Rabu, 11 Ogos 2010

Akar Siti Fatimah

apa yang nak buat tuk senang bersalin??? salah 1 yang saya dapat tau air dari akar siti fatimah yang hanya ada di Mekah....

saya ada 1, pemberian dari aida, mekasih laling...

saya dah rendam ahad lepas, saja je... nak tengok 'perkembanggan' akar tu. org cakap kalo rendam akar tu bila ia kebang mcm bunga maknanya tanda kita dah nak beranak...

tengok bawah yer...

ni yang fresh, tak kena iar ka apa ka...
saya rendam dlm air bioaura, besen tu ada lebar dalam 30cm. tengok, baru letak ada 1 tangkai dah kebang... masa ni tengahari...
saya tutup, petang saya tengok, mcm ni lah qupenye... mak aiiiiiii kembnag sungguh... eeerrrkkkk saya nak beranak dah ker? (--") air pun dah bertukar mcm teh o ceroi..

saya tak mula minum sepenuhnya laki, kemarin petang saya ambik dlm 1 camca, campur dengan 1 botol air mineral kecik... emmmm rasanya? ok jek, cuma rasa akar kayu sikit, ada yang kata bau hanyir, tapi yang ni saya campur dengan iar lain kan, rasanya mungkin kurang sikit...

bila yang boleh minum???

mak cakap dah boleh minum, mak minum dari perut 7 bulan & ada yang kata boleh minum mula 8-9 bulan...

dalam 1 blog, saya baca di blog kongxi "Caranya mudah..rendamkan akar siti fatimah, beberapa hari sebelum tarikh EDD anda..akar ni susah skit nak dapat kat Malaysia..tapi paling mudah didapati di Tanah Suci Mekah..so kalau ada terdengar orang pergi Mekah ke, umrah ke..kirim-kirimlah pada mereka ek..rendam tau, bukan rebus ke apa ke..rendam je..lepas tu, ambil air rendaman tu, letak la dalam botol kecik..kenapa kena letak dalam botol kecik?..yela, untuk senang dibawa kemana-mana..kita bukan tahu kan bila kita akan bersalin kan?..air rendaman ini dikatakan dapat membantu mengembangkan bukaan jalan , maksudnya bukaan jalan untuk ke 10 cm tu, akan lagi cepat..air nya takde la rasa pelik-pelik ..rasa macam air kosong je..air ini juga boleh digunakan sebagai air selusuh..selain daripada itu, amalan membaca zikir Nabi Yunus jangan dilupakan ya!"

so, yang ni mengantakan masa kita kat spital baru minum... yg mana 1 nak ikut ek??? tapi yang saya minum semalam mcm ada kesan.. kesan apa?? rasa perut saya semacam ja kemarin petang, rasa berat semacam, cara jalan pun semacam ja... tak tau la kesan dari air tu atau perubahan en baby yang semakin menbesar...

so saya ambik keputusan tuk bawa masa pegi hospital la....