-
BUKIT MERTAJAM: “Saya berhabis sebanyak RM25,000 untuk majlis perkahwinan ini, tapi apabila sampai di rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan, bakal isteri hanya berkain batik dan baju-T menyambut ketibaan rombongan kami.
-
“Lebih mengejutkan, rumahnya tiada tanda persiapan untuk majlis kenduri dan ahli keluarganya juga tak kelihatan sedangkan saya lengkap berpakaian pengantin dengan rombongan lima kereta membawa hantaran,” kata Nurr Fahmy Abu Samah, 28.
-
Nurr Fahmy, inspektor polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini, mendakwa dia dijadual diakad nikah dengan Lan Koperal Wan Azura Wan Ahmad, 28, di Masjid Jamek Kampung Gial, Arau, Perlis, pada 1 Januari lalu, diikuti majlis persandingan di rumah pengantin perempuan keesokannya.
-
Majlis kenduri pihak lelaki pula ditetapkan 10 Januari lalu di sebuah hotel di Sungai Petani.
-
Wan Azura bertugas di sebuah balai polis di Subang Jaya, Selangor.
-
Nurr Fahmy berkata, anggota rombongannya terpinga-pinga apabila ketibaan mereka tiada disambut sesiapa sama ada di masjid atau rumah bakal pengantin perempuan. “Majlis pernikahan dijadualkan pada jam 10 pagi dan kami tiba di masjid jam 9.45 pagi, tapi mendapati tiada sesiapa di situ. Hampir setengah jam menunggu, bakal isteri menelefon dan meminta saya dan rombongan ke rumahnya.
-
“Mengejutkan apabila kami dapati tiada persiapan dilakukan, malah hanya dia berseorangan di rumah dengan cuma berkain batik dan baju-T. Apabila ditanya ke mana ibu bapanya, dia kata tak tahu, sebaliknya mengajak saya berkahwin di Thailand.
“Selepas rasa tertipu, saya mengajak rombongan kembali ke hotel sebelum kami pulang ke rumah ibu angkat di Sungai Petani,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.
-
Kejadian itu menyebabkan keluarga Nurr Fahmy membuat dua laporan di Balai Polis Bukit Mertajam pada 12 Januari lalu selain melaporkannya kepada Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan.
-
Nurr Fahmy berkata, dia bingung dan tidak tahu mengapa Wan Azura yang dikenali sejak tiga tahun lalu sanggup bertindak demikian dan lebih mengecewakan tergamak membohonginya.
-
“Beberapa saudara saya di Perlis yang menyiasat selepas kejadian itu kemudian memberitahu bahawa pernikahan saya tidak dapat dijalankan kerana Wan Azura sebenarnya sudah berkahwin dan masih isteri orang.
-
“Kenyataan ini amat mengecewakan kerana sebelum ini dia mendakwa masih bujang.
-
“Tiga tahun berkawan selepas mengenalinya di Kuala Lumpur, dia tidak menunjukkan sebarang tanda atau dokumen bahawa dia isteri orang atau sudah ada kekasih,” katanya.
-
Nurr Fahmy yang kini masih bercuti sempena ‘majlis perkahwinan tak jadi itu’ berkata, wang RM25,000 yang diperuntukkan untuk majlis berkenaan lebur begitu saja.
-
“Daripada jumlah itu, RM15,000 adalah wang yang saya keluarkan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana sebelum ini saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan kini bertukar kepada skim pencen.
-
“Jumlah berkenaan digunakan untuk membuat perbelanjaan seperti membeli cincin, hantaran, wang hantaran RM8,008, mas kahwin RM1,331 serta kos Wan Azura membeli tiga ekor lembu berjumlah RM5,000,” katanya.
-
Sementara itu, kakaknya, Zainuha, 35, berkata mereka sekeluarga malu apabila diperlakukan sedemikian selain sedih dengan nasib menimpa adik lelaki bongsunya.
-
Katanya, masalah perkahwinan itu mula timbul akhir Disember lalu apabila kad perkahwinan pasangan berkenaan tidak siap seperti dijanjikan.
-
“Pernikahan mereka ditetapkan 1 Januari dan bersanding di rumah perempuan 2 Januari. Tetapi pada 30 Disember lalu, Wan Azura membawa balik kad kahwin yang tidak siap dengan mendakwa ada masalah percetakan.
-
“Kami sekeluarga terkejut kerana sebelum ini dia bersungguh-sungguh mahu menguruskan sendiri majlis perkahwinannya tanpa meminta bantuan sesiapa termasuk keluarganya,” katanya.
-
Zainuha berkata, dia juga hairan mengapa Wan Azura mengajak Nurr Fahmy berkahwin di Thailand sedangkan adiknya tidak mempunyai sebarang masalah.
-
“Adik saya kata, sebagai pegawai polis dia tidak mahu menimbulkan masalah terhadap kerjayanya, malah dia ikhlas untuk mengahwini Azura,” katanya.
-
Berikutan tidak puas hati dengan tindakan kejadian itu, Zainuha membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di Bandar Perda dekat sini, Selasa lalu, diikuti laporan ibunya, Zainab Saad, 56, yang mahu menuntut ganti rugi RM25,000.
-
Sementara itu, Zainab berkata dia sanggup berhabis hampir RM5,000 untuk membeli cincin buat bakal menantunya sebagai pemberian ikhlas pada majlis perkahwinan pasangan berkenaan.
-
“Saya gembira dan tak sabar menerima menantu dan tak sangka kejadian ini berlaku,” katanya sedih.

Bapa hampir pengsan lihat ketibaan rombongan lelaki
-
KANGAR: “Saya hairan dengan urusan perkahwinan ini kerana dari segi logik, nak beli kerbau sekalipun kita perlu bertemu pemiliknya...inikan pula orang.
-
“Saya dan keluarga langsung tak pernah bertemu bakal ‘menantu’ dan tak tahu menahu mengenai majlis akad nikah mereka,” kata bapa ‘pengantin perempuan’, Wan Ahmad Wan Harun, 58, (gambar) ketika ditemui petang semalam.
-
Katanya, adat Melayu ada peraturannya apabila keluarga pengantin lelaki perlu mengadakan majlis merisik, bertunang, menetap mas kahwin dan hantaran serta tarikh perkahwinan.
-
“Tapi semua itu tak berlaku kepada saya yang dikatakan bakal menerima ‘menantu’. Secara tiba-tiba, rombongan pengantin lelaki datang untuk bernikah.
-
“Saya terkejut dan hampir pengsan apabila rombongan pengantin lelaki tiba-tiba datang ke masjid dekat rumah untuk melangsungkan pernikahan (1 Januari lalu),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gial, dekat sini.
-
Seorang inspektor polis, Nurr Fahmy Abu Samah, 28, menanggung malu kerana mendakwa ditipu bakal isteri yang masih berstatus isteri orang menyebabkan majlis perkahwinan itu dibatalkan.
-
Dalam kejadian itu, rombongan pengantin lelaki terkejut apabila melihat `pengantin’ perempuan hanya berkain batik dan berbaju-T menyambut kedatangan mereka seorang diri di rumahnya di Kampung Gial.
-
Wan Ahmad yang juga seorang pesara kerajaan berkata, anak perempuan sulungnya daripada lima beradik itu, Wan Azura, 28, sudah berkahwin dan sepanjang pengetahuannya anaknya itu masih tinggal bersama suami di Kuala Lumpur.
-
“Macam mana dia hendak berkahwin kerana sudah bersuami. Mengapa keluarga pengantin lelaki tak siasat latar belakang bakal isteri dan tergesa-gesa hadir untuk berkahwin,” katanya.
-
Justeru, katanya, bagi mengelak kejadian tidak diingini, dia dan isteri, Aisyah Mat, 49, mengambil keputusan keluar dari rumah ketika rombongan pengantin tiba pada hari berkenaan.
-
Ibu saudara urus majlis pertunangan
-
BUKIT MERTAJAM: “Selama tiga tahun mereka berkawan, Nurr Fahmy (Abu Samah) seolah-olah tak mengenali ‘tunangnya’ dan menyalahkan anak saudara saya itu (Wan Azura Wan Ahmad) atas apa yang berlaku pada 1 Januari lalu.
-
“Tanpa memeriksa lanjut latar belakang Wan Azura, dia datang untuk majlis akad nikah dengan ‘tunangnya’ itu yang sebenarnya masih isteri orang,” kata bapa saudara Wan Azura Wan Ahmad, 28, yang tidak mahu namanya disiarkan.
-
Berikutan itu, katanya, bapa Wan Azura, Wan Ahmad Wan Harun, 58, kini trauma berikutan kejadian itu.Wan Ahmad turut malu dan tertekan dengan perbuatan anaknya yang memaksa dia berbohong kepada bakal pengantin lelaki supaya menangguhkan majlis pernikahan itu.
-
“Pada malam 31 Disember lalu, Wan Azura pulang ke kampung dan meminta bapanya menangguhkan majlis akad nikah itu.
“Wan Ahmad yang tidak mahu terbabit mengambil keputusan keluar rumah bagi mengelak menemui rombongan pengantin lelaki pada 1 Januari lalu,” katanya.
-
Dia menyalahkan Nurr Fahmy dan Wan Azura atas apa yang berlaku berikutan tindakan terburu-buru untuk berkahwin.
“Sepatutnya Nurr Fahmy periksa dan mengenali siapa bakal isterinya terlebih dulu. Akibatnya, dia hampir bernikah dengan isteri orang.
-
“Wan Azura pula mengambil keputusan tergesa-gesa mahu berkahwin dengan Nurr Fahmy sedangkan dia masih isteri seorang anggota polis yang bertugas di Subang Jaya dan ada seorang anak berusia lapan tahun,” katanya.
-
Menurutnya, pada Aidiladha lalu, Wan Azura pulang ke kampung dan meminta ibu saudaranya menjadi wakil keluarga untuk menerima peminangan Nurr Fahmy di sebuah masjid berdekatan sebuah pusat perubatan swasta di Alor Star.
-
Katanya, Wan Azura memberi alasan ibu bapanya tidak dapat hadir kerana menguruskan masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan.

Pelajar tampar guru ditahan polis
-
NIBONGTEBAL: Seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini, menamparseorang guru wanita berusia 29 tahun di dalam kelas kerana tidakberpuas hati dengan tindakan guru terbabit menamparnya, Selasa lalu.
-
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari apabila tigapelajar dari kelas lain masuk ke kelas yang sedang diajar oleh guruberkenaan sebelum bertindak mengganggu dan membuat bising.
-
Sumber memberitahu, guru wanita itu kemudiannya mengarahkanketiga-tiga pelajar itu supaya keluar dan tidak mengganggu pelajar yangsedang belajar di dalam kelas berkenaan.
-
Bagaimanapun, seorangdaripada tiga pelajar terbabit bercakap kasar yang berbunyi “kalau watak mau keluar, lu mau buat apa,” sehingga menyebabkan guru berkenaanhilang sabar dan bertindak menamparnya.
-
"Pelajar itu yang berang dengan tindakan guru wanitaberkenaan, bertindak balas dengan menampar gurunya itu di depan pelajarlain dalam kelas itu.
-
“Seorang rakan pelajar itu yang tidak berpuas hati mengambilkerusi plastik dan membaling ke arah guru itu tetapi berjaya dielak.Selepas itu pelajar berkenaan beredar selepas ditarik seorang lagirakan mereka,” kata sumber berkenaan.
-
Berikutan kejadian itu, guru terbabit memaklumkan kepada pengetuasekolah sebelum dinasihatkan membuat laporan polis pada jam 3.15 petangpada hari sama.
-
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, SuperintendanShafien Mamat, ketika dihubungi Berita Harian, mengesahkan menerimalaporan polis yang dibuat oleh guru berkenaan.
-
Katanya, pelajar yang menampar gurunya dibawa olehkeluarganya ke balai polis semalam, manakala dua lagi masihmenghilangkan diri."
-
Polis menahan pelajar itu semalam (kelmarin) sebelummembebaskannya hari ini (semalam) selepas memberi keterangan danjaminan RM2,000 oleh bapanya," katanya.
-
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 kerana menakutkan secara jenayah.
-
p/s : buat malu orang NIBONG TEBAL je budak nih!!!!