Isnin, 20 Januari 2014

Autisme

Assalamualaikum.... lama tak update tengtang Adam Amsyar mengenai autismenya.... banyak nak dikongsikan.. tapi tak sempat nak buat n3 baru... nanti free ai updatekan yer....

Nak kongsi sikit gambar dibawah ni... ini adalah sifat2 autisme ya.... dekat Adam Amsyar

no 1, tak berapa juga. dia dok main juga kalau ada rakan disekeliling dia...

no 2, Adam masih belum boleh buat ayat, tapi sekarang suka pot pet sambil tengok tv.

no 3, Adam tak suka dengar bunyi mesin belender mesin kelapa n mercun. kalau tengah mesin cili ja dia mai terus kat dapur suh berenti (dengan isyarat)

no 4, mainan pun dia tengok jugak. tak semua dia suka main.

no 5, tak pernah lagi la memilih baju.

no 6, emmmm tak pun

no 7, yes memang tak takut bahaya... contoh terjadi kemarin lepat kat rumah mak. (Jalan kampung) dia ada dengan abah dia dok kat jalan, ada motor pakcik tu mai kat dia dia tak kemana tapi bila dia perasan pakcik tu ada belakang dia baru dia lari pegi kat tok wan.

no 8, YES... kesian kat en papa selalu kena lari ikut dia.... tak takut orang pulak tu.. lagi kita kejar lagi tu dia lari....

no 9, emmmm tak pasti...

no 10, suka objek.. tampah gambar no 10 tu lagi la.. kalau en papa pakai tali pinggang, suka sangat tolong pakaikan kat papa... apa2 objek yang dia suka dia akan pegang sampai ke tido. contoh ari tu plastesing sampai pg esok ada kat genggaman dia...

no 11, yes, panggil pun suka buat tak dengar, tapi kalau panggil mcm ni "Adam jom!!!" laju ja dia datang kat kita...


Mitos tentang anak autisme

KETIKA memerhatikan anak-anak bermain, ada ketikanya kita mendapati sesetengah kanak-kanak berada di dalam dunianya sendiri.

Mereka gagal bercampur dan bermain riang seperti anak-anak lain. Bahkan, ada antara anak-anak ini sangat cepat mengamuk. Mereka juga mempunyai masalah pertuturan, walaupun secara logiknya pada usia tertentu mereka sudah boleh bercakap.

Apabila berbual, mata mereka akan menoleh ke arah lain dan bukannya kepada si penutur.

Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang bersikap seperti ini jangan mengandaikan ia perkara normal. Ada kemungkinannya anak-anak ini menghidap autisme.

Sebenarnya, ada banyak tanda lain yang boleh diperhatikan pada anak-anak austisme ini. Mereka juga bermain dengan cara yang janggal dan suka menyusun mainannya.

Mereka seolah-olah sedang bermain dalam dunianya sendiri dan tidak menghiraukan orang lain, walaupun mereka sedang bermain dengan anak-anak lain.

Ada ketikanya, mereka ini sangat hiperaktif dan cenderung bermain dengan benda yang tidak dianggap barang mainan seperti barang-barang di dapur dan sebagainya.

Sebab itulah, ibu bapa seharusnya memerhatikan sindrom autisme ini sepatutnya diperhatikan. Adakalanya tanpa rawatan awal, sindrom ini akan dibawa sehingga dewasa yang menyebabkan tindakan yang diambil pada waktu itu mungkin sudah terlambat.

Inilah hakikat yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa apabila kanak-kanak ini membesar. Sehingga kini, punca autisme masih samar-samar.

Bagaimanapun, autisme bukanlah penyakit yang berjangkit. Walaupun belum ada penawar, tetapi pengetahuan ibu bapa mampu memberikan mereka harapan. Mereka patut didedahkan dengan spesifikasi keupayaan tertentu.

Secara umumnya, autisme wujud dalam semua budaya. Di Malaysia, pada tahun 2000 dianggarkan terdapat 47,000 rakyat Malaysia yang menghidap austisme. Di United Kingdom, dianggarkan setengah juta orang mengalami autisme.

Sekiranya ada dalam kalangan ahli masyarakat yang mempunyai anak-anak autisme, ia tidak perlu berakhir dengan kekecewaan.

Keupayaan intelektual

Asalkan anak-anak ini ada keupayaan intelektual, mereka boleh menjadi manusia yang berjaya. Keupayaan mereka sangat spesifik, selalunya dalam bidang sains. Sebab itulah, ibu bapa perlu mengesan simptom ini lebih awal, agar kanak-kanak ini dapat dihantar ke sekolah khas yang boleh mengubah tingkah laku dan keupayaan mereka.

Kalau mereka dibiarkan bersekolah bersama anak-anak normal, ia akan menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak mampu mengikuti pembelajaran seperti anak-anak lain.

Selalu terjadi, ada ibu bapa yang tidak mahu menerima hakikat bahawa anak mereka sebenarnya menghidap autisme. Kesannya, mereka terus menghantar anak-anak ini ke sekolah biasa. Hasilnya, ia hanya merosakkan masa depan mereka.

Dalam mata pelajaran Matematik, kajian menunjukkan keupayaan mereka umumnya pada tahap bawah purata. Bagi mereka yang hanya mempunyai simptom autisme sederhana, mereka berupaya menguasai matematik. Bagaimanapun, mereka sukar dalam banyak subjek lain. Mereka juga sukar dalam hal temu duga.

Bagaimanapun, ada kes-kes terpencil. Kumpulan ini dikenali sebagai mathematic gifted. Ia seperti watak Raymond yang dilakonkan oleh Dustin Hoffman dalam filem Rain Man. Sungguhpun begitu, ia kes yang sangat jarang.

Ia sebenarnya adalah salah tanggapan yang sering berlaku dalam masyarakat. Orang selalu beranggapan bahawa anak-anak autisme ini ialah manusia yang genius. Harus diingat, ia hanya kes terpencil.

Hakikat yang perlu diketahui, majoriti daripada anak-anak ini kalau tidak dirawat lebih awal akan mengalami masalah ketika dewasa.

Sehubungan itu, ibu bapa perlu cenderung untuk memerhatikan anak-anak mereka. Kalau dilihat anak-anak kita seperti dalam dunianya sendiri, gagal berkomunikasi dan mempunyai tingkah laku di luar kelakuan normal kanak-kanak, adalah lebih baik mereka dibawa berjumpa pakar.

Jangan anggap ia hal normal atau cuba menolak hakikat bahawa anak-anak kita sedang dilanda masalah.

Boleh dirawat

Walaupun tidak ada ubat khusus, sebenarnya autisme boleh dirawat dengan pendidikan dan terapi khas. Asalkan kita menyedari hal ini terlebih awal dan ia dilakukan ketika mereka masih di peringkat kanak-anak.

Sebenarnya, tidak ada salahnya mempunyai anak-anak autisme, tetapi yang salahnya ialah apabila kita melihat semua perkara sebagai normal kerana kononnya hanya anak orang lain menghidap autisme dan bukan anak kita.

Jangan anggap kerana tidak ada keturunan yang mengalami autisme atau kerana kita mempunyai pendidikan yang baik, kita tidak mungkin mempunyai anak autisme.

Autisme tidak ada kena mengena dengan keturunan, budaya atau sebab yang lain. Tidak ada siapa yang tahu puncanya. Sekiranya kita diuji dengan anak-anak autisme, maka menjadi tugas kita untuk memastikan masa depan mereka terus terbela.

dari Kosmo

Khamis, 9 Januari 2014

Tahun Baru 2014

31hb
Pepagi dah minta kat en papa "pa kita makan roti canai raqi jom?" so jom la sambutnya... asyik p tak bukak je, so pi kali ni buka.. wahhhhh dari rumah tau dok terbayang2 roti kuah banjir dia.. sedappppp... terangkat... sebelah dia ada makcik jual nasi lemak, yang tu untuk abang busat kita la....
 
 dapppp... tengah taip ni pun dah teliur taw.... huhuhu... nampak banyak kan? dua keping sorang.. hahaha.. makan kenyang sampai tengahari...
 
 tarik bang....
 
muka ralit tengok iklan kat tv... kalo ada tutor tv kompom tak bagun p mana dah.. haha...
 
 tengahari masak ni, gulai ikan bawal mas, bayam ikan bilis, sambal udang... ikan buat untuk malam sekali... senang...
 
Dalam jam 8 lebih kami bertolak dari rumah ke rnr bagan.. kat padang MPSP punya la ramai, yang pelik suma pakai kopiah tudung labuh. rupanya ada UAI mai.. aku tak tau pun. mungkin sebab tak minat kat dia... kalo UKI insha Allah aki p.. hahaha...
 
 maaf gambar sangat blur.... malam, kemera plak tak berapa nak tangkap...
 
wahhhh cam kat ICT dah kan... hahaha... ICT sangattttt
 
 
 so lagi 5 minit jam 12 kami dah kat kedai area rnr tu dah. ramai manusia sungguh....
 
 bunga api sedang menunjukkan dirinya..... sebenarnya Adam suka tengok bunga api, tapi bila meletup depan dia, takut la.... kalo tengok dari jauh mau la... tapi mama papa ada, nasib mood dia ok, cuma tengok sambil diam la... hahaha...
 
hepi..... luv u shayang's....

Rabu, 8 Januari 2014

Riadah Petang

30hb petang
Dah rehat tido mandi semua, buat magi goreng, gi lepak ambil angin kat stadium batu kawan lagi... si maksu tu pun ikut sekali... bawa keta & basikal Adam sekali. nak gi dia main... memula naik keta, pas tu dia naik basikal sambil tolak keta mainan tu.. terus kena ada orang kontrol keta tu. kalo tak jahanam la keta tu... hahaha...
 
 
 
 Adam tu nganga sebut TIGA!!!!
 
 
 hohohoho 3 beranak bam bam.. hahaha...
 
 
 laki bini tak da keja...
 
 
 bersama maksu yang menjaganya time cuti sekolah....
 
 
 
 tuan blog pun nak bajet kpok.. hahaha bukan kpop
 
singgah kat monkeys ni. berenti ja terus Adam sebut "monkey!!!" kesian plak berenti tak beri apa2.. yang depa ni tau dah kalo orang berenti kat depan depa mesti bagi makanan.. sori ye encek monkey....

The Carivall lagi

Assalamualaikum.... sambungan n3 cuti ari tu...
 
30hb, Isnin, 10.30am
kemarin tu buat carian laketown bukit merah, isnin buka jam 12 plak... tak kuaser nak mula mandi tengahari. so pegi carnivall sp lah jawabnya...
 
Tiket sabtu, ahad, cuti sekolah, cuti umum, dewasa RM25 kanak2 atas 90cm RM20. Adam Amsyar tu dah telah lebih 90cm walupun letak atas stroller. hahaha... pejam mata bayar dewasa 3 kanak2 1. ai bawa adik bongsu ai yang suka mengekoq tu...
 
Dulu makanan langsung tak boleh bawa, periksa beg macam orang buat salah ja, so kali ni boleh bawa masuk makanan anda dari rumah sebanyak, sesuka hati korang... ai ni beli nasi lemak siap2 banyak2, bawa roti n sardin tin. siap bawa pembuka tin lagi u... air 2 botol... jenis suka minum air kosong, dapi Adam usah dikata apa, mandi kolam kat rumah pun dia minum air kolam tu, ininkan pulak tempat besar mcm gini... tak larat nak larang...
 
Carnivall ni tak sebesar Laketown or Tambun, tapi sangat sesuai untuk Adam, tempat mainan kanak2 best, kat laketown tak berapa best sebab ari tu pegi besi mainan macam karat ja... lagi pun tekit murah kena dengan tempat dia... Ada juga papan gelungsur untuk dewasa. yang naik en papa dengan adik ai je, ai jaga adam malas nak pegi panjat tangga tu...
 
Ok layan cerita begambar ya....

ini baju kesayangan ai.. kalo perasan baju ni la selalu dibawa mandi kemana2. sebelum ni tak pakai la buat mandi sebab sayang. ari tu mak cucui tercampur dengan kloroq abis dah... so laku cukup2...
 


masa ni tak da sapa mandi... abang kawasan sedang memangtau tempat. ingat lagi dulu, kalo ajak turun tak mau la.. takut la.. sekarang turun terus belum mama letak beg kat atas meja... hahaha sangat teruja. kan kata tempat feveret dia...
 

dah siap semua makan baru si mak turun... sapu apa yang patut.. tadi kat Adam tak sempat nak sapu sebab dia turun terus.. tapi suh dia naik makan sapu kat dia.. tapi malangnya dah berapa melekat kat badan dia...
 


bersama maksunya... dok bunyi cuti sekolah tak pegi mana, nah kakak bawa p jejalan...



bila si mak turun gini la caranya rupanya diperhati oleh en papa lah....
 
jam biru ditangan ai tu kunci peti simpan. dulu ada rm5 rm10. sekarang rm10 terus, boleh ambil banyak kali...
 

en papa betul2 jaga anak dengan baik...  3 kali juga ronda kat air belah bawah tu, tapi tak ambil la gambar takut masuk air...
 


seeeeeeee.. the laksa... mana nak dapat wehhhh tengah2 mandi sejuk2 makan laksa plak... sedap laksa dalam ni... kepada peminat laksa sila jangan lupa beli ya....
 




mata si mak merah, biasa la, air beklorin ni bagi mata wa makin merah la...
 

 
jam 2.30 kami keluar dari carnivall... puas dah budak kacik tu mandi, tu pun tak mau naik lagi, jenuh pujuk.... masuk keta papa bagi susu, tido terus atas riba mama, sambung plak kat rumah....
 

 
tu dia... inilah hasilnya mama bagi pakai SB selepas ko masuk air nak..... mama minta maaf sebab tak pagi pakai baju tangan panjang. kalo ma tau, bagi ja pakai baju tido...
 
masa dalam air akan ada staff mai nak ambil gambar, boleh beli kat kaunter nak keluar nanti. saiz kecik je en papa beli rm10 3r kot. kalo besar sikit rm20.
 
 
Diantara n3 mandi manda yang sempat update hari tu...