas) dengar je susun balik kat tempat dia.. so lebih kurang 40 kali buat result yang keluar amat berpuas hati... teliganya Normal, kiraan 20 kebawah.. so lepas ni tak yah dah p kat ENT lagi... Masa tau result dia ok, rasa lega yang amat sangat... alhamdulillah... risau jugak kan...

OTW balik singgah kat bandar perda nak rasa coconut shake... dok tengok area melaka tayang sedap ja... dah dipromot oleh bff aku yang dok area situ, so bungkus sekali mee sotong...
 
 

 nin dia.. coconut shake bungkus.. nampak macam susu ais bungkus jek.. hohoho... tapi rasanya makkk aiiiii sedap giler... nasib beli 2 k... mee goreng dia not my taste... rasanya kat area rumah aku ni lagi kaw dari mee sotong dia... macam mee penang yang aku suka makan kat bukit tambun tu lagi power... so nanti kalo pegi sana nak cari air je lah...

sambil tu Adam Amsyar baik punya tarik dayung kat belakang.. lega, sampai rumah angkat masuk bilik sambung tido sampai kul 6... hahaha mama suker....

Selasa, 18 Jun 2013

Lakaran anak melambangkan emosinya


Lukisan indah dari anak tercinta

Baru saja minggu lepas saya becerita tentang contengan Adam Amsyar kat rumah.. terus jumpa 1 blog ni dimana menceritakkan tentang lukisan anak.. bacalah wahai ibu bapa... anda akan tersenyum seperti saya... :D

Luahan emosi anak

ADAKAH anda sering memarahi anak jika mereka menconteng dinding? Jika ya, fikirkan semula tindakan itu kerana lukisan atau contengan si kecil itu lebih daripada sekadar kreativiti, sebaliknya itulah luahan isi hati mereka.

Menurut pakar psikologi, lukisan bukan hanya sekadar menjadi saluran kanak-kanak meluahkan perasaan tetapi pintu masuk kehidupan mereka. Malah, sejak sekian lamanya, lukisan dijadikan alat oleh pakar psikologi untuk mendekati kanak-kanak bermasalah seperti mangsa dera, mangsa rogol atau kanak-kanak yang berdepan masalah autisme dan Sindrom Asperger.

Menerusi lukisan, pakar psikologi mengenal pasti masalah dan isu yang melingkari kehidupan kanak-kanak. Setiap hasil seni kanak-kanak itu bercerita, menjadikan seni lukis dan kanak-kanak sangat intim.

Lukisan juga menjadi medium si kecil membina personaliti, memerhati persekitaran, penanda aras pembangunan intelektualnya, kemahiran komunikasi, selain boleh membantu diagnosis ketidakupayaan dirinya dalam pembelajaran. Seni lukis juga cara mereka menterjemah apa yang dirasa dan dilihat.

Justeru, seni lukis sebagai terapi adalah cara efektif untuk kanak-kanak membentuk dan menjelaskan emosi. Ia juga alat paling berkuasa memberi kanak-kanak kebolehan untuk meluahkan pendapat, emosi, ketakutan dalam persekitaran yang selamat. Setiap hasil seni kanak-kanak itu bercerita.

Semua kanak-kanak lahir dengan kecenderungan menconteng. Justeru, kanak- kanak adakalanya melukis apa yang mereka lihat di sekeliling persekitaran. Ada kanak-kanak yang memerhati persekitaran dengan lebih kritikal.

Apabila mendalami hasil lukisan kanak-kanak, perhatikan warna yang dipilihnya. Pakar psikologi percaya, pemilihan warna dalam lukisan juga menjadi pengukur emosinya.

Pada 1975, seorang profesor pendidikan seni di Universiti Pennsylvania State, Viktor Lowenfeld, memperkenalkan teori pembangunan artistik berdasarkan tahap kreativiti dan kognitif yang sistematik.

Umumnya, setiap kanak-kanak yang sihat dan normal akan melalui setiap satu daripada fasa perkembangan ini.

Fasa melukis kanak-kanak

* Menconteng pada usia dua tahun dan kekal hingga usia empat tahun. Ia bermula apabila kanak-kanak mula bijak memegang pensil warna atau krayon dan menconteng buku. Ada kala ia bermula pada usia 18 bulan. Kanak-kanak lebih berminat pada warna yang diconteng di kertas atau dinding. Ada juga kanak-kanak yang kagum pada hasil kerjanya sendiri.

* Pada peringkat ini mereka sudah punya imaginasi sendiri. Bulatan senget, bagi mereka adalah kucing. pada masa lain pula, bulatan senget mungkin mewakili `ayah' atau `ibu.'

Fasa prasimbol

* Bermula pada usia empat tahun atau lebih awal atau lewat bergantung pengalaman artistik dan budaya kanak-kanak itu. Lukisan `anak berudu' sudah berubah menjadi sedikit sempurna. Lukisan ayah atau ibu bertambah baik dengan wajah, tangan ada kala jari kaki tetapi tiada badan. Kadangkala wajah ayah tersenyum lebar. Kepala pula lebih besar daripada tangan atau kaki. Kanak-kanak pada usia ini biasanya belum mampu melukis badan kerana pada kanak-kanak, kepala itu penting kerana mereka makan, bercakap, mendengar menggunakan anggota di bahagian kepala. Mereka juga pada peringkat ini melukis apa yang mereka tahu.

Fasa berjadual


* Bermula usia tujuh tahun dan berterusan hingga usia sembilan tahun. Kanak-kanak membentuk skema spesifik atau simbol untuk orang dan objek dalam persekitarannya dan akan melukis secara konsisten berulang kali. Bentuk manusia dilukis dengan bahagian badan yang sempurna dan bukan lagi orang lidi. Pada usia lapan atau sembilan mereka sudah boleh melukis watak kartun kegemaran mereka atau adiwira kesukaan mereka. Pada fasa ini mereka melukis apa yang mereka lihat.

Fasa realistik

* Bermula pada usia sembilan tahun dan lukisan yang terhasil juga lebih teliti. Jika melukis orang, ia lebih terperinci dan mampu melukis dalam perspektif jauh dan dekat. Mereka lebih sensitif jika ada yang mengkritik lukisan itu.

Info

Maksud warna dilukis kanak-kanak
* Warna hitam dan merah mungkin menjelaskan isyarat dia berdepan masalah. Rona hitam selalunya menggambarkan tekanan, rasa tiada harapan atau tersekat.

* Merah merujuk kemarahan.

* Biru dan hijau adalah warna tenang.

* Warna kuning dan oren menandakan keceriaan.

* Apabila kanak-kanak melukis unsur menakutkan dan warna hitam, kanak- kanak itu sebenarnya berdepan masalah yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Khamis, 13 Jun 2013

Adam Amsyar Lambat bercakap

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak meluahkan apa yang terpendam setelah berminggu2 tidak diluahkan disini. anda sudah tengok tajuk n3 kali ni? pengakuan sebenar sememangnya anak sulung saya ni masih lagi belum bercakap atau membuat ayat dengan gabungan2 pekataan lain.

Yang saya dengar dari mulut dia sebut mama, papa, no, nyaw (kucing), wow, ball, ish (fish), syoh (ayam), car (bila nampak atau lukis kereta), sebut dan menulis one hingga ten, mengenali A hingga Z, menari dan mengingati lagu taska permata dengan baik (belajar di taska). sekali sekala dia mengajuk juga apa yang kita cakap.






Kalau dia nak apa2 dia hanya ketempat itu dan memanggil (hem hem) atau menjerit sambil tangannya mengamit ke arah saya atau papanya dan manunjukkan apa yang dia mahu.

Sikap dia ada yang positif ada juga sebalikkan... Adam Amsyar ni kalo lepas ja ke supemarket atau pasar malam dia akan lari terus tanpa menoleh belakang. bagi dia, dia rasa bebas nak kemana pun. so yang penat tu papa dia la yang selalu kejar dia balik. 1 lagi yang paling saya geram dengan perangai dia, dia suka main barang elektrik..

Ya Allah plug rumah ni tak tau la jumpa kat mana2 pun dia nak petik/tekan, tapi dia tak masukkan jari la. kalau kat pejabat pun dia nampak ja plug nak je on off. pernah cikgu taska bagi tau dia ternampak adam amsyar main on off plug so automatik cikgu tertampar tangan.. saya tak marah sebab saya pun tampar jugak.. bila angkat tangan nak tampar je adam siap sua/halakan tangan dia untuk ditampar sebab selalu kena tampar.

Kalo nampak tangga lagi la tak senang duduk. kat rumah mak saya dan mertua memang ada tangga. cuma rumah mak saya abah dah buat pagar, kat rumah metua ja belum. masa kecik2 takut jugak, tapi sekarang dah besar ok la sikit. tapi paling dia suka tangga elektrik.. boleh megrin dibuatnya. naik 2 3 kali ok, kalo stop 1 supemarket boleh dengar dia menjerit.. hai la anak, kesian la kat mama dengan papa ni...

terapi demi teripi saya ikuti dari awal tahun 2013. alhamdulillah semua hospital memberi kerja sama dengan baik. so hari ni baru balik dari hosp sungai bakap kat carakerja. ada juga ckgu tu cakap "sepatutnya 3 tahun dah boleh cakap ni" ye la.. kalo ikut setahun lebih pun dah boleh cakap.. kalo tak, tak bawa la ikuti terapi ni.. adoiii kekadang bila dengar ayat2 mcm macam nak marah ja. saya juga berusaha nak bagi anak bercakap. sapa yang nak anak tak bercakap kan...

Salah satu amalah yang saya sedang buat baca doa ni,


Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Penawar Anak Lambat Bercakap - SUMBER FB

1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.

2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap2 kali lepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yg sempurna, dan menguatkan daya ingatan.

3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya sendiri. In Shaa ALLAH

ada juga saya mengikuti blog2 dimana ada juga anak mereka seperti adam amsyar.. seronok berkongsi apabila mempunyai masalah yang sama... contohnya seperti kak zarina ni, memang anak dia sorang sikap macam adam sebijik.. dia pun dah besar sekarang... nak baca kisah dia KLIK

kepada yang mempunyai anak lambat nercakap, berkongsilah dengan saya kerana saya memerlukan kekuatan dari anda...

Saya bukan merungut, sekadar berkongsi dengan anda diluar sana... dalam anak saya lambat bercakap ni dia jugak seorang yang sangat hormat orang tua. macam cikgi di taska beri tahu "saya bawa amsyar ke rumah, sampai je dia terus melulu salam kat mak saya. mak cakap baiknya nudak ni." memang pun, rumah sapa yang dia p suruh dia salam semua yang ada kat situ dia salam. tak banyak karenah bila kat rumah. tengok tv ja upah dia, tak kemana la dia...