Isnin, 26 Mac 2012

Khamis, 22 Mac 2012

Magnum Fashion Royale Contest

Want a taste of the high fashion that Belgian chocolate brings? Play MAGNUM Fashion Royale and you may just win yourself a customised couture piece, as well as a MAGNUM Accessory by Malaysia’s top luxurious fashion names!

To join the Contest, each Participant must have anauthentic Facebook account and is required to ‘Like’the MAGNUM Facebook page in order to have access tothe Contest ‘application’.

Once the Participant has allowed the ‘application’to be installed, the Participant will be required toenter a game wherein the Participant will accessthree (3) closets and complete the challengeswithin the said game, to collect points. In order toqualify for the Contest, the Participant will alsohave to submit his/her personal details.
MORE @ http://www.facebook.com/Magnum?v=app_169110926454725




TOLONG!!!

Assalamualikum...

Sebenarnya kalo korang perasan blog aku ni entrynya berulang kan? kalo korang scrol kebawah jadi 1 lagi plak.

Permasalahannya, korang pernah terjadi macam ni kat blog korang? macam mana nak buang 1 lagi tu? aku tengok kat design ada 1 je, kalo 2 boleh la buang terus.
Tak silap aku terjadinya entry berulang ni time aku pakai theme apa tah. pas tu sekarang bila kat opis buka memang laju, tapi kalo kat hp or pc kat rumah sangat slow. ada jugak bloger lain bagi tau aku yang bila dia nak buka blog aku macam berat jer...

So macam mana aku nak buat ni.. tolong eh..

Rabu, 21 Mac 2012

30 sudah

Assalamualaikum...

semalam 20.03.2012 cukup somi ku trechenta en papa 30tahun. waaaaahhhh papa dah ada angka 3, mama belom yer.. masih sweet 21.. kekekeke...

Alhamdulillah, mama doakan papa panjang umur, dimurahkan rezeki yang diberkati olehNya, sihat selalu supaya kuat bekerja menjaga mama dan Adam... U are the best husband in the world!!! "apa macam? syok semalam?" aip aip korang jangan nak pk ape2 hokeh, ai on japan hokeh.. nge ngeh ngeh.

Semalam aku buat kejutan untuk somi kus ini. aku planing dengan adik ipar n mu makmertua kuar makan, kfc je pun. nak gi jauh-jauh malas aku. dah nama pun hari keja nak balik lewat buat badan letih ja. so dari rumah aku ke rumah metua dalam 10-15 minit, kfc tu 3 minit dari rumah metua aku. senang khen?

Planingnya kul 8pm nak kuar rumah, sekali aku tengok dalam bilik sembahyang dia tido rupanya. lepas solat maghrib dia kata letih nak baring sat. ok, masa tu dah kul 7.55pm. aku dah mandi (sambil tengok cita atas nama cinta) basah abis mandi tadi sampai kering la. baru gi pakai baju. dia nak melepas plak dah.... masa tu kul 8.10 dah. depa nun dah siap tunggu dah sebab aku cakap 8.15pm siap terus nak pi ambik.

Dalam 8.20pm kuar rumah. jenuh aku sorok cake. (tiramitsu aku chees cake aku tempah kat parit buntar, tengahari pi ambik.. fuhhh mencabar) masuk keta en papa tanya aku,
en papa : kita makan kat na suk? (suk panngilan dari dulu bermaksud bucuk.. aww)
aku : emmmmmm
en papa : kita pi kedai tomyam kat taman ni dah la
aku : emmm nanti la kita jalan dulu... (aku buat-buat tengok hp, adik ipar aku kata dah siap.)
aku : kita pi rumah mak, mak nak bagi lauk apa tah.
en papa : ha?? rumah mak?? lauk??? ok.. (jelingan semacam, aku sangat memahami jelingan itew.. kekekeke)

sampai je depan rumah mertua aku dia heran, depa dah tunggu kami depan pintu pagar rumah. kekekeke.. en papa sangat terkojut. "aik mak buat apa kat luar" dia tanya aku. "ok kita bawa mak sekali la makan kfc..." qenyeh/senyum lebar laki aku sorang ni....

hepi besday suk...

wit we ols punya honey madu..

my mertua n adik ipar

en papa & mak


tiramitsu cheese cake

cheeseeeee

korang nak tau peel anak aku ni, dah pandai ambik gambar sendiri hokeh. tengok je la pic kat atas ni.

dan feveret dia kalo jumpa penyapu kat mana-mana pun. ari tu dia tunjuk perangai ni kat opis aku, ni dia tunjuk kat kfc. dia ronda 1 kfc tu sambil bawa penyapu tu. tak kira melayu cina suma tengok dia sambil senyum...

sampai pekerja kfc tu minta la punya dia dok main. budak tu nak menyapu, so kena bagi jugak la. lepas tu apa lagi. melalak la anak aku... ish ish Adam Adam...

Selasa, 20 Mac 2012

Fazura Dan Kekasih Di Universal Studios

Sudah agak lama juga tidak ditampilkan tentang pelakon, Fazura di sini. Oleh sebab terdapat permintaan, kami tampilkan gambar-gambar Fazura dengan kekasih hatinya, yang rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi, iaitu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail.




Mungkin kita akan dengar perkhabaran gembira tentang pasangan ini tidak lama lagi. Siapa tahu, kan? Kredit gambar, putrizairos.

Kenduri lagi

Assalamualaikum...

11hb ari tu gi kenduri kawin kawan aku sorang di kat kulim. comey sangat pelamin dia. warna yang sweet gabungan pink + biru. janji dengan ina & wati jumpa depan dewan, akhirnya bertemu jua. sorang lagi kawan aku na tokleh mai sebab asa bowling. tunggu la, nanti kami tak mau pi kenuri na kawin baru tau...

Acai ni sebenarnya 'x' ina (kebaya itam) tapi tak ada masalah n kami semua masih ok n calling2 jugak. siap nak dok 1 taman dengan ini sebab tak jauh juga dengan rumah family acai... apa pun selamat pengantin baru buat Acai & Wawa.. semoga kekal dunia akhirat.. amin...

we...
pengantin yang kecik comey...



gambar kenangan kat genting

Isnin, 19 Mac 2012

Money=Nuffnang???

Assalamualaikum...

Nuffnang? yer Nuffnang. sapa yang ada blog mesti ada Nuffnang kan? aku ceburi Nuffnang baru je, dalam bulan julai 2011. kenapa lambat join? sebenonyer dari tahun 2009 aku nak join tapi tak qeti. boleh macam tu? so sekarang dah pandai sejak menjeguk di blog-blog femes.

Nuffnang.com merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik.

Selain pengiklanan berasaskan blog, kami juga membina reputasi kami dengan menjadi sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger, menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.

Beribu-ribu orang blogger telah menyiarkan iklan kami ke dalam blog mereka dan melibatkan syarikat seperti Nike, Citibank, Nokia, F&N, Disney Pictures, Honda, Samsung, Procter and Gamble dan banyak lagi.

Apa yang lebih penting, komuniti Nuffnang telah berkembang dan telah menjadi tumpuan oleh blogger di rantau Asia-Pasifik. Para blogger kami menggelarkan diri mereka sebagai Nuffnanger, sebuah entiti organik berkembang yang amat kami banggakan.

Sampai sekarang, RM dalam akaun aku bertambah. Alhamdulillah, makin bertambah tabung Adam Amsyar. korang yang tak letak iklan Nuffnang, silalah melekkannya ya... untuk maklumat lanjut, anda boleh ke http://www.nuffnang.com.my.

18 months

Halo unty2 sekalian Adam Amsyar dan 18 bulan loh... sudah pandai macam-macam. tapi babytv masih tak lepas lagi tau, koleksi CD kat rumah mama pun dah bertambah. lepas ni makin bertambah la nampaknya sebab dah nampak jomu dengan CD yang ada.

Sekarang ni time mama papa cuti, dok kat rumah taman mesti nak nak madi kat luar main paip sekali. sebelum ni dok pakai besen ja. kalo dia nampak besen ja heret pi kat paip walopun tengah malam. pantang jumpa air la anak aku sorang ni. nanti mama minta papa beli kolam na... hihihihi...

Alhamdulillah, Adam membesar dengan baik, sangat tak banyak karenah. cuma bila ada mama papa manja sikit. tapi sekarang bila hantar rumah mak tok boleh lambai dah. dulu kalo tengok keta mama undur ja mengais sampai ke jalan pun dengar.

Makan pun dah pandai makan sendiri. untuk kali pertama dia suap sendiri, dia makan eskrim cedok sendiri. nanti mama & papa bawa pi eskrim tibang yer...

ini ha bukti makan+main makanan sendiri...

Ahad, 18 Mac 2012

Jumaat, 16 Mac 2012

. . .

+
x

=


Besday lagi...

Assalamualaikum...

14hb lepas besday adik aku kema yang ke 20 tahun. so tak de ape sangat pun, cuma kerajinan aku nak ber'kretif' sudah latang. so ideanya nak buat DIY besday kad. boleh la, tak lawa mana pun.


ini la kad yang ai buat.

cheese cake from dato abah...

birthday girl. hepi besday, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. amin...

mak tok buat mee sanggol gereng, sangat la sedap, en papa beli sate aku? tak de apa pun, bagi hadiah jer...

Isnin, 12 Mac 2012

Sakit....

08.03.2012 10.00pm, Adam jatuh dari kerusi makan. aku tengah suap dia makan nasi sambil main dengan dia. tah macam mana dia mengelak dari aku, sambil dia berdiri, tergelincir kaki kiri dia, terus jatuh terbaring. kepala dia ada benjoi sikit kat belakang. teriak/nagis tu tak tau nak cakap la, aku nyusukan pun dah tak mau sebab sakit sangat-sangat.

Dalam 5minit pastu dia nyusu aku balik terus tido sampai kepagi esok. dia tido sangt lena dan nyeyak. kesian dia. Adam tak pernah jatuh sedemikian rupa, so untuk 1st timenya aku sangat takut sebab melibatkan kepala.. tapi Adam dah ok lepas tu, Alhamdulillah...

Malam tu tido tak pakai baju, sebelum tu dia dah demam, masih lagi pakai baju, lepas dia jatuh aku bukak baju sebab badan dia makin panas. so tido dengan tak pakai baju la.

1 lagi kejadian sebelum tu, time nak balik ke rumah aku, dia duduk atas riba aku, ek pun tak nangis pun tak, time turun keta aku tengok dagu dia calar. sebelum tu en papa ada tegur "kenapa dagu adam tu mama?" terus aku tengok ada calaq!


tengok, merah jugak. korang tau sebab apa? terkena kerongsang kat tudung fareeda aku ni..

kesian la sikecik ni, tapi Adam ni kalo sikit punya sakit tak da hal la, buat dek jer... kucing giget kaki/tangan pun dia ek macam tu je, tak danya nak teriak kuat. lepas tu cium kucing tu balik. boleh macam tu???

Adam + Masak Ayam

Assalamualikum...

Cerita Sabtu lepas, setelah awning bumbung rumah dah siap, umah aku nampak teduh sikit. Alhamdulillah, makin murah rezeki kami sekeluarga... so ada ada bumbung pagi kalo Adam nak mandi kat luar pun dah ok. Tapi dalam pengawasan yer. pintu pagar tetap berkunci. ikit hati nak je pasang pakar tinggi-tinggi biar orang tak leh panjat masuk rumah kita. banyak dah kes budah hilang sekarang ni. naik takut aku.

So pagi tu dalam 10-11 pagi aku bagi dia mandi kat luar. aku bentang tikar pas tu letak timba kecik (sori yer nanti ma beli kolam kat Adam yer) seronok dia. 20-30 minit gak dia mandi. sebenarnya saja aku bagi dia mandi lama sebab badan dia panas macam nak demam balik.

tu dia....
+ payung kecik sebab ke jugak matahari.. mak sayang anak oooiii...



muka tak mo senyum... lepas snap terus senyap.. ate, macam mana nak buat?

Sambil dia mandi aku sempat gak masak, sambil mengoreng lari pi tengok dia, sambil menumis larik dok kat dia, sampai siap masak... Alhamdulillah menjadi ayam masak merah aku...


Selasa, 6 Mac 2012

c e r i t a s a b t u

Assalamualaikum...

haluuuu... update di hari selasa (semalam aku cuti Adam demam), korang tengok aku suka post makanan kan? korang jangan ingat aku ni pandai masak hokeh! aku hanya seorang yang hanya pandai makan & komplen ajek... tak cayo? tanya en papa.. kekekeke...

Aku ni nama je orang penang tapi gulai/kari tak pernah buat (penah 1x time sekolah menegah dulu abah suruh, sekali out terus) so untuk kali pertamanya (yang menjadi sikit) aku berjaya buat peberet aku en papa n Adam Amsyar hokeh!! dia pun suka makan kari... aku masak ikan temenung/kembong + kacang bendi + tomato (daun kari minta kat rumah sebelah kekeke)... aku pakai susu cair, tak pakai santan. walopun rumah mak aku melambak nyok/kelapa mak aku mengajar anak pakai susu je. senang n tak banyak lemak macam santan. tapo ofcoz la santan lagi sodap khen....

Malam aku buat bendi goreng belcan+kicap. ni resepi mak aku. tak tau plak mak aku dapat mana. en papa pun 1st time makan. aku pun suka.. sedap.. korang try la.
resepinya cuma ada bendi+kicap+(bawang putih+cabai burung=tumbuk)+belacan & air jer ok... try la...

ini cuma kobis goreng + biji sawi. kalo gi nasi kandar mesti ambik... sedap... pastikan biji sawi digoreng kering dulu, baru wangi.

Ok, dah bab masak. nak cita kejadia pada hari jumaat plak. balik rehat tengahari kul 12 mak aku nak gi makan kenuri aqiqah kat rumah mak aku tu. aku bajet balik awal la. sekali kul 2.50 pun tak balik lagi, so tak de jalan lain melainkan bawa Adam mai pejabat aku la. nasib la 10minit je perjalanan, Adam pun minum susu diam je. untuk pengetahuan korang Adam tiada baby seat dari dulu. aku meriba je...

So cara aku, aku bagi kerusi sebelah pemandu baring n bagi susu je kat dia. kebetulan masa tu dia memang sangat mengantuk. dah nak sampai opis time aku nak park keta dia dah mula bagun tarik baju aku nak duduk atas aku. so aku dengan teranya pandai parking tau...



so inilah gambar beliau berada di pejabat aku. helooo masuk-masuk je pejabat aku di terus melulu ke 1 tempat dia mana tempat itu ada penyapu n penyodok. memang terbawak-bawak perangai itu ke pejabat mama yer.... semoga jadi anak yang baik ye sayang.. amin...

Jumaat, 2 Mac 2012

arobic

Alhamdulillah.... kemarin petang kul 5.30pm aku berjaya join arobic kembali dengan ahkak-ahkak kat dewan pejabat belia, setelah sekian lama (3 bulan) tak join dengan depa.. sangat best.. sangat siyok loh... peluh mencurah-curah... 6.45pm en papa bersama Adam Amsyar mai ambik aku... tak sempat nak abiskan arobic, tapi dalam 5 minit lagi jer..

Sebenarnya aku dah rasa berat badan semacam jer, korang tau berat aku berapa sekarang? 78kg hokeh!!! sangat beso lemak kat perut ni.. en papa ada cakap, suh aku pi hari-hari, kalo boleh tu ok jugak, tapi kat sini seminggu 2 kali je. tu pun kira ok la kan. aku rajin aku joging la kat padang taman rum ah aku tu...

Makan pun nak kena kontrol betul-betul ni.. kengkawan, beri sokongan yer...

Khamis, 1 Mac 2012

Assalamualaikum...

Korang pernah tak baca novel Kau Yang Satu keluaran Alaf 21? Aku pernah baca novel ni selepas kakak aku mengkhatamkannya... best sangat. bila la depa ni nak buat cerita novel ni pulak eh? kalo aron jadi pengarah cita ni, dapat plak pelakon yang best, mesti lagi best la cita ni kan... korang leh baca sinopsis kat bawah ni...

Kisah bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.

Taufik menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang modal terkenal bernama Isabella. Manakala Salina pula sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun jodoh tiada siapa dapat menghalang. Mereka disatukan walaupun hati dan perasaan diamuk tentangan. Jadi la mereka ibarat orang asing walaupun sebumbung.

Sekian lama serumah akhirnya Taufik kecundang dalam egonya. Tanpa disedari tumbuh bibit-bibit cinta antara dirinya dengan Salina. Ditambah dengan kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik Taufik. Api cemburunya marak tanpa di pinta. Dan dia berusaha agar Salina menyintainya.

Dan sesungguhnya, mereka memang ditakdir bersama. Apabila Salina bersedia menerima cinta Taufik. Dan mereka melayari bahtera cinta dengan bahagia.

Namun, sedang hangat menyemai rasa datang musibah tidak dipinta. Isabella membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri.

Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri.

Kebenaran terungkai sudah, Salina menyesali ketelanjuran diri. Menuduh suami yang setia tanpa usul periksa. Kekesalan mencengkam jiwa lantas Taufik dijejaki.

Menemui suami tercinta yang sudah tercalar hatinya bukanlah mudah untuk Salina memujuk Taufik memaafkankan dirinya. Taufik mengeraskan hatinya walaupun sayang masih menebal dan rasa kasih dan kasihan pada Salina yang sedang sarat itu.

Akhirnya Taufik melembutkan hatinya, menepis ego demi kebahagian masa hadapan. Sesungguhnya 'tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu...'