Langkau ke kandungan utama

suka makan pisang??

salam... hemm nak tau saya ni memang suka makan pisang.. tadi baru hantam pisang mas 1 ikat... hehehe.. sedap la katakan... kakak saya masa mengandung anak sulung dulu suka makan pisang & air soya.. boleh dikatakan hari ada pisang kat mulut dia :)) saya yang tengok je... sekarang saya plak yang suka... meh kita kongsi KHASIAT PISANG...

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:Mengikut kajian dalam buku ˜The New England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Catatan popular daripada blog ini

Ekzos Bocor

Salam.. keta aku dah lama ekzos bocor. ada kot dlm 4-5 bulan lepas. macam mana boleh tau? kalo korang perasan, akan kedengaran bunyi semacam bila dok dalam keta or kat luar (ekzos) itu lah berlakunya kebocoran. aku ni beragak-agak nak pi. so kemarin my laling sudah ajak, ikut la sekali. kena RM80. layan cita bergambar ini ya...
keta baru diangkat
my laling, auw sexsi bang...

kebocoran . . .

tengok!! besaq kan? orang tu pun tekejut, laki aku pandang aku, aku? buat besaq mata... org tu cakap produa pakai besi nipis. memang nampak kenipisannya hokeh!

sudah dibugilkan

tara!! dah psang yang baru (standat) tak mo la buh macam2, habis duit ja. kan???

tup-tup aku jalan depan sikit, perasan plak yang tong besar ekzos ni berpotensi untuk bocor jugak. so minta org tu welding sikit. hemmmmm.. keta ok keta...

Berhati-hati dengan Minyak Angin

copy from my friend...
Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya.
Ahmad Tarmizi Ahmad Basri (anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun
17/08/04 - Deman biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan
18/08/04 - Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak
19/08/04 - Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar.
Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah...'ada sapu apa-apa minyak di perut' bererti sebagai doktor dengan ilmu kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah,kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.
Keputusan pemeriksaa…

mata memangdang matalah puncanya

wahhh.. belagu nurkumalasari aku pagik2...

salam korang...

aku besiaran dari opis. (sambil memandang pintu bos aku) kekekeke... ari tu pas aku check adam, aku ngan en somi pi klinik mata di hospital bukit mertajam. doc check mata aku (perempuan melayu, umo 30+, kurus, baik :D)

doc : emmm ada selaput kat belah idong, 2 belah no.
aku : a ah dokte
doc : dari bila?
aku : dari peknen lagi. dulu masa saya peknen 5 bulan ada mai jugak, doc cina pompuan cakap tak boleh opret n bagi ubat yang kuat sbb saya tengah peknen. doc tu cakap lagi mei pulak lepas bersalin kalo tak hilang. tu yang saya mai ni.
doc : boleh opret dik, tapi kalo opret kompom naik balik dalam masa 3 tahun lepas tu. so ketua kami dah bincang bila orang muda yang ada selaput mata ni tak yah buang, selagi tak da risiko apa2. contoh macam selaput dah sampai kat anak mata hitam, yang tu memang kena buang.
aku : sebab apa yang jadi selaput ni ek dokte?
doc : sebab kena habuk, tengok moniter komputer, ekon, mata kering, bekas makeup &…