Nuffnang? yer Nuffnang. sapa yang ada blog mesti ada Nuffnang kan? aku ceburi Nuffnang baru je, dalam bulan julai 2011. kenapa lambat join? sebenonyer dari tahun 2009 aku nak join tapi tak qeti. boleh macam tu? so sekarang dah pandai sejak menjeguk di blog-blog femes.
Nuffnang.com merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik.
Selain pengiklanan berasaskan blog, kami juga membina reputasi kami dengan menjadi sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger, menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.
Beribu-ribu orang blogger telah menyiarkan iklan kami ke dalam blog mereka dan melibatkan syarikat seperti Nike, Citibank, Nokia, F&N, Disney Pictures, Honda, Samsung, Procter and Gamble dan banyak lagi.
Apa yang lebih penting, komuniti Nuffnang telah berkembang dan telah menjadi tumpuan oleh blogger di rantau Asia-Pasifik. Para blogger kami menggelarkan diri mereka sebagai Nuffnanger, sebuah entiti organik berkembang yang amat kami banggakan.
Sampai sekarang, RM dalam akaun aku bertambah. Alhamdulillah, makin bertambah tabung Adam Amsyar. korang yang tak letak iklan Nuffnang, silalah melekkannya ya... untuk maklumat lanjut, anda boleh ke http://www.nuffnang.com.my.