Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

Daftar sekolah khas atau sekolah biasa?

Hari tu ada call cikgu di Sek Keb Seri Sentosa tentang pendaftaran di Pendidikan Khas untuk Amsyar, cikgu cakap nanti datang bulan 7 untuk pendaftaran... tak sabar nak bagi Amsyar masuk sekolah sebab dia kalau nampak sekolah ja nak masuk...


Bagi ibubapa yang ada anak masalah bercakap, ini ialah saat yang amat meresahkan. Ibubapa dalam dilema: sekolah kebangsaan aliran perdana? sekolah pendidikan khas? pusat dalam komuniti? sekolah swasta? homeschooling? Setiap pilihan tu ada pro kontra. Ibubapa yang anaknya bercakap macam biasa takkan memahami kekalutan fikiran ini. Hanya yang mengalami saja yang faham. Apa antara keresahan utama ibubapa? Keselamatan anak. Bimbang anak keluar kelas hilang entah ke mana. Cikgu tak memahami anak. Bimbang anak dimarahi cikgu atas sebab kelemahannya bertutur. Bimbang anak tak pergi ke tandas sekolah. Bimbang anak dibuli murid lain. Bimbang anak tantrum atau berkasar dengan murid lain. Dan macam-macam 1001 kebimbangan lagi. Setiap kebimbangan itu ada hujahnya …