Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Makeup

dari semalam aku menatap benda ni sampai telupa tang keja...
belajar makeup... best...









EBM

salam.. aku nak berkongsi masalah dengan korang ni...

susu aku berkurangan sejak akhir-akhir ni... beli S3 berazam nak buat stok gila-gila (banyak) untuk anak aku... dulu tengahari keras je breast, sekarang tak sebab ari tu aku malas nak pump 2x (jahatnya) lepas tu sekarang, nak ambik, dah kurang.. kul 4 baru penuh...

aku tau ada 2 cara nak bagi cepat penuh...



pump ikut peraturan = 2 jam sekali kompom kena pump


ada minuman berkhasiat/ubatan dijual khas untuk bagi susu banyak
cara no 1 aku buat dah, tapi nepel aku sakit sebab tak kuar susu.. nak try no 2 plak... wati kata ada pil jual kat kedai-kedai jamu, dia pernah beli... semoga Allah izini...
Tingin nak buat stok EBM cam ni...


cam ni

cam ni


cam ni


cam ni


tak pun macam bawah ni pun jadi la...





*pic googel

Romentik???

kalau nampak makan bersuap tentu nampak romentik kan...
tadi aku buka fb sepupu aku nampak pakngah (abang abah aku) ngan makngah bersuap kek sempena hari bu... amboi.... syok tengok...abah aku pun, ini adalah acara wajib bila ada kek...
.
.
.



laki aku lagi romentik kan...

BF diet

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?
Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra kehamilan secara perlahan. Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama


Apa yang perlu saya makan?
Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sek…

Sakit lagi

salam korang...
huhuhuhuhu.. sebenarnya aku rasa sakit ni dari kemarin (time kija lagi) masa tu sakit sikit jek.. semalam masa bagi en adam pakai baju pas mandi, montot (kiri) aku rasa semacam ja sakit. kena dok senget sebelah... mai malam langsung tak leh duduk, kompom kena senget tak pun duduk kedepan, tak leh sandar... aku suh en papa tengok, tak da lebam tak da merah cuma kulit tegang, bengkak n rasa keras + sakit... baru aku ingat, tu tempat aku kenan cucuk DEPO ari tu... time tido plak mudak tu buat hal.. ngantok, tapi dok guling 2 tak mau tido, yang aku ni dah la montot sakit.. en papa?? leh tengok je la, nak tolong buat apa pun, cuma aku minta sapu minyak angin kot boleh ok... hemmm sampai ke tengah malam, kalo aku nak mengiring sebelah kanan mesti tak leh, kena meniarap terus.
mai pagi ni lagi teruk, pi opis masa naik tangga memmang terasa gila.. memang tak leh tahan, so kul 12thr tadi aku ke klinik kesihatan tu. jumpa nurse, (sampai 5 nurse berkumpul) tak tau nak kata apa kena…

1994

aku jumpa gambar ni kat fb senior aku... kenangan, masa ni kami sekolah rendah, ramai-ramai gi rombongan cuti sekolah ke KL, selangor & melaka. yang aku ingat tido kat sekolah mana tah...

sebenarnya kakak saja aku yang nak pi sorang, dengan sponsor sepenuhnya oleh arwah nenek. kena bayar RM60 (kalo ikut dolu-dolu tu mahal la kan..) aku ni plak tehegeh-hegeh memujuk nenek nak pi jugak... merayu... (padahal nenek tu tak keja apa pun, dah la tua, tapi nenek simpan duit masa muda) akhirnya dapat jugak aku pi... mekasih nenek, jasamu pada ku, dari dulu tak pernak dilupakan.. nenek adalah nenek terbaik...

ok, berbalik kepada gambar, suma yang pi darjah 4-6. masa ni aku darjah 4 & kakak aku darjah 6...

aku dalam bulatan pink, kakak aku bulatan hijau...

kenangan...ada disini yang arwah dah, ada yang beranak pinak, ada yang tak ada anak, ada yang tak kawin, wallah hualam...

Akhirnya!!!!!!

salam korang....
akhirnya ahad lepas menjadi gak plan aku... sampai tgc kul 12pm wayang kul 1.45pm, so nak merewang pun maleh, so main boling jab.. wes.... dah lama tak main boling.. aku rasa dah dekat 3 tahun... masa tu plak ada kilang buat tournament, bola abis wes!! tinggai ada kot tak sampai 10biji, tu pun kebayakkan saiz 14. pas tu aku tengok kat lanes punya penuh bola. haram tak main pun. apa la 'sighu' depa ni! aku tak ada bola, last2 laki aku pi cari bola kat depa ramai2 tu saiz 15 (laki aku) 11 (aku).. jumpa, main la... dah setengan game, bola aku hilang!! sangkut??? aku rasa dak... pastu main la bola 10 yang rosak membuatkan ibu jari aku sakit.. lepas tu bola laki aku pulak hilang.... hemmm aku dah agak dah.. dalam kami dok ralit2 orang sebelah ambik. campur dengan bola kami, dekat 12 bola kat lanes depa, main berapa orang ja... bongok la.. tanya la dulu orang pakai ka tak.. kami ada 1 game lagi. pas tu laki aku pi ambik balik bola dia... eeee geram betui... aku ada b…

encek adam amsyar...

oooo en papa, tengok la perangai dia sekarang ni... en papa tak da kat rumah dia la maharaja.. tak cukop kerusi ringan, kerusi berat ni dia tarik. pelan-pelan kena kepala pas tu tengok mama. bila mama kata "aip...." terus tak pegang kerusi tu, pastu apa lagi jatuh la kerusi tu, nasib walker cek tu besaq taw....
ni pulak, makcik tengah ulangkaji kat meja kecik, ada salotip ni, dia tarik tarik dan tarik, bila telekat kat kepala tak padai ambik.. dalam hati mama "kah kah kah... boooo tak leh ambik" sian jugak tengok dia tak pandai ambik bila kat dahi sendiri.. dalam hati aku "tak pandai lagi kot nak bajet" sampai kesudah tangan merewang merata sampai la aku yang tolong buang dari dahi dia... hai la anak, kaulah penyeri hidup mama papa...

TV3

Salam korang..
korang ada tengok tak cita NORA ELENA kat TV3 jam 7pm-8pm dari isnin sampai khamis? cita akasia ni tak pernah lagi aku tinggai dari dulu sebelum zaman manjalara lagi.. so sekarang ada cita ni... best gak layan, tambah lagi kalo dok rumah mak, ramai yang layan..
Sebenarnya dari novel "Kasih Yang Suci" telah diangkat ke versi drama. Untuk versi ini, tajuknya telah ditukar kepada nama watak utama novel ini iaitu Nora Elena.


Korang dah baca tak novel ni?? For me, it is one of the best novel. korang dah baca? Kalau belum, boleh baca sinopsis ni dan dapat gambaran keseluruhan drama ni nanti. Ini adalah sinopsis yang tertulis di belakang novel.

10 tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saidul Idham, tunangnya pergi kerana tragedy itu. Tiba-tiba muncul Seth yang menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulka…

2nd time

ini hasil ke 2, baru lepas pam, susu pun dok suam lagi... makin menaik la.. i like...
kat botol ni ada gambar katun baby, cumil.. makin lama, makin puji mama.... :D

1st time

Inilah hasil pump aku petang kemarin. dapat 3oz.. alhamdulillah... pas pump rasa nippel sakit sikit dalam 1 jam macam tu, pas mandi ok sikit... memang rasa sakit macam tu ke? aku 1st time ni, tak tau macam mana rasanya..

Hari Ibu

Arwah abang selalu tulis sajak, ada ja dalam buku yang dia tulis, ada yang ditampalkan dipintu bilik dia... selepas 2 3 hari arwah menginggal, mak baca, tiap ayat yang dibaca, tiap kali air mata menitis... aku 1st time baca pun menitis air mata, tambah lagi mak... semperna hari ibu, aku bagi korang baca sajak dari arwah...


Abang, kami amat merinduimu, tiap malam adik tak pernah lupa bacakan Al-Fatihah buat mu, semoga rohmu dicucuri rahmat dariNYA dan semoga DIA menempatkan dirimu ditempat orang-orang yang terpuji... amin...


~Al-Fatihah~

Babytv

sekarang kat astro ada channel BABYTV dichannel 618 astro. khas untuk baby yang dah pandai tengok tv. siyes, adam suka sangat tengok.. warna-warni, cumil2... menurut kata kai di blognya sekarang ni free, tapi nanti kena bayar dengan harga RM5 (pandai sungguh si ASTRO ni buat duik khen??) rumah aku tak da, rumah maktok la adam tengok. lagi pun 2 minggu ni aku dok rumah mak aku, en papa kena pi putrajaya pulok...

si tulli ni cumil sangat, adam suka tengok...


aku plak suka tengok telur2 ni buat lawak... memang best la channel ni.. so kepada sesiapa yang ada astro & baby, try la bukak, mana nak tau, sekurang-kurangnya membantu anda sedang buat kerja dirumah... :D

Pap Mear

Isnin lepas, lepas check adam, aku buat ujian pap mear kat KK... persaan masa tu? rasa biasa jek (sebab dah pernah beranak, kena seluk pun banyak kali dah) tak sakit mana. yang aku kena tak seperti gambar di atas, nurse cuma masukkan kayu kecil itu sahaja, tak sampai 15saat dia buat. memula kena tarik nafas n tahan sekejap. pas tu ok dah.. tapi jangan lupa pakai kain ( itu menyenangkan kita hokeh) kalo korang pakai suar jenuh la.. kui kui kui... jangan lupa trim sikit, jangan la bagi nampak serabut macam hutan simpan... kah kah kah... lawak lawak jugak, kepada anda, yang pernah bersalin @ berkahwin, pergilah buat pap mear ni, ianya baik untuk kita...



Apa itu PAP SMEAR?

PAP SMEAR BENARKAH IA MENYAKITKAN?

PENTINGNYA rawatan pap smear ke atas wanita yang sudah melalui hubungan seksual memang tidak dinafikan. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar tentang kepentingan ini. Kebanyakan daripadanya tidak langsung menganggap pap smear salah satu rawatan benar-benar penting dalam kehidupannya. "…
Duduk, merangkak dan berdiri[anak mama belum lagi, tapi tak pe sayang, mama tau adam boleh..]
Sekarang, bayi anda sudah berusia lapan bulan jadi dia sudah mula duduk dengan baik tanpa dibantu dan mungkin sudah merangkak atau bergerak ke sana sini dengan menyeret punggungnya (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak). Bayi anda juga mungkin sudah boleh menarik badan naik ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot. Malah, jika anda dirikan bayi anda di tepi sofa, dia mungkin boleh mengekalkan kedudukan berdiri ini sambil menahan sedaya upaya supaya tidak terjatuh dengan menggunakan perabot untuk bergantung.
Kebolehan bergerak yang baru diperolehi ini menunjukkan bahawa bayi anda sudah mula menempuhi fasa pergerakan langgar dan tumbang. Ini adalah sebahagian daripada tumbesaran kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan, dan walaupun kadang-kala jantung anda tersentak sebentar, jangan bimbang, malah cubalah menikmati bagaimana ba…

Cuti 4 hari...

salam...
lama tak update blog.. tapi tak sempat bersawang lagi.. aku cuti 4 hari, sabtu, ahad, isnin selasa.. sabtu ke dewan sri pinang, ada kenuri kawin.. cc en papa adik dia kawin).. makan, boleh la... tengok pelayang suma bangla, tapi ada sorang pakcik (toke katering kot) dok pi mai pi mai... pakai jubah putih, dengan bangganya lekat lambang 'pas' kat dada... hemmm aku bukan nak kutuk, tapi tak yah la nak tunjuk walo 'umno' sekalipun, dah la pakcik pakai pekerja bangla, kalo melayu tak pa la jugak... makanan dah la tak sedap mana.. kepada cik2 yang nak kawin nanti, ini nasihat dari ahkak yang berpengalaman hal2 katering,
no 1, kalo nak pilih katering jangan la pandang pada luaran ja, nampak dalam catalog cantik terus terpikat, siap ada baju untuk mentara, tapi kena pi rasa dulu masakan dia. tak pun pi kenuri yang katering tu buat (kalo kenuri tu dijemput).
no 2, kalau tengok ada kek nampak lawa, pastikan kek yang sampai hari kenuri tu lawa jugak.
no 3, pastikan pada har…