N3 kali nak cita sikit tentang naber (jiran) kat rumah aku. sebelah kanan rumah kosong lagi, tuannya mana khamis. walopon tak pernah aku tengok muka dia, tetap aku rasa ok lagi sebab dia tak dok lagi kat situ.. kekeke.. depan ada 4 (yang terdekat) kiri sekali abang NTPM, abang ni keja kat kilang tisu, wife dia rasanya keja kat sekolah. sebelah lagi rumah tu masih kosong (tuan qomah tak dok lagi).
sebelah lagi kak fauziah keja kat petronas sungai bakap, asben dia polis. kak fauziah ni sangat ramah. sebelah rumah kak fauziah plak kak ida. asben dia pencen askar. baru je, muda lagi depa ni. anak sulung dah tingkatan 4 (tak silap aku) depa ni la yang aku cita beniaga nasi lemak yang sedap tu. dan jiran aku disebelah kiri pasangan muda (ranya baya aku jugak), dengar dari kak ida depa ni menyawa rumah pakcik pencen jugak. keja cikgu laki bini. anak depa dah 6ulan macam tu. time aku buat kenuri doa selamat masuk rumah ari tu dia tengah peknen.
sebenarnya nak cita sikit tentang jiran yang ni. dulu masa time dok cuci rumah tengok jugak kat depa ni. si laki ni kurang frienly, bini je dok senyum dengan aku. sampai la 2-3 hari lagi nak kenuri rumah aku, aku ngan en papa pegi la jemput diorang, diorang time tu baru balik makan kot, diorang kata ok, senyum, insyaAllah. esok tu pun papa ingatkan lagi kat laki tu, nak tau, papa kat luar pagar, laki tu baru nak masuk perkarangan rumah dia, dah la papa cakap dia ha ha macam tu je, terus tutup pagar. dia ingat laki aku ni nak mai rompak dia kot. geram betul.. so pada hari kenuri diorang balik kg, dah tenyu tak datang kan, tapi sebagai jiran terdekat apala salahnya kalo diorang mai bagi tau tak leh datang kan.
lepas tu jumpa 8-9 kali pun laki tu memang macam tak mo tegur, terus melulu masuk rumah. sampai bini dia beranak aku tak sempat p tengok. asyik sampai rumah je dekat kul 7, mai sabtu ahad memang depa tak pernah ada, jumaat petang terus balik kampung. aku memang teringin nak tengok baby dia time tu. kekadang malam-malam dengar baby tu nagis teruk, rasa macam nak pi tanya ja kenapa, tapi depa ni memang suka tutup pintu macam tak bagi orang mai rumah, so segan gak nak pi.
sebulan ni rasanya aku tak balik rumah sejak en papa kena bawa bos dia ke terengganu la kl la. sehinggalah tadi tengahari aku balik rumah kejab untuk tukar ambik kereta aku, time nak kunci pagar rumah, si bini tu tegur aku, lama tak balik? aku pun "a ah, asben kena bawa bos dia keluar" sambil masing-masing senyum n borak apa yang patut. dia pun baru balik keja, aku nak pi keja. akhirnya kami bersembang jugak kan. alhamdulillah... tak baik sebenarnya tak baik dengan jiran ni kan..