Flu

Anak aku selsema.. sian dia.. dah 5 hari rasanya, tapi malam je beringus sikit. time siang dok dengan mak aku ok je. nak kata rumah aku sejuk, panas sebenarnya. tido pun buka kipas 3 dari 5. semalam nampak macam teruk sebab sambil bf aku dengan bunyi gelma.. oh no! tak kan aku biaqkan, pas makan malam aku ngan en papa ke klinik Rafi kat parit buntar. ada baby baya en adam 3 4 orang. memang klinik ni tempat baby walaupun tak tulis tau.

en adam kena sedut hingus, memula doc rafi masukkan tiub halus dalam lubang idung baby dah kiri kanan, mulut plak. dulu masa adam lagi 2 3 hari nak lepas pantang ada gak aku bawa sekali mai sedut. kali ni lama sikit sebab doc kata gelma adam dah pekat, "nasib u datang awal, kalau tak anak u boleh penat." NO!!! aku alegik dengar penat2 ni sebab keturunan belah en papa ada penat tapi dia tak da penat.. tak mau la.. sian kat anak aku... kenapa la aku pi lambat, pas ni aku beringat dah, tak akan pi lambat bila tengok dia beringus...

ni ubat en adam, doc suh bagi 2ml, tapi aku bagi 1.5ml je sebab dia pun tak berapa mau..

pas tu kami ke billion terus beli tempat sedut hingus ni. aku bertagak lama nak beli, dah jadi macam ni baru aku beli.. masa pi rumah kakak aku ari tu aku pinjam anak dia punya... bagus tau ada alat ni...