Khamis, 1 Mac 2012

Assalamualaikum...

Korang pernah tak baca novel Kau Yang Satu keluaran Alaf 21? Aku pernah baca novel ni selepas kakak aku mengkhatamkannya... best sangat. bila la depa ni nak buat cerita novel ni pulak eh? kalo aron jadi pengarah cita ni, dapat plak pelakon yang best, mesti lagi best la cita ni kan... korang leh baca sinopsis kat bawah ni...

Kisah bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.

Taufik menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang modal terkenal bernama Isabella. Manakala Salina pula sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun jodoh tiada siapa dapat menghalang. Mereka disatukan walaupun hati dan perasaan diamuk tentangan. Jadi la mereka ibarat orang asing walaupun sebumbung.

Sekian lama serumah akhirnya Taufik kecundang dalam egonya. Tanpa disedari tumbuh bibit-bibit cinta antara dirinya dengan Salina. Ditambah dengan kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik Taufik. Api cemburunya marak tanpa di pinta. Dan dia berusaha agar Salina menyintainya.

Dan sesungguhnya, mereka memang ditakdir bersama. Apabila Salina bersedia menerima cinta Taufik. Dan mereka melayari bahtera cinta dengan bahagia.

Namun, sedang hangat menyemai rasa datang musibah tidak dipinta. Isabella membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri.

Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri.

Kebenaran terungkai sudah, Salina menyesali ketelanjuran diri. Menuduh suami yang setia tanpa usul periksa. Kekesalan mencengkam jiwa lantas Taufik dijejaki.

Menemui suami tercinta yang sudah tercalar hatinya bukanlah mudah untuk Salina memujuk Taufik memaafkankan dirinya. Taufik mengeraskan hatinya walaupun sayang masih menebal dan rasa kasih dan kasihan pada Salina yang sedang sarat itu.

Akhirnya Taufik melembutkan hatinya, menepis ego demi kebahagian masa hadapan. Sesungguhnya 'tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu...'