Jumaat, 22 Julai 2011

10 months

salam uols.. nak bagi tau ni, my lil boy dah 10 bulan 4 hari. last friday dia fever, 2 hari jugak la. aku ni meraba la kepala dia takut ada binatang tu ada lagi. nyaris nak bawa gi kedai botakkan dia, tapi alhamdulillah, tak ada binatang tu. mak cakap "demam nak memboleh apa-apa la tu..." so aku pun take positif la kan... 1st day tu bawa gi klinik, doc cakap panas dia tinggi la jugak. so dapat la ubat masuk montok 1, pas tu dia ok sikit. kat rumah aku bagi makan panadol syrup je sebab ubat yang klinik bagi memang tak sedap.

11/07/2011 bawa di pegi checkup kat klinik. berat dia nak sikt je, 8.5kg tinggi 75cm. yang pastinya anak aku ni dari dalam perut lagi doc cakap tinggi (like father like son)

pic kat klinik, sempat lagi yer en papa

ada apa pada gambar ini? hanya kami saja yang tahu.. hehehe..

layan iklan ditv3

Sangat manja sekarang ni. suka main cak cak, dah pandai lambai tangan, baru nak belajar berangkak. pandai buat muka, bila aku sembang dengan en papa di pun tetiba buat caakkk suh sembang dengan dia jugak. petang-petang mesti kema bawa ronda dalam kampung.

Kejadian semalam, dia dah tido kul 10.00pm, aku memang bagi dia tak tido awal, selalunya time maghrib kompom dia dah tido. sekali kul 11 dia terjaga, aku buka ja pintu bilik, baik punya dia duduk dah sambil tengok aku. en papa? dan sampai US dah la kot.

aku nak tengok cita ANISSA!!!! sbb mak bagi la kul 10.30pm tu dia tido. memang sedih gila semalam, menitik jua air mata aku time balkis minta maaf tu. anak aku yang dok celah peha, sambil mulut ada putin tengok aku tak bekelip-kelip. heran kot sebab tak pernah menitik air mata depan dia. selalu buat main2 tiyak je (time nak bagi pakai pempers).

Pas dah abis cita tu aku layan dia dalam setengah jam, dia pun tido. tah macam mana kul 5.15am dia terjaga dok merabat atas badan aku, nyusu sambil menonggek, boleh macam tu? anak aku ni macam-macam pesen dia nyusu. time dia duduk pun menjadi. lepas dok tegolek sana sini, aku pun tak sedar bila aku tido, bila aku terjaga tengok dia pun senyap. rupanya dia tido sambil sandai kat perut aku. nampak sweet sangat. teringat plak dia suka letak mulut dia kat perut aku n hembus. gelis mama...

Apa pun selamat hari lahir ke 10 bulan manja mama. be a good boy ok.. we luv u so much..