Jumaat, 10 Jun 2011

Susu + Darah

Assalamualaikum...

kejadian 2 hari lepas, untuk pertama kalinya, baik aku tengah pump susu time tu memang breast aku tegang gila, memula aku pam belah kanan, dapat 3.5oz, tukar breast sebelah kiri plak (ralit sambil tengok tv) aku tengok muncung pump kat breast aku, ada kale merah, aku ingat jari aku yang kat bwah tu. bila aku angkat jari warna merah tu tak hilang, terus aku rasa pedih semacam kat nippel aku. aku stop kat enjen S3 tu, cabut dari breast, tengok-tengok ada darah.. tekezud gila aku.. memang tekezud.. gerun pun ada jugak.. aku stop pam n buang terus susu tu sebab warna dah nak macam bandum pun... korang tengok pic bawah ni






baru aku ingat, adam ada gigit, (maklum la dah ada gigi) tapi luka tu nampak betul-betul kat saluran susu. saluran tu ka yang luka?


aku jadi blur plak, kompius, boleh pakai ke tak susu aku ni. ok ke? kalo pam masuk darah lagi cam mana? terus aku sms kat shidah (owner MLO tu)


aku : Salam kak. tadi ila pump dah 3.5oz. lepas ila tukar breast je ila tak sedar ila pump keluar darah. susu tu ila dah buang, tapi kalo bb nyusu tak pa ka? atau tak kasi bagi isap sebelah darah tu? ila musykil la, kenapa saluran tu kuar darah? 1 saluran saja.


k.s : Saluran susu dikelilingi oleh saluran darah. kadang2, saluran darah terluka. maka darah akan masuk dalam susu. no harm to bf dd. if perah, adan warna susu tak bertukar, should b ok 4 bb to drink. not advice to simpan as stok beku.


aku : so maknanya boleh nyusu la ye? ila dah buang sebab warna bertukar sikit.


k.s : Nyusu macam biasa. if perah, ang warna susu dan terlalu merah better bunag. puting ada luka tak?


aku : ada luka sikit, tapi tak terasa sangat.


k.s : Maybe darah kuar thru that luka. cuba perah dengan tangan sekali sekala. over usage of pump is one of the factor puting mudah luka. sapu air susu pada luka. bila kering, sapu lagi.


bergitulah perbualan kami di sms. so lepas tu aku relex jam. malam aku pakai tangan, alhamdulillah dapat 2.5oz. semalam terasa jugak, tapi aku pakai tangan ja, rasa seriau la... dah nippel tak rasa ngilu baru aku pakai pump.