Jumaat, 17 Jun 2011

Masak lagi...

Resepinya teramatlah mudah kalau nak cuba. Cuma sukatan lada hitam tu bolehlah adjust mengikut tahap kepedasan masing-masing yer. Yang belum pernah mencuba masakan sebegini, cubalah sekali. Kalau sedap, buatlah lagi. Kalau nak tau, aku adalah penggemar masakan blackpepper. hehehehe. sebenarnya BP ni sedap dengan daging, malas nak rebus sbb lama, aku buat ayam jek.. aku lupa aku copy dari blog sapa tah resepi ni...

AYAM BLACK PAPER

Bahan-bahan :
· hirisan ayam/daging rebus secukupnya
· lada hitam secukupnya (ditumbuk kasar)
· 1 sb kicap pekat
· 2 ulas bawang putih cincang
· 1 labu bawang besar (dimayang)
· 2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
· 1 sb sos tiram
· 5 biji cili padi (diketuk)
· sedikit hirisan daun ketumbar
· sedikit hirisan kapsikum
· 1 sb jus lemon
· sedikit bancuhan tepung jagung (jika suka)
Cara-cara :
Perapkan ayam/daging bersama 1/2 sb kicap pekat dan lada hitam selama 10 minit.
Panaskan sedikit minyak masak di dlm kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga perang.
Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau hingga mendidih.
Masukkan ayam/daging dan juga kicap pekat. Kacau sebati.
Masukkan pula kapsikum, cili padi, kicap manis dan juga jus lemon. Kacau lagi.
Perasakan dgn garam dan gula jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan daun ketumbar.
Kacau hingga kuahnya sedikit pekat, Hidangkan panas2 setelah masak.