Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan

Jumaat, 19 April 2013

Cinta Jangan Pergi!!!!

Saya sedang menggilai remy semula.. adoiiiii... layan cita ni buat tidur tak lena mandi tak basah oooiiii...


Judul drama: Cinta Jangan Pergi
Pelakon: Tiz Zaqyah, Remy Ishak,Nadiya Nissa, Esma Daniel
Channel: TV9
Slot: Ratu
Jumlah episode: 26
Waktu Tayangan: 8.30-9.30 malam
Pengarah: Khabir Bhatia
Penulis skrip: Mira Mustaffa
Tarikh tayangan: 6 april,2013
Hari Tayangan: Sabtu dan Ahad


Pelakon:
Tiz Zaqyah sebagai Lea Soraya, 
Remy Ishak sebagai Khalil
Nadia Nissa sebagai Elina(teman baik lea yang happy go lucky)
Josiah Hogan sebagai Hud


Sinopsis:
Berkisar mengenai perjanjian sepasang kekasih yang mahu sehidup semati.Takdir merubah segalanya.Lea Soraya dan Khalil bertemu ketika dalam keretapi ketika menuju ke Switzerland dan mereka juga mempunyai tujuan yang sama.- Menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri.
Pertemuan yang kekok pada awalnya membenihkan rasa cinta dalam hati bila Lea membenarkan Khalil menjelajah bersama-samanya. Mereka mula bercinta dan mengikat janji. Mereka bercinta sepanjang belajar di sana.
Selepas graduate, Lea pulang ke Malaysia,manakala Khalil tinggal untuk menyambung pelajarannya. Mereka berjanji untuk setia antara satu sama lain.Namun,10 bulan selepas itu,Lea menerima khabar yang Khalil kemalangan jalan raya. Lea kemudiannya dijodohkan dengan lelaki pilihan emaknya Hudd. Hud mencintai Lea sepenuh hatinya.Apa yang mengeliru Lea, gaya Hudd seperti Khalil.
Di hari pertunangan Lea dan Hudd, Lea terlihat Khalil. Adakah ia hanya imaginasinya atau ia memang Khalil?Apakah Lea akan terus menunggu Khalil atau membuka hatinya untuk Hudd.

Khamis, 28 Mac 2013

rbdad

Cita Rindu Bertamu Di Abu Dhabi ni ai follow dari episode 1 lagi ok... sebab tengok iklan sebelum ditayangkan cita ni semacam punya aura mai.... sepanjang cita ni aku rasa aku nagis 2 kali jugak.. 1st masa firdaus datang jumpa nenek dia last sebelum meninggal... kali ke 2 kemarin, masa mak firdaus nampak dia kat bilik hotel... teharu sangat... so 1 april Isnin ni last jangan lupa tengok kkk...


Rabu, 20 Februari 2013

OMG Fiz Fairuz putus tunang??

FIZZ FAIRUZ PUTUS TUNANG DGN "ISTERI ORANG" & KATANYA DISIHIR!



Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami. “Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam. Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu. “Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang. Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

kalo aku jadi almy, tepuk tangan seminggu tak berenti okeh...

Rabu, 16 Januari 2013

Sape di sebalik topeng maskot Along?

Ni bukan gossip tp saje nak share info ngan warga gossip cari...

Bagi mereka yang lahir tahun 80an dan 90an. pasti familiar dengan rancangan kucing yang boleh bercakap iaitu ALONG. Along ni ada adik dua orang adik iaitu Angah dan Achik. Kalau dulu setiap kali rancangan ni nak start mesti dah ready awal-awal depan TV tunggu Siti Sifir keluar..  Memang legend la rancangan nih... Tapi kali ni nak cerita siapakah yang mamakai maskot Along nih?


Mungkin ada yang dah tau dan mungkin ramai jugak yang tak tahu. Lelaki disebalik maskot Along ni tak lain tak bukan ialah pelakon yang famous dgn filem Istanbul Aku Datang iaitu Beto Kushairy.



ai baru tau... kikikiki.. uols???

Rabu, 12 Disember 2012

MAJLIS PERNIKAHAN ZAKIAH ANAS (EKSKLUSIF)

kredit from blog mazidul
 

Selamat melayari bahtera rumah tangga dan semoga kekal sehingga ke akhir hayat. Kepada semua pembaca blog ini, marilah bersama mendoakan kebahagian mereka bersama keluarga.

"Assalamualaikum! Di mana?," soal saya.

"Sedang bersarapan pagi di Sunway Damansara," balas sahabat saya, Zakiah Anas.

Sebelum itu, Zakiah menghantar pesanan ringkas menjemput saya untuk menghadiri majlis akad nikahnya di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Siapakah antara tetamu bakal hadir?," tanya saya.

"Kaum keluarga dan rakan terdekat, lebih kurang lima puluh orang kesemuanya," balas anak bekas anggota polis itu. 

Zakiah anak kelahiran Bagan Serai, Perak dan anak bongus daripada enam adik beradik dan graduan Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara, UiTM Shah Alam.

Berpakaian serba putih, Zakiah dan pasangannya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42 tahun, kemudian dinikahkan oleh kadi, Haji Mohd Arip Johdi dengan masa kahwin RM13,500 tunai.

Dengan sekali lafaz, mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri pada jam 11.35 pagi, diwalikan oleh abang Zakiah, Mohd Adnan Anas.

Berikut wajah Zakiah saya rakamkan beberapa saat selepas berstatus isteri.


Turut berada di sisi Zakiah, ibunya, Enon Puteh Lan, 83 tahun dan adik-beradik.

Alhamdulillah majlis berjalan secara lancar dan wajah pasangan selesai diijab kabulkan kelihatan berseri. Saya berpeluang mengucapkan tahniah terawal kepada mereka berdua.


Azmi juga berasal dari Perak dan pernah bersama Zakiah menuntut di institusi pengajian tinggi sama dalam jurusan Pelancongan dan Pengurusan Hotel.
Beberapa selebriti turut hadir menyerikan majlis terbabit.


Dalam perbualan melalui telefon semalam, saya turut berpeluang mencungkil beberapa fakta secara eksklusif. 

"Cuba ceritakan sedikit detik pertemuan," kata saya.  

Zakiah tertawa seperti biasa.

"Kami berjumpa kira-kira dua puluh satu tahun lalu sewaktu belajar di UiTM. Keluar kali pertama dengan Azmi secara berkumpulan, menyaksikan konsert kumpulan dari Indonesia, Gigi di Live Center, Kuala Lumpur. Selepas itu terus tidak bertemu lagi sebab dia melanjutkan pelajaran ke Jepun," jelas Zakiah.

"Maksudnya, tidak sempat bercintalah?," soal saya.

"Tidak. Lagipun pada waktu itu tiada telefon bimbit lalu sukar untuk berhubung," balasnya ringkas.

Soalan seterusnya kemudian saya lontarkan.

"Jadi, bila dilamar dan di mana lokasinya?"

"Bulan Ramadhan lalu, masa berbuka puasa, di hadapan ibu Azmi di rumah mereka di Kepong," jelas  sahabat saya kenali sejak 17 tahun lalu itu. 

"Awak berasa berdebar dan segan pada saat dilamar?," tanya saya lagi.

"Tentulah!," jawabnya dan diikuti hilai tawa gembira.

Sebagai seorang daripada fasilitator ELIT CakapDotCom, Zakiah bijak mengawal perasaannya.

"Bilakah majlis kenduri?," soal saya.

"InsyaAllah bulan Januari nanti, di Kuala Lumpur," jawabnya.

Azmi, peniaga dan pelabur utama dalam busines produk penjagaan kulit Anaz Skin Care boleh dibeli secara online, sila klik www.anazlifestyle.com.

Terima kasih kepada Zakiah dan Azmi kerana memberikan saya peluang sebagai blogger unutk berkongsi antara kisah bibit manis bakal termetri dalam lipatan sejarah hidup mereka berdua.