Lala & tokua

Kemarin beli siput lala kat ekosave. fresh lagi. aku ni memang tak pernah beli lala ni, tanya uncle yang tengah cari tu "uncle macam mana nak pilih siput nih?" aku yang muka tak malu. so uncle tu suh tengok lebar n gemok. dia tunjuk kat ku 3 4 biji, so lepas lama-lama cari baru aku pandai beza. pulun cari sampai nak dekat sekilo.

semalam aku masak tumis biasa, ada kuah sikit. sedap.. habis aku, en papa, mak & adik-adik makan.. seronok bila tengok depa makan makanan yang aku masak. pas tu adik aku cakap "kak ni sejak kawin pandai masak macam-macam no." aku toleh senyum senget sambil kata "sebelum ni memang kak pandai masak malas je nak tunjuk" pas tu aku gelak. sememangnya aku tak pandai masak. tapi alhamdulillah sekarang ada peningkatan.
sebelum tu aku buat tokua sumbat, kuah kacang yang kenuri adam ari tu ada lagi dapam peti ais tempat beku (tahan beberapa bulan tau kalo simpan tempat beku ni). buat makan petang dengan family mak aku.


petang ni nak masak apa plak yer.. abah tak da (pi kursus kat PD) rasa sunyi plak. tak da orang nak komplen masakan aku. huhuhu..