Ngantok!!!!

nampak mudak ni? semalam tido jam 10.30 dengan aku pun tido gak, kul 12.10 dia bagun, uk ek uk ek, nen tak mau, putin tak mau, rupa2nya poo2 dah.. pn mama menyalin dengan ditemani lampu oren katil sambil en adam amsyar qenyeh (senyum) duk diam (diam plak, kalo tak, nak salin pempers ada ja dia nak mengalih badan)

Jam 3.20am, dia uk ek lagi, ada bau poo2 lagi.. menyalin pulak, 15minit pastu nampak dia macam nak tido tapi tak. jam 4.00 dia poo2 lagi, dan kali ini nampak muka tak ngantok. dan poo2 lagi...

aku letak dalam buaian 15minit nyud2 tak mau tido, sambil dia buat muka heran kat aku "mama ni napa letak dalam buaian?" (dalam hati dia) aku terus angkat, letak dia dala walker, sambil teman en papa siap, aku baru nak mandi, aku dengar dia dok menjerit (dah bunyi macam kucing gaduh ja) rupanya dok main tarik drower dia, seronok la sangat, nampak muka tak ngantok langsung...

aku cita kat mak abah aku, tekezud gak depa... hemmm pengsan la dia sat ni... tido tak sedar diri.. tadi aku kol mak adam baru bangun tido..

hemmm napa asyik poo2 ja semalam ek? poo2 dia belendir. aku rasa dia makan ubat kahak (belendir gak ubat tu) so hari ni aku cakap kat mak aku tak yah lagi bagi dia minum ubat tu.. mungkin gelma @ kahak tu kuar dengan poo2 tu sekali...

malam ni nak tengok dia berjaga lagi ke tak... en adam amsyar oooiiii mama ngantok!!!