Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
alhamdulillah syukur kpd Allah SWT, sepanjang menghitung hari untuk menanti my big day sya sihat (sakit sikit2 boleh tahan lagi) en baby pun semakin aktif, tapi sekarang ni mungkin tempat en baby dah sempit, saya dapat rasakan en baby mcm tak berapa selesa....
Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing. (saya rasa yang ni masa 35w dah sampai sekarang)
sejak dok rumah mak, saya sekarang menjadi seorang yang kuat makan... hehehe...