Salam...

aku baru balik dari hopital seberang jaya tengok kawan aku yang xcdent tu... perasan pertama aku bila tengok dia, Ya Allah teruknya, muka dia bengkak, keliling mata kiri dia lebab biru+pepel, pipi kiri nampak jatuh (disebabkan rahang patah), tangan dia ada calar sikit, kaki kiri & kanan tulang patah peha & betis, tambah belah kanan atas kaki pun patah. kaki kiri kanan kena balut, dipegang dengan penahan besi untuk tak bagi kaki dia begerak.

Aku tekaku tengok dia, tapi dia??? dia ok jek. gelak buat lawak yang paling aku tak tahan dia dok ingatkan keja dia yang menimbon kat opis... "ilah ooiiii tak payah la hang ingat keja.. padan muka ** tu. baru dia tau hang tak da keja jadi payah. aku nak balik pun dia sempat lagi pesan hal keja...

Cita xcdent tu, sebenarnya budak yang langgar dia umo 18 tahun, baru dapat lesen, naik naza kia, kawan aku ni naik iswara lama. aku sempat juga tengok gambar keta, asben dia tunjuk. keta iswara bonet depan memang remuk, tinggal suku ja, betul-betul kejadian tu atas double line. keta budak tu remuk sikit ja. dalam keadaan keta ilah, kerusi driver kedepan terus, stereng patah (korang bayangkan la kuatnya hentaman kena pipi ilah sehingga stereng boleh patah), kerusi tepi driver (arwah makcik dia) ada darah, kerusi tu nampak agak kedepan (besa la orang tua kan suka dok depan). anak arwah makcik tu sempat ajarkan arwah mengucap, arwah meninggal kat situ jugak. Anak dia dok kat belakang tengah tido, masa xcdent tu anak dia jatuh bawah (nasib la dia tak berdiri kat tengah tu) time tu orang tak tau pun anak dia ada, dia bangun kot, terus orang pecahkan cermin keta ambik dia sebab pintu tak leh bukak. masa tu anak dia memang troma, takut, ketar suma ada. Sekarang pun masih takut naik keta.

Memang dugaan... tapi takdir dah tertulis macam tu.. redha... ilah ni memang seorang tabah n kuat semangat. doc suh dia rehat lama, tapi dia nak kejab ja sebab dok pk hal keja.. hemmm kawan aku sorang ni memang pun, keja keja keja... Azlilah, semoga tabah dan aku doakan semoga hang cepat sembuh.. amin...


Cita lawak

Tadi tengah dok nyembang dengan dia, 2x aku gi toilet. 1st dok je kat toilet aku berpeluh, nak pengsan, loya.. kenapa???? aku tak boleh tengok darah, lebam, luka. kompom jadi cam ni. memang berpeluh gila tadi, tapi aku buat muka ok jek.. kekekeke.. bukan aku sorang jadi macam tu, watie pun.. kah kah kah... ada opismet aku kata "atu beranak ari tu ok jek?" memang la ok cek oii dah tak tengok darah, asyik nampak jam ja, hang tak beranak lagi mana tau.. kekeke...