Fever lagi...

Day 3

semalam masa balik keja aku tengok en adam sihat sangat, boleh dah lompat2, main2, gelak2 & suhu badan dia pun dah normal.

ni la muka intan payung aku semalam bila dia sambut aku balik, baru bagun tido... seronok tengok dia sihat dah...

pic yang ni pula jam 10.30pm, dah time tido... alhamdullah dia dah ok...

tapi jam 2.30am dia muntah. aku rasa dia batuk kot, terus muntah. muntah dia kena tangan aku, air muntah dia panas, aku terkejut, bila pegang badan dia, sah!! demam balik. aku ambil tempat suhu tu 40.5... ya Allah tinggi sangat. aku buka baju suar dia, bagi pakai pempers ja. aku lap badan sikit, megeletq sejuk..

dalam jam 3am dia rasa panas, aku bagun dukung dia ronda kat luar bilik, dia berpeluh (kenapa ek?) pas tu tengok mud dia dah ok aku bawa dia masuk bilik..

aku nak sumbat ubat letak dalam montot tu, sekali ada poo2 sikit ja, aku cuci & salin pempers lain. aku letak ubat tu terus... dalam 15minit lepas tu, (dah tutup lampu) sebab gaya dia macam bak tido dah, sambil bf (pejam mata) dia poo2 lagi... aku pun bagun buka lampu, poo2 banyak sungguh.. (kuar tak ubat yang aku letak tadi?)

lepas tu suhu badan dia dah turun. (dalam aku dok jaga sempat lagi call en papa yang berada di KL. dia bagun gak untuk mengetahui perkembangan anak dia. en papa kata "dah mengeletq nih nak tengok adam.. huhuhu...")

so pagi tadi suhu dah ok, pagi tadi dia tido lama gak, lepas mak tok bagi makan dia muntah lagi... sambil merengek.. hemmmm aku bagi dia bf tido terus (nampak muka keletihan) aku nak mai keja tadi sayu ja nak tinggal dia... tadi aku kol mak aku, dia kata badan en adam panas balik, tapi tak teruk... hemmmm kesian anak aku.. Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit anak ku ini.. Amin...