Rabu, 27 Julai 2011

Makan Time

Salam korang. nak cita bab makan plak. bukan nak promot, tapi kalo benda sedap tak salah nak kongsi dengan kawan-kawan kan... kak ida ni dok depan rumah aku, asben dia penchen army, diorang ni berniaga nasi lemak dekat depan market sungai bakap, pagi-pagi jual nasi lemak. memang sedap tau. RM1 puas makan, kenyang sampai ke petang la. aku dengan en papa kalo order kat kak ida ni, ambik 4 bungkus terus, makan untuk tengahari sekali. (malas masak awal) kui kui.. bini yang penyegan(malas) masak.





kacang dia lebih dari 30 biji wes.. sumpah, aku pernah kira 40 pun ada. ikan bilis memang tak kedekut, memang banyak, timun 4-5 keping n telur rebus belah 4. kepada korang yang duk area seberang perai selatan, boleh la kalo nak try, sila ke market sungai bakap, tapi pagi-pagi yer. kekadang kul 9 dah abis. aku senang sikit, oder petang ni esok kul 7 dia antar kat rumah. tapi dah nak puasa kan... mana nak tau kot time posa dia ada berniaga kat mana-mana no..


pic bawah ni bukan kak tu jual yer, ini fresh dari en papa yang baru balik dari KL semalam.