Isnin, 31 Oktober 2011

mandimanda

Salam uol... aku kembalik 'memblogkan' diri. Kemarin (ahaday) my papa, adam me & kengkawan tepat keja en papa ke carnival sungai petani. pepagi dah betolak.

Layan cita bergambar.....




Mr Adam?? dia selsema sikit. aku memang risau gak, selsema ni kalo main dengan air lagi la teruk kan. tapi planing dah lama, aku tak boleh la tak bagi dia mandi. kesian plak kat dia. dia ni dah la suka main air.

mudak baru bagun titot

sesampai je orang dah ramai kat luar. kuanter tiket pun tak bukak lagi. lepas 10 minit terus gi beli tiket..



my lil boy wit papa

Memula masuk dalam kolam suka sangat. kaki tu gedik jer main air. dok pelampung cepat-cepat, tak sabar nak main air la katakan.



time ni malu-malu lagi la. muka pun nampak muka baru bangun tido (nasib dia tido time ondeway tadi)



mama over lebey..

dalam 45minit pas tu aku naik bawa Adam sekali. bagi dia relex sikit. suap pncake+nasi lemak isi perut dia. makan tengok air makan tengok air.. tak sabar nak sambung.

ada sekali tu dia bersin (air termasuk sikit dalam idung) keluar abis hingus+kahak dia, aku yang rasa lega. sekurang-kurangnya lega sikit sebab dari tadi meleleh air idung.

luv this picca.. Adam main cak, bila aku ralit ja buat apa-apa, mesti di toleh kelapa tengok aku supaya aku dapat tengok dia.. sangat cumil shayang mama..


my fav.. muka bau mulut anak aku yang wangi sangat. dari dia lahir aku suka bau mulut dia.. sangat wongi... yang bestnya Adam pun biarkan je aku cium mulut dia... ^_^

luv u sayang mama...

suka gambar ni, my luv papa & Adam



suka mandi

muka aku yang malas nak layan tengok perangai orang kat sebelah tu!!!


^_^

dah 2nd rnd, Adam dah sangat keletihan, tengah mandi pun menguap lagi. bagi nyotnyot terus tido... senang ja dia tido..

mama, @#$%&!



lepas 1 jam balik terus.. tq papa bawa kami gi mandi..

Khamis, 27 Oktober 2011

Mengajar Anak-anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah..

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri."anak-anak ibarat kain putih. ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrai atau majusi"

insyaAllah...

Rabu yang best!

Akhirnya aku berjaya memasakkan diri pada hari cuti kemarin sempena depavali. selasa aku carik resepi kat blog-blog yang nampak sedap, so kemarin aku prektis masak la. selasa malam beli barang. biasa la, aku ni tak pandai masak macam mak aku, tapi sekurangnya aku belajar masak untuk laki aku sebab dia yang akan selalu makan masakkan aku khen...

So kemarin makan tengahari aku buat Siakap 3 rasa, kerabu sotong & telur dadar.. macam menu makan kat kedai siam ja, cuma tomyam & kailan ikan masin je tak der. okeh, layan cerita bergambar dibawah ni key...

ikan yang telah siap disiang, (laki aku buang sisik sebab time aku buang terluka tangan sikit) perap dengan garam+limau nipis) pas tu goreng

bahan-bahan untuk 3 rasa
tumis.

letak atas ikan...

Pas tu kerabu sotong+ikan bilis goreng

bahan-bahan

dah celur sotong gaulkan semua bahan (sempat gak aku bagi kat mak & metua aku) tak tau apa yang dikomennya. sedap tu, rasanya biasa ja.



makanan dihari cuti yang sedap buat somi terchenta. papa kata "macam ni tak yah makan kat kedai la kalo nak makan siakap 3 rasa no mama.." aku hanya senyum lebarrrrrrrrrr....

Selasa, 25 Oktober 2011

Dato Non Home

Salam uols.. ada satu petang tu aku ajak Papa jalan-jalan ke rumah Tok Non ni. kat kampung aku (Sungai Kechil) rumah dia yang ni memang dipebuat untuk 'membolehkan' orang masuk tengok (laluan dibawah rumah dia tu). memang cantik, tapi dalam sungguh.

depan rumah dia (dibawah) ada anak sungai, atas macam ada rumah-rumah jugak. time tu ada macam budak-budak sekolah kat sana.

hujung sekali ada mini zoo, tapi menatang sikit ja. macam kuda, rusa, arnab, ayam kampung, ayam piru, itik, angsa, burung. time sampai zoo tu ada pagar, tebukak, tapi takut gak nak masuk, kot-kot tak boleh. sekali mai dua orang pelerja panggil masuk. kami apa lagi, masuk la... sonok adam tengok menatang kat situ.

sepatutnya gambar di atas ni last sekali sebab time ni kami dah nak balik. mak sempat lagi minta pokok tu nak tanam kat rumah.
Adam sonok tengok aku bagi arnab ni makan daun.

sangat beso, jantan!!

klok klok klok

sarang burung



we ^_^





sangat seronok (mama) kekeke..

Isnin, 24 Oktober 2011

Mak sweet '50

Selepas 4 hari besday aku, 14102011 cukup umur mak aku 50 tahun. Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan MAK, Allah selamatkan kamu... Semoga mak dipanjangkan umur, semoga mak dimurahkan rezeki, semoga Allah melindungi mak , sihatkan mak, semoga mak cepat pi haji (keinginan mak aku). Mak yang terbaik, mak adalah segala-galanya buat kami. tanpa mak siapalah kami.

Semoga hidup mak lebih bermakna selepas hari lahir mak yang ke 50 tahun ini. Terutama sekali, ribuan terima kasih kerana sanggup menjaga Adam dari lahinya dia sampai sekarang. mak jaga dia dengan baik sekali. we luv u so much mak..
Sabtu baru-baru ni kami ke aloq staq, ke rumah kak aku. so sambut besday mak aku la kat sana.. layan de picca..

tiramisu cake, sedap..
Adam n Mr Tok Wan

dia teringin sangat nak pegang

'50



special gift from my luv sista..

Rabu, 19 Oktober 2011

Air kotak

Salam uols... nak tanya sikit, boleh ke anak aku minum air kotak DuctLady yang untuk 1-6 tahun tu? ari tu aku ada beli kat Adam. sebenarnya aku nak tukarkan Adam minum susu DL dari lactogen. saja je nak tukar susu. ari tu bagi dia dulac tak mo, perut kembong, sian dia. so kalo bagi air kotak awal2 ni tak pe ke? mana nak tau kot-kot tak elok sebab dia baru 1 tahun kan.

So ari tu aku dah beli susu DL untu 6-18 bulan pek kecil sebab nak test dulu. kalo dia tak minum kena truskan lactogen la. last aku bagi dia NAN masa 1 tahun, so dah abiskan aku bagi lactogen la. tetiba je mama dia rasa nak tukar. harap2 ok la kan.

sangat suka, aku beli fullcream, tak berani nak beli coklat sebab Adam mudah uk uk keras..
wit mama & papa ke rumah kenuri.



try spek mato papa.. kekeke..