Khamis, 6 Januari 2011
Tips Penjagaan Tilam
Setiap orang pasti mahukan katil yang selesa & empuk, kalau tak cukup tidur boleh membuatkan seseorang tu jatuh sakit juga kan!! Jadi, salah satu kriteria yang penting bagi mendapatkan tidur yang selesa adalah tilam *selain katil yang cantik* tapi tahukah anda tentang penjagaan tilam?? Di sini ada beberapa tips yang boleh anda ikuti dalam menjaga tilam anda;-
1) Terbalikkan Tilam setiap 6 bulan sekali- anda boleh meletakkan kertas nota iaitu bila anda membalikkan tilam tersebut. Dengan cara ini, anda tidak akan lupa & boleh melakukannya secara berterusan.
2) Guna pelapik tilam (mattress cover) bagi melindungi tilam anda- Apabila membeli sebuah set katil mahupon bilik tidur, jangan lupa untuk meminta mattress cover sebagai free gift atau anda boleh membeli sahaja di rangkaian pasaraya pada harga yang berpatutan.
3) Vakum tilam anda- Kadang-kadang debu, bulu dan tungau boleh berkumpul disebalik keempukan tilam anda. Vakum tilam anda dengan menggunakan muncung penyedut khas untuk upholsteri pada vakum anda. Jika anda alah kepada habuk, vakum & tukar pelapik tilam dengan lebih kerap.
4) Ikuti arahan penjagaan tilam- Gunakan syampu untuk membersihkan kotoran pada permukaan tilam anda. Bersihkan kotoran dengan span.
Cara Membersihkan Tilam Yang Dikotori Kencing Si Kecil;-
1) Serap sebanyak mungkin air kencing dengan tuala. Bagaimanapun jangan menekan terlalu kuat kerana ia akan menggalakkan air kencing terserap jauh ke dalam tilam.
2) Tabur kawasan tompokan pada tilam dengan serbuk penaik bagi membantu menyerap lembapan dan menyerap bau.
3) Vakum serbuk penaik setelah dibiarkan selama sejam.
4) Buat larutan campuran cuka dan air. Isi ke dalam botol semburan dan semburkan pada tompokan air kencing tadi. Seterusnya gunakan kain untuk membersihkan kesan tompokan tersebut. Cuka membantu menyegarkan fabrik, dan juga menghilangkan bau.
5) Jemur tilam di bawah sinar matahari. Sinar matahari sangat efektif dalam menghilangkan bau dan membunuh kuman. Jika cuaca tidak mengizinkan, sandarkan ia di bawah kipas sehingga kering.