Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Kisah Anak-anak

Asalamualaikum...

Lama tak cerita kisah anak-anak sayang ai...

Cerita Adik Ammar Rifqi dulu. Dah setahun sebulan dah dia.. alhamdulillah membesar dengan sihat. tapi kekadang demam batuk selsema datang. hari tu minggu kenduri rumah mertua dia macam penat, so dapat la nebu sekali. kesian sangat kat dia, masa tu nampak dia penant. sebenarnya sebelah en papa family dia memang ada asma, tapi papa takda. risau juga kalau anak2 ada.

Adik padai berjalan umur 11bulan, setahun dah boleh laju, setahun sebulan dah boleh lari. laju sikit dari abam, abam umur 1tahun 3bulan baru boleh berjalan. Sekarang ni gigi bawah ada 2 gigi atas 1. bab makan sekarang dia masih makan moi yang lembut sebab bila bagi moi kasar dia macam telekat. susu sekali minum maktok cakap 5oz. dengan mama susu badan je. makan tak memilih, apa yang bagi dia makan... macam perangai abam bab tu.

Sekarang ni dah pandai nak berkawan. kalau nampak ja kelibat abam laju ja nak ikut. kalau dengan sepupu ramai2 dia join ikut sekali main …

Resepi Ayam Madu

Semalam buat auam amdu ni... sedap.... inpirasi dari adik ipar buat masa kenduri rumah MIL 2 minggu lepas... resepi ahkak gugel jer.... sedap kemain... senang sangat nak buatnya.





ni adik ipar buat.

Gulai Lemak Ketam

Hari ni nak berkongsi resepi turun menurun dari arwah nenek kesayangan... kebetulan hari tu en papa pegi econsave nampak ketam besarrrrr.... terus nak makan gulai masak lemak ni. resepi ni jugak boleh buat dengan udang.

Bahan-bahannya
3-4 ekor ketam
1 biji nanas yang dah masak (cincang)
1 biji bawang besar (kisar + air)
1 paket kecil rempah ikan
Separuh kotak kecil santan
Gula (secukup rasa ya)
Garam (secukup rasa ya)
1 biji telur ayam

Caranya
-Panaskan periuk, masukkan bawang kisar + nanas + rempah ke dalam periuk
-bila mendidih masukan gula & garam. biar 2-4 minit
-masukan ketam biar seminit masukkan santan
-masukan telur dan kacau

Siap boleh dimakan.

Kalo nak kuah bayak tambahkan air masa letak rempah tu. Boleh jugak kalo nak tambah benda2 lain ikut citarasa masing-masing...






selamat mencuba...

i'am 31!!!

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memanjangkan usia ini.. huhuhu sweet 31 okay... Terima kasih jua buat mak tercinta kerana tanpa mak tiada cek di dunia ni... terima kasih tak terhingga juga kepada abah yang membesar dengan penuh kasih sayang walaupun dulunya abah seorang yang tegas...  tapi sekarang dak dah...
Birthday kali ni tak kemana hanya di rumah ku syurga ku... memula ingat nak piknik kat mana2, tapi guruh pulak petang tu, so keluarkan semua barang dalam raga hidang atas meja makan.
Dalam sambil hidang atas meja dah nak siap tetiba belakang bunyi plastik, toleh toleh jer................. haaaaaaaa bunga!!!!!!!! serius terkejut... en papa hadiahkan bunga!!!!!!
ni bunganya.......... cantik............. beli jauh pulak pepagi buta tu... patut cari pagi tu tak jumpa.. pegu cuci keta tanya... hihihi...
aiolls muka hepi dapat bunga... sapa tak suka bunga oooiii... tengok la budak tu tak sabaq nak makan..

budak kecik tu merengek ja minta dukung... papa pun …

#AdamAmsyarAmmarRifqiBirthday 2015

Assalamualaikum....

n3 update gambar sekitar majil hari lahir Adam Amsyar 5 tahun & Ammar Rifqi 1 tahun pada petang hari raya aidiladha baru2 ni... alhamdulillah sambuatan haru lahir disambut sekali hari lahir sepupu diorang Danish yang jatuh bulan september juga....

by mama... sebenarnya ai memang suka la buat bendaalah2 macam ni... temanya MICKEY kononnya...


buat kat rumah maktok
bekas pink tu beli kat ledai barang korea kat jusco

balang ni beli kat kedai RM2 tapi bukan harga RM2 ya...
cake ni my luv sis sponser
biasalah, yang ni je cepat buat...
foods
yang ni minta en papa beli kat ikea hari tu sebab murah..
orang2 penting dibelakang ai...
kopok ni bagi kat budak2 yang datang...
kazruls family

tengok la si danish tu malu, si adam teruja, si adik macam blur...hahaha


jenuh jugak pujuk budak tu suh tiup lilin dengan Adam tapi tak mau jugak...

tengok budah tu... hepi letak belon atas kek main ketuk2.

.

September Birthday

Assalamualaikum...

Lama tak update blog.. n3 kali nak cerita hari jadi jer ya... bulan 9 birthday anak2 mama... Adam Amsyar 5 tahun & Ammar Rifqi 1 tahun berkongsi hari lahir, adik 17hb n abam 18hb. so pada tepat tarikhnya mama beli kek kecik dulu yer. time raya haji sambut pulak dengan sepupu diorang danish yang lahir 20hb.

17 sept 2015 masa nyalakan lilin ja adik punya teruja sampai pegang api lilin, masa tu sambil kami nyanyi lagu hepu besday terus jadi slow, tokwan yang pegang bekas kek terus ambil isap jari adik yang pegang api tadi.. huhuhu..
18 sept 2015 hari ni sambut dengan papa yang baru balik dari kl... tengok tu lilin letak jauh dari adik takut dia pegang macam semalam.
pic atas ni saja umo masa umur Adam Amsyar setahun n tahun ni Ammar Rifqi pakai baju yang sama... masih elok sebab jarang pakai...
2011 & 2015
2011 & 2015