Ahad, 24 Februari 2013

Adam @ hospital




Assalamualaikum... besiara ai pepagi buta dari hospital sungai bakap... adams dimakkan ke wad malam hari jumaat selepas ai ada dinner dengan rakan rakan opis...nnya..  batuk yang teruk tak berenti walopun 5 minit.. so keputusannya aku terpaksa mengiakaai ke saat ini alhamdulillah... adam semakin baik.. adam mudah batuk n boleh dapat penat.. ayoyo letih la kalo mcm ni.. 

keturunan belah en papa mmg ada penant, so tak boleh lari dari itu.. so apap pun doakan adam terus cepat sembuh ya...

Rabu, 20 Februari 2013

OMG Fiz Fairuz putus tunang??

FIZZ FAIRUZ PUTUS TUNANG DGN "ISTERI ORANG" & KATANYA DISIHIR!



Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami. “Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam. Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu. “Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang. Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

kalo aku jadi almy, tepuk tangan seminggu tak berenti okeh...