Assalamualaikum...
Korang nampak anak-anak bujang aku kat atas ni? yang 2 tu balik malam khamis kat rumah mak aku. Adam sampai nampak lobang pusat.. eee tak malu... telinga tak boleh tahan... wakakaka.. sama dengan anak sulung kak aku. ramai kat rumah mak 3 hari tau. Ahad tok wan ngan maktok bawa belanja makan nasi berani kat c4. lalu makan sungguh anak-anak kami ni...
Sabtu petang aku buat oreo cheese cake. menjadi jugak akhirnya. sedap tau (wah angkat bakul sendiri) dan akhirnya habis.. Adam pun pandai makan, dia pulak memang suka makan cake kan, lagi sedap la dia. siap tunggu ja nak kena suap. suma orang (family aku) puji kecuali anak sulung kak aku, dia kata tak sedap sebab masam. kekekeke...
Korang nak resepi? aku ambik resepi kak ita, dia ni memang seseangan pandai masak. sapa nak try boleh menyalinkan diri yer...
Bahan:
30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya)
kisar halus 1/4 cawan butter
cairkan. (aku cairkan guna mikrowave selama 10 saat)Bahan
Filling:
16 oz (2 cawan) (500 gm)
cream cheese 1/2
cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1-2 camca besar tepung jagung (tambahan aku sendiri)
1/2 cawan sour cream - aku ganti dgn yogurt asli
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus
Cara Menyediakan:
Base :
gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata.Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:
Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.~ Masukkan sour cream dan pukul sebati.~ Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.~ Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.~ Bakar secara "steam bake" dgn auhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak
~Tutup permukaan ciskek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning.. letak pd rak bawah sekali dlm oven..~Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi
Kat bawah ni pulak cara aku buat.. memandangkan kat kedai runcit yg aku pegi tu kehabisan biskut oreo.
Kat bawah ni pulak cara aku buat.. memandangkan kat kedai runcit yg aku pegi tu kehabisan biskut oreo.
bahan-bahan (aku buat 250gm philadelphia je sebab terbeli 1)
siap dimakan... selamat mencoba...