Rabu, 25 Ogos 2010

Abang...

Al-Fatihah & ayat suci Al-Quran buat abang tersayang semperna Hari Lahirnya pada hari ini 25-08-2009, cukup umurnya 32 tahun...

Selamat Hari Lahir Abang...

Abang, sayu hati mak pagi sahur tadi... adik memang ingat hari ni hari jadi mak, lepas dah makan, mak tanya kat adik "kak, ingat tak hari ni hari apa?" Tuhan saja yang tahu hati kami masa tu, adik tengok mak, berlenang air mata mak.. adik cakap "ingat mak hari ni hari jadi abang.." (semalam dah seminggu adik dok ingat bahawa hari ni hari jadi abang) untuk tak bagi mak mengis panjang adik sembang dengan dia, tanya umur abang tahun ni (padahal adik tau) lari sikit bab lain supaya dia tak lagi sedih...

bukan niat adik untuk dia melupakanmu abang, tapi untuk mengurangkan kesedihannya... dan abang, kami tak pernah lupakan abang walaupun sehari...
Ya Allah Maha Esa
Kau Syurgakanlah tempat Arwah abang,
Ya Allah Maha Pengampun
Kau ringankanlah hukuman ke atas Arwah Abang,
Ya Allah Maha Mengetahui
Kau lindungilah Arwah Abang dari api neraka,
Ya Allah Maha Penyayang
Hanya padaMu aku memohon....
Ya Allah Maha Pengasih
Dari Engkau kami datang
Kepada Engkaulah kami kembali...
Amin....