Jumaat, 29 April 2011

Kisah sedih...

salam suma..... (versi sedih)

selama ni adam demam 5 hari... dipendekan cita, tadi masa tengah menyusukan dia, aku usap kepala dia, sambil usap aku rasa kat rambut dia macam ada 1 isi lebih, masa aku nak tarik sikit adam terus nagis... aku dah saspek ada benda ni, tengok2 nah hambik! ada cekenit.
cekenit ni lebih kurang macam kutu la. cekenit ni ada kat kucing... rumah mak aku memang ada kucing (si putih) kalo masuk rumah ja suka garu2 (sejak kenal betina si kucing pelarian). aku pernah bagi tau kat abah bawa dia pi kat pejabat abah, sekurang2nya tak da la dok buang cekenit ni lagi...

memang aku tak jangka langsung cekenit ni yang gigit adam sampai demam. aku pernah kena 2 kali, demam 3 hari wes... sakitnya sampai sekarang rasa gatai lagi... ada gak aku nampak adam garu tepi kepala, aku tak bagi la sebab sambil garu dia nagis...

sori sayang mama, mama tak kelebek (tengok) betul2.. hari aku ada aku sembang dengan mak nak bawa adam potong rambut, kalo potong awal tentu nampak dah... masa aku sikat rambut tak perasan pulak, tapi ada dia ek ek... hemmm sori sayang mama...


ni la gambarnya, yang proses mak (pegang adam), aku (ambik gambar), papa (pegang pengetip) abah (pegang rambut), maksu makcik (tukang tengok)

Khamis, 28 April 2011

Day 4

My son fever lagi, malam ok, mai pagi badan dia panas, selalunya lepas jam 2am... hemmm sayang mama, sianya kat budak busuk tu...


tengok la, tido ralit, masa nia aku ambil gambar jam 10.30pm, susu meleleh, dahi pun meleleh jugak... (susu tu aku lap dah ok, aku tak biarkan...)


semalam bagun kul 11.30pm, dia ek2, pas tu poo2 terus.. masa tu badan dia tak panas lagi... aku buka baju dia ja.. ubat aku tak bagi pun, dia dok merengek ja... tadi kul 7.30 aku bagi ubat masuk montot tu... nak mai keja pun kesian tengok dia..


semalam aku gi farmasi belikan paracetamol brand panadol, rasa strawberry. semalam dah bagi sekali.. harap makan ubat ni ok la... kesian dok tengok dia merengek, tu je cara nak bagi tau dia sakit..

pic-gugel...

Rabu, 27 April 2011

Join Contest

salam.... last week aku telah di'tag' oleh mama mica yang kiut miut iteww... thaks laling...
tuan punya contest ZURIS yang baru buat perniagaan online di blognya D'la Maya.. semoga succes ya... sempena pembukaan perniagaan onlinenya, dia menganjurkan.




Syarat-syarat Peraduan :
1. MESTI follow blog D'La Maya.done
2. Klik 'LIKE' pada D'La Maya FB page. Tidak wajib, tapi satu kelebihan jika klik. ;) done
3. Buat satu entry dan letakkan SEKEPING sahaja gambar baby & daddy. Baby mestilah berumur sehari hingga 2 tahun sahaja. done


aku pertaruhkan gambar terbaru ini...

Muhammad Adam Amsyar bin Mohd Kazrul Kamal

7 bulan

Gambar ini diambil semperna hari lahir en papa yang ke 29... orang selalu cakap muka Adam sama dengan papa, betul ke? betul la... anak papa la katakan...


4. Pastikan entry anda ada link terus ke entry ini. done
5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join contest ini. done



so aku tagkan kepada



mama zuhairi
6. Jangan lupa tinggalkan komen penyertaan anda ye. done

Fever lagi...

Day 3

semalam masa balik keja aku tengok en adam sihat sangat, boleh dah lompat2, main2, gelak2 & suhu badan dia pun dah normal.

ni la muka intan payung aku semalam bila dia sambut aku balik, baru bagun tido... seronok tengok dia sihat dah...

pic yang ni pula jam 10.30pm, dah time tido... alhamdullah dia dah ok...

tapi jam 2.30am dia muntah. aku rasa dia batuk kot, terus muntah. muntah dia kena tangan aku, air muntah dia panas, aku terkejut, bila pegang badan dia, sah!! demam balik. aku ambil tempat suhu tu 40.5... ya Allah tinggi sangat. aku buka baju suar dia, bagi pakai pempers ja. aku lap badan sikit, megeletq sejuk..

dalam jam 3am dia rasa panas, aku bagun dukung dia ronda kat luar bilik, dia berpeluh (kenapa ek?) pas tu tengok mud dia dah ok aku bawa dia masuk bilik..

aku nak sumbat ubat letak dalam montot tu, sekali ada poo2 sikit ja, aku cuci & salin pempers lain. aku letak ubat tu terus... dalam 15minit lepas tu, (dah tutup lampu) sebab gaya dia macam bak tido dah, sambil bf (pejam mata) dia poo2 lagi... aku pun bagun buka lampu, poo2 banyak sungguh.. (kuar tak ubat yang aku letak tadi?)

lepas tu suhu badan dia dah turun. (dalam aku dok jaga sempat lagi call en papa yang berada di KL. dia bagun gak untuk mengetahui perkembangan anak dia. en papa kata "dah mengeletq nih nak tengok adam.. huhuhu...")

so pagi tadi suhu dah ok, pagi tadi dia tido lama gak, lepas mak tok bagi makan dia muntah lagi... sambil merengek.. hemmmm aku bagi dia bf tido terus (nampak muka keletihan) aku nak mai keja tadi sayu ja nak tinggal dia... tadi aku kol mak aku, dia kata badan en adam panas balik, tapi tak teruk... hemmmm kesian anak aku.. Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit anak ku ini.. Amin...

Selasa, 26 April 2011

FF5

ha!!!!!!! dah mai dah!!!! dah mai dah!!!

jangan lupa tengok

di pawagam seluruh Malaysia

05/05/2011
ada letty?????? idop balik ka dia ni??? tak sabaq nak tengok!!!
*pesanan kepada en papa. jangan lupa beli CD gak tuk mama layan hari2....

Ngantoks

aku baru pas bagun tido wes.... sedapppp.....


tak cukup tido dengan mudak sorang tu sedang demam


tapi tadi aku kol mak, mak kata dah sihat.. alhamduliilah....

Flu + fever

Assalamualaikum... Cita hari ahad...

sepanjang tengahmalam mudak ni asyik ek ek ek... bagi nyot2 mau, dah nak lepas, bagi putin tak mo dah, nak nyot2 jugak, sepanjang malam nak kena mengiring. dalam jam 6am nyot2 tak mo putin tak mo, ek ek sambil mata pejam, aku tepuk peha dia, terkena kat tangan, dalam hati ("ya Allah panasnya tangan dia..") terus aku bagun kejutkan n en papa yang baru pas ngigau.. (kekekeke). mak tok & tok wan pun bagun gak. bagi makan ubat yang sedia ada kat rumah (ubat kena cucuk ari tu).

tok wan buka baju dia, bagi kena kipas (dalam hati aku "sejuk budak tu, bukan kena bagi pakai baju tangan panjang ke bagi berpeluh?") terus mak abah aku cita time arwah abang aku masa kecik2 dulu, dok hospital, doc buka kipas, tuam air sejuk kat badan wes... aku pun ikut ja (tapi tak tuam pakai air sejuk k, air paip aje) nasib ada la tido rumah mak aku, leh depa tengok2kan..

tengahari tu aku ngan adik aku bawa pi hospital terus. napa tak pi klnik? klinik swasta hari ahad banyak yang tutup, lagi pun klinik sekarang masih pakai lagi ubat refill lagi, kalo hospital @ klinik kerajaan dah tak pakai ubat refill (ada penambahan). lagi pun puas hati. so terus aku pi kat emergency, tak ramai pun ada 3 orang je.

masuk2 ja dia nagis terus, sebab ada budak kat tepi dia kena cucuk nagis, dia pun apa lagi, join sekali la.. doc terus tanya "dia kerap nagis ka?" tak, anak aku buat mcm tu, pas tu aku cakap "tak, dia tengok budak sebelah ni nagis" budak2 kan macam tu... lagi pun bilik tu ada 10 orang kot campur dengan nurse sekali, rimas ramai2. sambil dibekalkan mainan petak dia tu, doc check, tengok flu pun tak baik lagi, doc kata flu memang lambat baik, tapi ni dah nak masuk 4week hokeh!!!! napa la anak aku ni... lepas check dok pesan "lap dia dengan air paip, tiap setegah jam, sampai kemalam, kalo buat selalu dalam 1 hari boleh baik dah & bf teruskan, memang baik untuk baby" ^_^ pastu kena ubat masuk montot la... tiyak gak, tapi sat ja... sekarang ni tak sampai 10 saat nagis pun air mata menitik dah... sian dia...

tima kasih mak tok belikan tampai tu...
tengok la, putin jatuh, mulut pun jadi mcm tu...


DAY 2

nampak dah ok, senin aku coti, time makan ubat makin lama makin tak mau dah la, siap pandai geleng kepala & tolak tangan dah, mulut tutup rapat ja...
ni gambar semalam selepas loncat2 berpeluh, suka mama shayang...


senyuman yang meluruhkan hati aku...

dah main banyak, letak atas katil, nyot2 terus tido... ngantok sangat...

*abaikan pipi yang sedang membelonkan diri itu (-_-")


mama & papa doakan semoga Allah cepat sembuh shayang...

Jumaat, 22 April 2011

Adam Amsyar

mudak musuk ni kan, semalam tido lambat sebab makngah n family balik rumah mak tok, semalam tido rumah maktok setelah en papa bagi lampo ijo... tq laling...

selalunya mudak ni tido kul 7, pas tu bagun tido balik kul 9 n time tido sebenar dia 10.30, tapi semalam kul 12.30 pun tak tido lagi, aku ni dah mengantok la sangat2...


tido dengan ralitnya....

Google

pagi tadi tengok pic google comey sangat... sempena Earth day 2011..

bila bawa mouse (tetikus) ke binatang2 yang ada dalam tu, binatang2 tu akan begerak..


ada panda, burung, lion, penguin, ikan (dalam air terjun), beruang 9makan ikan tu.. kekeke), rama2 & katak... try la...

google rajin buat logo yang cantik2...

































ini la gambaq yang terseksi yang pernah aku letak dalam blog aku.. hahahaha...

Khamis, 21 April 2011

NKTM

waaaa.... nak tengok... nak tengok jugak, kalo en papa tak mau bawa, pn mama pi dengan en adam ajek taw....

sedikit gambar dalam NKTM....



Lagu Tema Nur Kasih The Movie – Tizz Zaqyah & Yassin
Lewat ini ku rasakan
kasih kian ku dambakan
resah hati yang ku pendam
pada takdir dan harapan
detik waktu dan suratan
siapa tahu ketentuan
ku mencari cahayanya
dalam bayang kegelapan
Nur kasih..... Nur kasih...
nasib hidup dan pilihan
lain untuk setiap insan
melayarkan perjalanan
dalam maya kesamaran
Nur kasih... Nur kasih...
aku kembali kerana masih
mencari yang hakiki
sinar pasti
janji suci yang abadi
Nur kasih.... Nur kasih...

. . .

entry apa ni?

hanya sekadar sedikit luahan dari hati kecil ini

susah betul nak jaga hati orang yang mudah terasa ni

aku sedang belajar mencuba memahami, tapi yang pastinya orang tak memahami cara aku aku...
mengeluh, itu saja cara yang boleh mententeramkan diri aku sendiri... kejadian masa aku mengandung berulang lagi.. aku ni tak reti belakon, tengah marah nak senyum2, qenyeh2, gelak2.. itu bukan aku... aku bosan bila jadi macam ni, sesunguhnya bosan... malas aku nak lalui, tapi aku wajib lalui.. hurmmm... aku sedih apa yang aku lalui sekarang...

kepada yang berkenaan, ini hanya 1 luahan terpendam yang ingin ku luahkan sahaja... jangan nak terasa pulak, nanti merajuk tak da sapa nak pujuk...


nasib la aku ada pengubat hati... buah hati pengarang jantung...

Cita semalam 20/04/2011

semalam aku buat sambal sotong menjadi... aku suka!!!! napa suka sangat?? sebeb ni 1st time buat hokeh... wakakaka mudak pompuan tak reti masak, tapi kena masak...

yang best lagi sotong2 yang aku pilih ni semuanya ada telur.... sedap gilos, en papa pun poji.. hehehe... "memang melawan lah..." katanya...

lepak2 tengok tv, aku futung buah pelam yang bos en papa kasi, sedap, tapi mudak musuk ni dok tengok jek, sian, sekali aku bagi isap yang manis punya... dia punya nyot2 sampai tak mau lepas, dah aku tak nak kasi dia nagis plak.. cek oooiiii, cek tu dah la selsema, nagis sikit pun kuar air mata air idung.. hemmmm tak boleh la lama2, aku bagi dia minum air n main2 bagi dia lupa sikit kat buat pelam tu...
nah ambik...

Zed Zaidi nak kawin



Facebook Temukan Jodoh Zed Zaidi & Natalia

kretif sangat....

Rabu, 20 April 2011

Ngantok!!!!

nampak mudak ni? semalam tido jam 10.30 dengan aku pun tido gak, kul 12.10 dia bagun, uk ek uk ek, nen tak mau, putin tak mau, rupa2nya poo2 dah.. pn mama menyalin dengan ditemani lampu oren katil sambil en adam amsyar qenyeh (senyum) duk diam (diam plak, kalo tak, nak salin pempers ada ja dia nak mengalih badan)

Jam 3.20am, dia uk ek lagi, ada bau poo2 lagi.. menyalin pulak, 15minit pastu nampak dia macam nak tido tapi tak. jam 4.00 dia poo2 lagi, dan kali ini nampak muka tak ngantok. dan poo2 lagi...

aku letak dalam buaian 15minit nyud2 tak mau tido, sambil dia buat muka heran kat aku "mama ni napa letak dalam buaian?" (dalam hati dia) aku terus angkat, letak dia dala walker, sambil teman en papa siap, aku baru nak mandi, aku dengar dia dok menjerit (dah bunyi macam kucing gaduh ja) rupanya dok main tarik drower dia, seronok la sangat, nampak muka tak ngantok langsung...

aku cita kat mak abah aku, tekezud gak depa... hemmm pengsan la dia sat ni... tido tak sedar diri.. tadi aku kol mak adam baru bangun tido..

hemmm napa asyik poo2 ja semalam ek? poo2 dia belendir. aku rasa dia makan ubat kahak (belendir gak ubat tu) so hari ni aku cakap kat mak aku tak yah lagi bagi dia minum ubat tu.. mungkin gelma @ kahak tu kuar dengan poo2 tu sekali...

malam ni nak tengok dia berjaga lagi ke tak... en adam amsyar oooiiii mama ngantok!!!

Minggu lepas...

Hari sabtu makan kenuri kat parit buntar, sepupu mak aku kawin.

pic pengantin tak nampak sangat sebab pengantin jalan laju sangat (lapaq kot) kui kui... [farah jangan marah] tapi aku hanya dapat pic ni jek.. kekeke..


ahad, my SIL ajak gi main bowling kat BM, aku bawa kasut, tapi tak da mud plak nak main... jadi en papa & SIL 2 orang tu jek yang main, aku, makmetua, en adam tengok ajek..


en papa yang semakain tombam... :p

anak en papa yang sedia tombam

pn mama yang semakin gomox... aku suka gambaq ni sebab tak nampak badan aku yang macam ikan buntai tu... hahaha..

masa makan kopok leko, en papa lukis muka aku dalam pinggan dengan sos? cam aku ka (-_-") taik lalat tu ja yang sama hokeh..