JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun meninggal dunia selepas dihempap televisyen berukuran 24 inci di rumahnya di Bandar Putra, Kulaijaya, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Zulkefly Yahya, berkata ia berlaku kira-kira jam 9.40 malam ketika mangsa, Cyndi Yeo, sedang menonton berseorangan di bilik belakang rumah berkenaan.
"Kejadian disedari bapanya, Yeo Sung Wah, 38, yang terdengar bunyi sesuatu benda terjatuh di dalam bilik berkenaan dan disusuli jeritan anak perempuannya itu," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, Yeo yang ketika itu berada di ruang tamu terus bergegas ke bilik berkenaan lalu menemui anaknya yang tertiarap dihempap televisyen tersebut.
Katanya, Yeo yang juga seorang peniaga terus membawa Cyndi ke Hospital Kulai dan kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada jam 12.20 malam tadi akibat kecederaan teruk di kepala.
Cyndi, katanya, dipercayai tertarik wayar televisyen berkenaan dengan kakinya sehingga menyebabkan televisyen itu terjatuh dari rak sebelum menghempapnya.
"Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
teringat masa ayu umo 2 tahun dulu... (cerita dari mak abah) dulu masa dok rumah kat kg tok, rumah papan atas, almari macam pic atas tu juga tapi tv kecik sikit dari tv atas, almari tv tu tepi tingkapyang tak da palang besi apa pun. ayu panjat almari tu masa tu mak kat dapur tibe2 bunyi kuat benda jatuh, terus mak lari mai kat ayu... tengok2 tv dah bunyi macam hujan zzzzzz ayu kat depan tv... alhamdulillah Tuhan sayangkan ayu tv tu tak jatuh atas ayu. selamat sekali lagi nasib baik ayu tak jatuh ke luar dari tingkap... sian mak abah, lepas tu tv tu dah tak boleh tengok...