Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya jugak berpuasa semalam dengan jayanya. asyik sekerat hari jek. semalam plak asyik pening ja, tapi aku kuatkan semangat. tahun lepas time aku peknen 3 hari jugak aku tertinggal. ikut orang shoping baju raya kita pun nak ikut, hambik! keletihan la. ada lagi 2 hari la maknanya. harap-harap sempat la aku satelkan bulan ni jugak.
Cita petang kemarin, sepatutnya en papa datang ambik aku kul 5 (sebab keta ada kat dia) sampai kul 7 aku masih di opis (keseorangan) 7.37pm waktu berbuka ni. takut gak opis aku ni ada 2 block 4 tingkat, opis aku atas sekali. pernah jugak dengar macam-macam cita, kul 7.10 aku turun. takut gak la sorang-sorang. nasib ada medan selera kat pejabat aku, jalan kaki 10 minit. sebelah tu opis laki aku, lagi senang. sat ni dia mai jenguk aku kat sini ja. kul 7.50 dia sampai kat aku.
Anak aku, petang-petang wajib dari pas pantang sampai kehari ini kompom kena bawa ronda naik stroller/dukong/naik moto depan rumah. kalo tak dia mengamok la dalam rumah. dan maktok pun dah faham perangai dia, petang mesti tunggu mama & papa kat depan tu. tapi semalam tunggu jugak, aku plak bagi tau mak lambat, kul 6.30 baru sms dia.
tengok la pic atas tu. tu pic dia petang semalam, si makcik ambik gambar. memula ok, pas tu dah mula boring sbb asyik dok dalam stroller jek. makcik pun tak mau nak dok lama-lama kat luar. rumah mak aku memang nyamok banyak. So aku sampai rumah dalam 8.40, sempat lagi bagi makan ikan kat air terjun tu.
Balik-balik jek, sikecik tu tido, dari kul 8. kesian tengok dia, tapi betulkan cakap orang kan. balik keja, letih macam mana pun bila tengok anak kecik terus hilang letih, siap boleh lagi layan manja dia. hai la anak... kau penyeri hidup ku...
wajah yang ceria selepas bangun tido. aku gerak dia dalam kul 8.50 dalam buaian. tak mau la bagi tido lama-lama, karang malam tido kul 1pagi la jawabnya.