Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

projek kemarin

peace be upon u... tqvm untuk anda kerana sudi masuk blog ayu... :D ayu nak kepo sikit tentang projek semalam... lepas balik keja dalam 17:30 ayu n encek tunang je `SERAMBI MEMPELAI` untuk test baju nikah warna PUTIH... masuk2 je kedai zam ni, alamakkkkkk cantiknya baju depan mata ayu ni. sesuai untuk bertunang & nikah sebab simple sangat.. earna SILVER... wahhh macam mana nih... zam dok perati je ayu dok kelebek baju tu. pas tu dia terus cakap, cantik baju ni buat nikah. lagi pun baju ni besar.. emmmmm bila tanya encek tunang dia pun cakap OK jek. cuma takut tak masuk dengan kulit dia. so ayu suh dia try baju laki dulu... zam siap bagi pakai sampin lagik... baju tu agak sendat sikit sbb encek tunang agak berbadan besar, pas tu ayu pulak tyr. memang besar baju perempuan. kain saja lebih 2 jegkai. besar sungguh.. ayu kapit dengan pin beso tu sampai bengkok la.. sambil pakai pun dok terlondeh... ekekek... cantik jugak... so ayu ambil keputusan untuk ambil baju silver tu buat nikah. …

PUASA SUNAT

wahhhh... banyak betul ayu post ari ni.. disebabkan esok n lusa nak posa (8 & 9 Zulhijjah), meh kita kongsi sikit cita2 posa sunat nih...

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
1. Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
4. Puasa pada 9 haribulan Muharram.
5. Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
6. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
7. Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.8. Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
9. Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.

Puasa enam hari pada Syawal - Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan kemudian meneruskannya dengan enam hari pada bulan …

Phobia 2 (thai seram!!!!)

sabtu lepas jugak selepas gi barang2 kat Ato z & NONA, tegok cita ni.. sebenonyer encek tunang nak tengok last week masa tengok 2012, tapi ayu bekeras jugak, so ayu menang.. kat poster cita phobia ni siap tulis SERAM 18PL. Memang seram, (tengah menaip ni pun bulu roma terangkat dok ingat cita tu). best tapi nak muntah (sebab tengah makan big mac)... ada 5 cerita dalam 1 filem... penat jugak n terjerit-jerit sebab dok tekejut. siap tutup mata lagik.. :p

Titles of each part.
1. Backpackers
2. Used Car
3. People on Set
4. Thorny Palm tree
5. Shared Room


`toey` baby boy ni yang berlakon dalam iklan DUMEX.. cute sangat...
part depa ni yang buat ayu gelak gila2.. lawak siot...
THORNY PLAM TREE seorang remaha yang bernama Pey, 14 tahun, yang dihantai oleh ibunya untuk menjadi sami di pedalaman Thailand karana kenakalan remajanya yang menyebabkan orang lain menjadi terbunuh. Pada suatu malam ketika dia merasa lapar dan tidak jumpa makanan, akhirnya dia memutuskan untuk mengambil makanan disembah…

sabtu, isnin, selasa...

layan pic terbaru... hehehehe :D

kanan baju keja kemarin, kiri baju keja ari ni.. rasa macam dah susut sikitttttt.. hehehe.. sekarang taget tiap minggu 1kg kena turun... alham dulillah. kemarin timbang dengan jiji turun jugak aku1 kg... semalam posa. nak cari popia basah kat parit buntar, sekali tutup, so encik tunang belikan kfc set xmeal ni kau aye... buger tak abis makan sbb kenyang sangat2, nanti balik leh makan...
kad kawin dari dya (borak forum cari) yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 12.12.2009, (tarikh ayu nikah :D )... tq dya.. so sweet kad dya..
hari tu gi last shopping tuk persiapan kawin, sekali sakittttttt kaki... cari pesen ni jek yang boleh sebab kaki aye tembam, so kena cari peten terbukak... sebenonye lama nak kasut warna merah, sekali yang tengok ari tu dah tak da... masa encik tunang bz kat mc`d sempat sambar kasut yang beharga 19 hengget... hahaha... tak penah dapat harga ni kat vincci :))
bunga gantung, beli kat NONA. cute, nak gantung kat katil masa nikah nan…

deZahra tipu!!!!???

hi... hemmmm last 2week ayu ada pesan tudung dezahra ni. disebebkan warna BIRU yang boleh masuk dengan suar jin, ayu beli. tapi bila sampai, @#$%&*?! gerammmm la... warna HIJAU??? kenapa diaorang tak bagi tau tak sama dengan warna asal tu? walaupun kesalahan tu dari kemera, bagi la tau or buat note sikit bagi tau warna tak sama.. sekurang-kurangnya ayu buat pilihan lain. tapi nak menyesal pun tak guna. yang ayu marah sangat warna hijau tu, tak da langsung baju-baju ayu warna tu..... hemmmm so lepas ni kena ambik iktibar la yer... tanya betul-betul warna dia...

tudung dezahra ni memang sedap pakai, seebab tu ayu ada banyak tudung dia... walau pun frust, jumpa camera tetap control cung.... :p
warna di web dezahra

20 hari lagi....

peace be upon u... 20day??? OMG... dah nak jadi binik orang dah... pssstt my fiance tak sabar nak jadi my husband tapi gementar bila fikir "apakah pertanyaan tok kadi masa akad nikah nanti?" InsyaAllah, semoga semua berjalan dengan lancar. amin... saya pun sebenornye tak sabor :P





setelah `bertahun` tak pernah ambil gambar berukuran pasport, akhirnya hari ni kena jugak ambil tuk isi borang.. muka macam baru lepas mandi sbb mata merah!! lately ni mata cepat merah la.. menciiiiiii... lawak je tengok pic ni.. lagi kaya dengan pipi! tapi bila dicomper dengan pic lama, amat la berbeza... dulu muka comey keremajaan, lagi berumur, makin tak comey je aku tengok!!!!


hari ni.....

bosan+boring+sedih malas nak mem`blog`kan diri.. tapi nak post jugak :-(

Movie 2012

sabtu lepas saya gi tengok wayang cerita hampir 3jam ni.. memula ingatkan ½jam ajer :P... best juga cita ni.. walaupun sesetengah pihak mengatakan kita yang orang `islam` tak patut tengok, saya tengok juga. hanya sekadar hiburan mari cuti...

Synopsis
Filem 2012 berkisarkan tentang kemusnahan dunia pada 21 disember 2012 akibat pelbagai bencana alam seperti letusan gunung berapi , tsunami dan taufan yang berlaku serentak. Dunia dikatakan telah kiamat seperti ramalan dalam kalendar kuno kaum Mayan. Filem arahan Roland Emmerich ini mengisahkan Jackson Curtis (lakonan John Cusack) seorang penulis berusaha untuk menyelamatkan keluarganya dan orang sekelilingnya daripada malapetaka. Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor) seorang saintis turut sama berusaha untuk menyelamatkan dunia. Untuk itu kerajaan telah membina kapal untuk menyelamatkan manusia namun usaha ini masih membayangkan jiwa tamak yang ada dalam diri sesetengah manusia apabila wang masih menjadi syarat untuk diselamatkan. Sementara Cu…

Dah dekat!!!

wahhhhhhh dah dekat dengan tarikh kawin nih.... nikah lagi 25 hari jer.... pejam celik... majlis lagi 32, 1 bulan... kad tak adar lagi sbb kad ada kat KL lagi!!! cek bang ooiii cepat la balik.... tak sabo nak tengok kad nih.. thank`s to anum n hubby yang sudi menghabiskan masa malam sunday tuk send kad to my fiance... baju nikah tak tau lagi macam mana qupa, kemarin call zam, baru nak tengok, saiz saya ada kot, takut badan cik abe yang tegap tu tak da saiz jer :p .... sekarang dok servey kedai bunga nak buat tepak sireh.. hemmm apa lagi yek... hataran kak zira buat, simple je sebab bajet rendah sangat... pengantin bajet la katakan.. huhuhuhu... semoga semua berjalan dengan lancar amin...

*my fiance,I MISS U....

Nur Kasih Episod 22

~NUR KASIH~
Sarah semakin rancak meracuni fikiran Aliya supaya Aliya melihat sendiri keakraban Aidil
dan Nur. Sarah kata pada Nur, menurut Aliya, Aidil masih simpan perasaan terhadapnya.
Dan ini meretakkan hubungan mereka. Nur pinta berjumpa dengan Aidil untuk
penjelasannya. Aidil berkata dia hanya simpan perasaan terhadap Nur sebagai seorang
adik. Aidil mengiyakan dia pernah menyayangi Nur dahulu. Tanpa pengetahuan mereka,
Sarah dan Aliya mendengar perbualan mereka. Pucat lesi muka Aliya. Adam juga ada
mendengar perbualan itu. Sambung Aidil, Nur seorang wanita yang sempurna, dan
sangkanya dia akan dikahwinkan dengan Nur, sebaliknya yang berlaku. Dia rela
berkorban melepaskan wanita yang disayanginya untuk adiknya. Aliya tidak dapat
mendengar lagi, lalu pergi. Adam sebak mendengar pengakuan abangnya dan pergi juga.
Aidil berkata perkara yang lepas sudah dilupakannya. Jodoh Nur bersama Adam, dan dia
bersama Aliya itu sudah tertulis. Nur lega akan penjelasan Aidil, dan Sarah tersenyum
sendiri.

30 hari lagi...

lagi 30 hari tuk ayu jadi wife kepada mohd kazrul kamal... emmmm dah nak jadi wife orang dah... mampukah saya jadi wife yang terbaik? InsyaAllah, sebaik boleh saya lakukan untuk menjaga nama baik suami saya dan menjadi wife yang terbaik (walau pun tak pandai masak :-( )... amin..

sakit kepala sebab MIGRAINE!!!

Assalamualaikum... hemmmm penyakit lama saya dah datang setelah betahun tak sakit. mula2 saya dapat sakit ni masa saya kat PLP, n masuk wataniah, mungkin disebabkan dok tepacak kat matahari selalu & tido tak cukup. masa tu saya ingat sakit kepala macam biasa ja, tapi bila jumpa doc dia cakap migraine la.. hanya ditampung dengan ubat tahan sakit @ aktif fast ja... hari sabtu malam lepas, saya dah berasa lain, bila bagun dari katil rasa pusing n macam nak pitam, kepala bedenyut tak henti, hemmmm dah mula mengeluh.. saya seorang yang tak suka sakit, bila sakit je saya akan pastikan makan ubat sampai abis... tak suke tak suke... hari ahad lagi menjadi2, bila matahari terbit ja, mula dah bedenyut, kekadang belah kanan kekadang kiri.. pagi ahad tu masa cakar sampah kat laman rumah ok lagi, siap berpelu2, tapi bila mata terpandang matahari ja, kepala dah mula berdenyut, rasa macam nak pitam, tapi nasib baik ada nyanyiow teman.. :D petang tu saya keluar ngan tunang cari cincin, lagi menja…

Nur Kasih Episod 21

~NUR KASIH~
Kata Aidil itu semua cerita lama tiada lagi wanita lain dihatinya selepas berjumpa dengan Aliya. Aliya masih belum pasti, Aidil cuba meyakinkan Aliya tapi hubungan mereka terus renggang. Adam memberitahu Nur dia akan melepaskan Katrina. Nur memujuknya supaya jangan, dan bersabar. Sewaktu menunaikan solat subuh bersamasama, Katrina pengsan, mereka cuba menyelamatkannya, tapi terlambat. Menurut doktor dia meninggal kerana brain aneurism. Semuanya terkejut, tiada. Adam, Nur dan keluarga di pusara Katrina. Seolah telah menjangkakan kematiannya, Katrina meninggalkan sepucuk surat kepada Adam dan Nur, supaya berbahagia dan supaya tidak lupa yang nur kasih sebenarnya, adalah Kasih kepada Nya.. *jangan lupa tengok malam nih..... :D

Diet!!!

boleh ke turun berat badan dalam masa 44 hari!!! (macam orang berpantang beranak pulak). buat masa 2 minggu ni berat ayu hanya turun 1 kg ajer.... huhuhuhu... bila nak turun betul.. ayu kurangkan manan & ayu berpuasa, tapi masa bebuka ayu tak makan kaw2 pun... ada tips tak? kongsikan tuk ayu....