Jumaat, 28 Ogos 2009

Aura Shape From AVON

Kemarin saya beli aura shape 1 set, dengan Teknologi Nano Arang Bambu. dah try, memang sedap pakai. Bra tu masa saya pakai, wowwwwww nampak sexy+montok.. malu plak tengok diri sendiri kat cermin.. hik hik hik... Corset plak, sedap ja dok kat badan, memula tu kat perut saya ketat sikit, biasa la kulit perut tebal (mak cakap.. huhuhuhuhu) rasa ketat sikit, dah lama nanti ok la.. Girdle pula, emmmm sedap sangat pakai, selesa sangat, sebelum ni saya ada 3 girdle, termasuk yang baru ni, inilah girdle yang saya sedap pakai. kak ani (owner AVON Nibong Tebal) cakap, mula-mula tu badan rasa lengoh2 sikit, tapi lama kelamaan akan biasa dan ok. tak rugi beli...

aura shape up bra
Tali Bahu Yang Lebar+Stuktur Tetulang X+Fabrik NANO Bambu Charcoal
aura shape vest corset
Fungsi : Sokongan Ekstra+mengempis Perut & Pinggang+Memperkemaskan Postur Badan+Skongan Belakang Yang Kukuh
aura shape girdle
Fungsi : Mengajak bentuk Pinggul + Mengempis Perut

Khamis, 27 Ogos 2009

Pahala Terakhir Seorang Isteri

Saya dapat cerita dibawah dari rakan sepejabat melalui email. thank`s fiza. sayu je baca kisah kakak ni. mesti dia berasa bersalah kat arwah suaminya, kalau saya pun.... hanya Allah saja yang tahu hati dan perasan saya sekarang ni....
-
Jadikanlah kisah menarik ini sebagai pengajaran buat wanita yg bergelar ISTERI....
-
Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.
-
Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya...Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
-
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur.
-
Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat... Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah s. a. w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."
Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ... semoga Allah perkenankannya.
-
Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan

Selasa, 25 Ogos 2009

Nama Baby


Tadi saja selak-selak web Pa&Ma tengok nama baby yang best... cover bulan ogos, comeyyyyyy sangat baby ni.. geramnya.. cam nak giget aje... dan yang tersangkut ialah...
-
Baby Girl
-
Diyanah - agama
Nama yang cukup sinonim dengan kecantikan wajah yang selalu dimiliki oleh pemiliknya. Mungkin orangnya putih, berseri dan apa sahaja yang cantik pada dirinya. Di sebalik nama yang sedap didengar ini, sebenarnya ia bererti agama. Agama pastinya yang berkait rapat dengan kesucian dan juga kebersihan. Semoga anak pandai menjaga kebersihan dan kesucian dirinya sebagai seorang wanita yang solehah.
-
Dayana - Batrisya Gagah perkasa/cerdik/pintar
Seorang yang memiliki nama ini akan menjadi terkenal, berjaya dalam apa bidang yang diceburinya. Hatinya cekal dan gagah dalam membina dan mengejar kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Sifat-sifat baik yang dimilikinya, memudahkan ia membina karisma diri.
-
Fazila - Ulung, jujur, cemerlang <--- nama kus...
-
Wafiah - Sempurna
Anak yang sempurna sifat zahir dan batinnya. Sedaya mungkin kita sebagai ibu bapa tidak mahu memiliki anak yang cacat. Oleh itu bila sudah memiliki anak yang sempurna pastikan juga anak tidak ada yang cacat pada akidah dan juga akhlaknya.
-
Zuyyin - dijadikan indah
Nama yang jarang diberikan kepada anak-anak. Tetapi nama ini mempunyai erti yang cukup baik iaitu indah. Moga-moga anak mempunyai sikap yang baik dan indah pada zahir dan batinnya.
-
Baby Boy
-
Darwisy - (Warak)
Nama ini kedengaran agak janggal. Namun, ia mempunyai erti yang sangat bagus. Seorang yang taat dan patuh kepada Allah. Sangat takut untuk melanggar larangan agamanya. Sifat warak yang berada dalam diri seseorang akan menjadikan hidupnya terisi dengan kebijaksanaan dan sentiasa bersemangat untuk melakukan kebaikan.

Pink

Kasut baru, crocodile. sebenarnya lama dah tingin kasut cam ni, ala-ala ibu mengandung giteww... ada jenama ni, school, bata dll lah.. tapak sedap pakai.. dapat juga akhirnya... yeh yeh..

Isnin, 24 Ogos 2009

Sweet... Siti & DK






tiada ungkapan yang dapat ku berikan apabila melihat foto2 siti bersama somi... romantik sangat, jeles....huhuhuhuhu.....

Baju Pengatin

Sabtu lepas saya beli majalah pengantin ni. tengok kat tudung ekin pakai tu, lawoooooonya.. huhuhu... kalau tengok plak kat baju pengantin putih merah tu, cam tu la saya inginkan tuk wedding nanti. tapi nganten laki suma putih, kalau ikot gambar tu sampin n tengkolok merah kan, so yang mana 1 ok yer? bagi pandangan kat saya sikit... tengah buntu nih... pas tu baju saya pula si zam tu nak buat cam baju ada koler... cam tak kena jek. nanti nampak dada beso, kan... saya ingat nak suh dia buat jubah biasa ja... nanti nampak sarat sangat, lagi nampak bam... huhuhu..




Rabu, 19 Ogos 2009

i MiSs U, mY fiAnCe...


*balik cepat & hati-hati ye memandu...

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
entu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
~
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluanga
lunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
~
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU
"andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
~
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
~
Duhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
~
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir
kali bagi dirinyayang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
~
wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami.
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Amin.....
andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
~MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN~
* * * * * * * * * * * * * * * *

Selasa, 18 Ogos 2009

Sick


Tadi pagi gi klinik tempat saya kerja dulu. bagun subuh tadi tekak sakit la sangat-sangat. takotnya tak da sora macam hari tu. tak boleh bercakap langsung sebab sora tak kuar.. eeee tak mau... perit rasa. so doc bagi antibiotik, sakit tekak, kahak n ubat kumur (thymol). harap-harap cepat la sembuh sakit nih.. tak suka sakit... sakit sekarang ni cepat-cepat kena gi klinik..

Isnin, 17 Ogos 2009

Rizman Ruzaini

Diantara rekaan Rizman yang megegarkan jantug ku....
cantik kan.... acely yang brown & pink tu nak pilih tuk wedding nanti, tapi dah lari tajuk la....
-




Takottttttt :_(

Assalamualaikum.... kepada kawan-kawan yang sudi masuk blog saya. saya ingin berkongsi cerita sedih yang saya dapat video dari adik saya. (kalau yang pernah tengok buat-buat la tak penah tengok :p). sedih sangat tengok video yang bertajuk `BUNUH DIRI`(perlis) sebab cinta....?? WHAT DE @$%&*!. Tak terfikirkah keadaan mak abah kakak abang adik? tak fikir ke yang kita ni banyak dosa yang perlu keampunan? hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika melihat video 3 minit ini. air mata bercucuran kerana kasihan. kenapa dia sanggup buat macam ni kerana frust bercinta :(. kepada kawan kus sekalian, ambil lah iktibar, janganlah kerana CINTA nyawa behargamu itu tekorban... ingan Allah, mak & ayah yang menatang kita sepenuh kasih sayang... biarpun kita dipukul, dimarahi mereka, mereka tetap beharga buat kita....
-
wanita yang dikatakan `marka` arwah yang mengantung diri...
arwah, tangan dan kakinya sudah lebam.
arwah sudah keras ketika ini..



kad toup hotlink yang dimiliki arwah utk `aweknya`



District 9

Last saturday saya dengan tunang tengok cita ni. meh cita sikit sinopsis cita ni...
~3 Star~
-
Thirty years ago, aliens made first contact with Earth. Humans waited for the hostile attack, or the giant advances in technology. Neither came. Instead, the aliens were refugees, the last survivors of their home world. The creatures were set up in a makeshift home in South Africa's District 9 as the world's nations argued over what to do with them. Now, patience over the alien situation has run out. Control over the aliens has been contracted out to Multi-National United (MNU), a private company uninterested in the aliens' welfare - they will receive tremendous profits if they can make the aliens' awesome weaponry work. So far, they have failed; activation of the weaponry requires alien DNA. The tension between the aliens and the humans comes to a head when an MNU field operative, Wikus van der Merwe (Sharlto Copley), contracts a mysterious virus that begins changing his DNA. Wikus quickly becomes the most hunted man in the world, as well as the most valuable - he is the key to unlocking the secrets of alien technology. Ostracized and friendless, there is only one place left for him to hide: District 9.
-







Khamis, 13 Ogos 2009

Ustaz Asri Rabbani

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.Arwah meninggalkan seorang balu, Halizah Shahzan, 39, dan enam orang anak.
------------------------------------------------------------------------------------------------
ni blog arwah :
http://asrirabbani.blogspot.com/



12.08.2009

Hari yang sedih buatku, kenangan bersamamu akan daku ingat sepanjang hayatku...

-------------------------------------------------------------------
Kenangan Terindah-Samson
-
aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang telah hilang darimu
yang mampu menyanjungku
-
selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu
-
darimuku
temukan hidupku
bagiku
kau lah cinta sejati
-
yea ohh
-
bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah
-
ohh
-------------------------------------------------------------------
Siti Nurhaliza - Melawan Kesepian
-
Tiada sesiapa dapat melupa
Perasaan cinta pertama
Akan ku ingat selama-lama
Saat Pertama jatuh Cinta...
-
kasih sayang
Senyum Mesra bersama,
pujuk rayu mu
pasti ku ingati...
-
Apapun jua akhirnya
aku kan tetap
mengingatimu dengan setia
-
Walaupun kau akan pergi
Pastiku ingati, gelora cinta
Kali pertama...
-------------------------------------------------------------------
Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang
-
Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
-
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
-
Kau telah jauh,
jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
-
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
-
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
-
Tak mungkin kerana sayang
Hanya kadang-kala aku terkenag

Rabu, 12 Ogos 2009

Engagement - PART 4

jam 12.00tghr saya dgn dayah (na) ke kedai Zam. sepatutnya Zam yang kena makeup, tapi disebabkan atok dia meninggal semalam (7.8.09 malam), so yang makeup saya kawannya (mimi).
memulanya ayu takot sbb setahu saya mimi ni makeup garang giler... sebelum dia makeup saya ada 2 orang dah dia makeup, 1st nampak garang gila, no2 tak tau pula, tapi mai time saya, Alhamdulillah, saya puas hati sangat2.
so zam ada tanya mimi, `hang makeup ila macam mana? mms mai kat aku` so si mimi sebenarnya mengejar masa tak sempat nak snap gambar saya. tapi mimi n staff zam yang ada kat situ badi tau kat zam, `muka ila aku makeup macam biasa, tapi muka dia nampak sweet2 gitewwww` :D
hehehehe kiambang la montot saya.... layan la pic saya kat bawah ni yea....
muka sebelum buh apa2 bedak, tembamnya..!!!!
mimi

Alhamdulillah tudung menjadi elok. punya susah nak menjadi sampai naik marah...
Tapi apa pun saya rasa, saya nampak sweet dengan pink ni.. thank`s ara...
mulanya tudung ni pendek, nampak `si kembar` plak...

so saya minta mimi turutupkan sikit... jadi dah....
sekitar kedai Zam