Rabu, 1 Jun 2011

Dari awal bulan 5 adam suka 'tokak' (gigit) dagu aku.. pantang aku nak cium dia, dia tarik kepala aku terus gigit dagu aku... kemarin, gila0gila punya dia tokak.. tak boleh tium langsung la.. "tak pa la yang, tokak la, mama tak marah..."
Petang kemarin mak aku tegur "kak, perasan tak gigi adam mula tumbuh??" aku tak belek plak.. pas mak aku bagi tau cam tu, baru aku tengok..


ada sikit, naik macam tajam sikit.. patut la tokak aku tak mau-mau..
naik sikit je... alhamdullilah...


Bagaimana ia berkembang
Untuk kebanyakan bayi dan ibu bapa, ketibaan gigi pertama tidak menyeronokkan, dan ia boleh menjadi proses yang panjang. Simptom awalnya – yang termasuk berlebihan air liur meleleh dan rasa sakit yang agak teruk — selalunya bermula selama sebulan atau dua sebelum acara kemuncak.

Anda mungkin terpaksa berjaga malam untuk menenangkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggu giginya menembusi gusi. Untuk mengurangkan kesengsaraannya, bayi anda akan mula menggigit, tetapi bukan kerana kemarahan atau keganasan. Memberikan sesuatu untuk digigitnya atau gosokkan gusinya dengan jari anda boleh meringankan kesakitan.

Gusi boleh menjadi bengkak apabila gigi hendak muncul, ia akan menyebabkan pipi anak anda kelihatan lebih besar. Walaupun sesetengah ibu bapa mendakwa bahawa anak mereka akan demam atau cirit-birit semasa gigi hendak muncul, kebanyakan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. Barangkali anak anda sedang menghidap demam selesema, flu atau ada masalah sakit perut, jadi bawalah dia berjumpa dengan doktor.

Untuk mereka yang bernasib baik, pertumbuhan gigi adalah proses pengubahsuaian mulut yang agak tidak menyakitkan. Satu minggu bayi anda tersengih tanpa gigi, dan minggu yang satu lagi ternampak puncak putih bergerigis pada permukaan gusinya. Raikanlah gigi pertamanya dengan menangkap banyak gambar, dan catatkan tarikh ketibaannya di dalam buku bayi anda.

Gigi tumbuh dengan berturut-turut, mula-mula yang di depan sebelah bawah, kemudian yang di tengah sebelah atas, diikuti yang di tepi dan belakang. Pertumbuhan gigi adalah mengikut keturunan, jadi jika anda mendapat gigi anda awal, barangkali anak anda akan sama juga.


Bagaimana anda boleh bantu
Anda tidak dapat lakukan apa-apa untuk membuat gigi muncul, tetapi anda boleh menolong mengurangkan kesakitannya bila proses itu bermula. Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.

Jika bayi anda benar-benar dalam kesakitan, anda boleh berikan paracetamol kanak-kanak dalam dos yang ditetapkan. Jika anak anda demam, atau tidak dapat ditenangkan, jumpa doktor anda – dia mungkin menghidap infeksi telinga atau penyakit yang lain.

Apabila giginya sudah tumbuh, ia terpulang pada anda untuk memastikan kebersihannya. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja.

Anda juga tidak harus menidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi.


by babycanter


dengan cerianya.... suka dok kat stereng keta... pic pagi-pagi buta tadi...