Isnin, 10 Januari 2011

Petua Bila Masuk Rumah Baru


1. Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan, pejabat atau rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus yang dikenali sebagai Al-’Ammar. Ia suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca Surah Al-Baqarah – Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah jika dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran – Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali. 


ha... kenapa saya bagi petua ni? insyaAllah awal bulan 2 nanti kami akan berpidah ke rumah yang en suami belikan... nanti kalo rumah dah aok, aku tempek gambaq hokeh... sekarang ni dah mula masuk barang dah, ada sikit lagi kat rumah mak. cuma nak kena susun balik bagi elok apa yang kami bawa masuk.. and hujung bulan 2 insyaAllah nak buat baca yasin & kenuri sikit kat rumah baru...