Pagi tadi aku dikhabarkan kawan baik aku ni (azlilah) masuk hospital seberang jaya sebab accident kemarin (ahad) dalam 4 petang diarea SPU... masa tu dia ondeway kemana aku tak tau. dia bawa makcik n anak ke 3 dia, bertembung dengan 1 kereta dibawa remaja berusia 15 tahun yang sedang memotong doubleline.
Malangnya makcik ilah meninggal sebab dada arwah teruk kena dashboard kereta. Ilah patah kaki n kata kawan aku lagi rahangnya patah n muka bengkak. anak ilah yang berusia 4 tahun tu alhamdulillah selamat, tapi kaki terseliuh kaki n masih troma. budak lelaki yang langgar kereta ilah tu, lepas accident tu dia cabut lari ke balai polis berdekatan. (rasanya takut orang pukul kot sebab pelanggaran tu menyebabkan kematian).
Ada staf lain bagi tau aku lagi, masa diorang nak gi ambil buku-buku keja dalam keta ilah, memang remuk gila kereta dia (ada di bengkel). macam tak boleh guna dah.
Semoga semuanya ok... Ilah, semoga hang sihat n tenang ya... rehat yang panjang membuatkan aku tak dengar sora hang untuk beberapa bulan... bekerja dengan hang memang best & terbaik... Semoga cepat sembuh na...