Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

suka makan pisang??

salam... hemm nak tau saya ni memang suka makan pisang.. tadi baru hantam pisang mas 1 ikat... hehehe.. sedap la katakan... kakak saya masa mengandung anak sulung dulu suka makan pisang & air soya.. boleh dikatakan hari ada pisang kat mulut dia :)) saya yang tengok je... sekarang saya plak yang suka... meh kita kongsi KHASIAT PISANG...
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.Tekanan:Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembal…

Malas???

salam semua... hemmm lama tak memblogkan diri kan... sori yer... sebenornya ayu bz sikit dengan kerja lately ni.. opismet nak bersalin, ayu kena take over keja dia... dengan sekarang ni ayu selalu dz+nak muntah+tak larat+malas... sekarang ni ayu tambah tak lalu makan, tak leh bau orang masak (tumis) tak boleh banyak makan2 sarat, mesti nak muntah. tak boleh bau perfum bilik n keta pening. so sekarang banyak dok dalam bilik je sebab bilik ayu jauh dari dapur... letih la macam ni.. sabo jer... tak lalu makan, sampai mak pun tegur ayu nampak susut... huhuhu...

cek gigi

kemarin (26.01.2010) gi klinik gigi nak gi chek gigi. sekali tarikh ayu pi salah. sepatutnya esok 28.10.2010. tapi kertas yang ada kat ayu no 8 dia tulis cam 6. so bukan salah saya.... doc tu bagi juga ayu masuk untuk tidak mempersiakan cuti ayu. so kena cuci aje.. sepatutnya cuci+palam+cabut. esok pagi kena pi lagi tuk palam. cabut tak boleh lagi sebab doc kata sekarang tak boleh lagi, tunggu baby 5-6 bulan baru boleh. doc …

Custom Album dah siap

assalamualaikum... ayu baru dapat email dari my photographer azzaharry, Layout Design dah siap tuk custom album wedding ayu ari tu... enjoy the pic ya.. :D

Cover Album











Kanak-kanak perempuan mati dihempap TV

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun meninggal dunia selepas dihempap televisyen berukuran 24 inci di rumahnya di Bandar Putra, Kulaijaya, dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Zulkefly Yahya, berkata ia berlaku kira-kira jam 9.40 malam ketika mangsa, Cyndi Yeo, sedang menonton berseorangan di bilik belakang rumah berkenaan. "Kejadian disedari bapanya, Yeo Sung Wah, 38, yang terdengar bunyi sesuatu benda terjatuh di dalam bilik berkenaan dan disusuli jeritan anak perempuannya itu," katanya ketika dihubungi.Beliau berkata, Yeo yang ketika itu berada di ruang tamu terus bergegas ke bilik berkenaan lalu menemui anaknya yang tertiarap dihempap televisyen tersebut. Katanya, Yeo yang juga seorang peniaga terus membawa Cyndi ke Hospital Kulai dan kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada jam 12.20 malam tadi akibat kecederaan teruk di kepala. Cyndi, katanya, dipercayai tertarik wayar televisyen berkenaan d…

i luv sis pregnant too???

assalamualaikum... wah berita baik, ayu nak dapat baby kan, dalama masa yang sama kakak ayu pregnant jugak... usia baby kami pun my'b jarak selang 1-2 minggu cam tu aje... so nanti mak kena keja kuat la sbb 2 org nak dok kat kg... sian mak... jenuh mak main dengan cucu2... tapi tak pe, mak jangan risau yer... encek somi ada membantu... :D

Kehadiran Orang Baru???

Peace be upon u... hemmm hepi sangat hari ni... memang kompom!! apa yang kompom?? hikhikhik... seronok nih.. ok ok ok... Alhamdulillah, Pagi tadi ayu buat UPT, naik 2 line??i`m pregnant!!! Syukur kepada Allah SWT mengurnikan kepada hubby & ayu... kalo dikirakan ayu nikah 12hb, piyed 9hb, so my'b baby ayu dikira 12hb kot ek... orang snior tulungggggg macam mana nak kira?? kakak, luv ma, kak eynda, kak bim, kak syikin, sapa2 yang dah ada baby plz help me... :) tapi ayu chek kat 1 web site, due date ayu 15/09/2010 selepas 3 4 hari lepas raya, silap2 time raya apun ayu dah beranak... yang sebenonyer hari ini adalah kali ke 3 ayu test UPT, 1st 31/12/2009, 2nd 09/01/01, 3 15/01/2010... kenapa buat 3 kali??? 1st tu naik 2 line, tapi 2 line lagi kelabu, kali ke 2 pic yang bawah ni terang skit dari kelabu tu tapi masih kelabu jugak, so ayu ambil keputusan cek 15hb... so resultnya.... pic yang ke 2 tu.. terangnya.. bila hubby ayu tengok dia qenyeh sampai telinga, sama la ngan ayu... :D

Isu semasa

Hampir nikahi isteri orang
-
BUKIT MERTAJAM: “Saya berhabis sebanyak RM25,000 untuk majlis perkahwinan ini, tapi apabila sampai di rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan, bakal isteri hanya berkain batik dan baju-T menyambut ketibaan rombongan kami.
-
“Lebih mengejutkan, rumahnya tiada tanda persiapan untuk majlis kenduri dan ahli keluarganya juga tak kelihatan sedangkan saya lengkap berpakaian pengantin dengan rombongan lima kereta membawa hantaran,” kata Nurr Fahmy Abu Samah, 28.
-
Nurr Fahmy, inspektor polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini, mendakwa dia dijadual diakad nikah dengan Lan Koperal Wan Azura Wan Ahmad, 28, di Masjid Jamek Kampung Gial, Arau, Perlis, pada 1 Januari lalu, diikuti majlis persandingan di rumah pengantin perempuan keesokannya.
-
Majlis kenduri pihak lelaki pula ditetapkan 10 Januari lalu di sebuah hotel di Sungai Petani.
-
Wan Azura bertugas di sebuah balai polis di Subang Jaya, Selangor.
-
Nurr Fahmy berkata, anggo…

sakit gigi!!!

dari 9hb 12 2009, 3 hari sebelum akad nikah sampi la ke hari ni gigi bongsu aku sakitttttt... tengah malam tu juga gi klinik gigi, cek besa aje, bagi antibiotik n ubat tahan sakit. kena 70 hengget... lama lepas tu dalam 2 minggu sakit balik.. gi farmasi cari ubat tahan sakit.. masa pi langkawi pun jenuh cari farmasi... bayangkan hari nikah n kenuri sakit gigi!!! adusssss.... so 28hb tu ke hospital parit buntar selepas disarankan oleh mak2 menakan di sungai acheh... cek2 qupanya!!!! gigi bongsu tak kuar habis lagi... huhuhuhu nak tau apa yang mengejutkan lagi?? dalam masa yang sama GIGI BONGSU BELUBANG!!! mak aiiii sakit woooo... atas bawah plak yang jadi... so doc buat 1 tarikh temujanji (1 bulan pulak 26/01/2010) lambatnya... semlam sakit sangat2 sampai shot kat kepala (pening) sampai nangis... hubby pun tengok sian ja... huhuhu.. nasib semalam tak panas sangat, kalo tak mengamok lagi la... tak tau la boleh tahan lagi ke tak sampai 26hb ni.. kalo tak tahan jugak kena pi klinik swast…

Tilam baby

assalamualaikum... hemmm awal pagi memblogkan diri.. pagi ni ngantok sangat... semalam nak titot alhamdulillah tak la panas sangat... sbb buka tingkat n pintu, cuma cik nyamuk jeles la... sabtu lepas juga lepas tengo wayang turun ke pacific nak carikan tilam baby tuk my best friend (watie) yang akan bersalin dalam bulan 2 ni.. dah janji nak begi dia set tilam baby kat dia... taraaaaa ni dia.. pic kat bawah ni.. memula nampak pink, tapi tak pink sangat pun banyak ke warna unggu... biru ni nampak sweet sangat.. so hubby n ayu pilih yang ni la...

malam tu gatal tangan conteng kat kertas... :p cincin tunang ayu n cincin kawin hubby...

tudung

tudung dah sampai hari isnin... beli online kat fara. ni web site dia http://butiksunlay.blogspot.com/. beli ye fara...



pozing dalam toilet... :P

Tengok Wayang

sabtu tengahari gi tengok wayang cita Ju-on 2.. emmm cita dia... serammmm.. tapi maleh nak cita... buat tutup mata ja sepanjang tengok cita nih...

pas tengok wayang makan kat Mc'd.. Apa tu dalam talam!!! banyaknya f.frice...


kami ni kuat makan...

makan ikan bakar

minggu lepas sabtu malam Family In Law (FIL) bawa makn kat dataran ikan bakar area permatang pauh.. makan kat situ sedpa ker?? kalu diberi 5 bintang ayu bagi 2 bintang aje.. besa je n tak la sedap sangat. sotong liat macam getah, ikan bakar ada bau hanyir sikit, tomyam ok la, minta kailan ikan masin tari bukan kailai tapi kobih kecil, telur banyak sangat bawang... lepas ni kalo nak cari ikan bakar lagi, p cari lain tempat...










balas dendam!!!

salam... minggu mula keja lepas wedding, ayu ada janji dengan hubby nak makan pizza (sebenonyer ayu teringin :P ) termakbul jugak... makan sampai sengkak pewut....







linchen...
muka orang kenyang sangat....