Isnin, 31 Januari 2011
Walker
Mata Adam Plak
comey la.. kekekekeke...
Jumaat, 28 Januari 2011
Baby Portrait
Alhamdulillah, gambar en adam amsyar sedah siap. tadi uncle jery mai anto kat opis aku.... tak sabaq wes nak tengok....
korang layan pic en adam amsyar ini hokeh...
my luv family....
special thank`s :
wati (sponsor baju en adam amsyar)
en jerry (sponsor shoot untuk my baby)
mak tok (bagun awal tuk mandikan en busyuk)
en papa (sangop ambik coti...)
luv u all....
BPA Free
Senjak akhir - akhir ini kita khawatir dengan botol susu plastik yang mengandung BPA ( Bisphenol_A).
Peneliti dari University of Cincinnati menemukan, eksposur terhadap air mendidih menyebabkan botol plastik polikarbonat melepaskan BPA hingga 55 kali lebih cepat dari air dingin atau air bertemperatur normal.
Penemuan terbaru menunjukkan bahwa ada korelasi antara BPA dengan penurunan produksi sperma, penambahan berat prostat, dan kanser testis pada laki-laki. Sementara pada perempuan, BPA berpotensi mengakibatkan ketidaknormalan perkembangan endometrium yang dapat menyebabkan infertilitas serta meningkatkan risiko terkena kanser payudara. Anak-anak, terutama bayi yang masih dalam kandungan dan bayi yang baru lahir, memiliki risiko yang paling besar terhadap bahan kimia tersebut. Hal ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang dapat berdampak selama periode emas pertumbuhan anak, meskipun akibatnya tidak langsung tampak.
Untuk menghindari atau meminimalisir dampak BPA pada si kecil, spesialis anak Dr. Steven Parker, memberikan beberapa tips berikut:
* Hindari penggunaan botol polikarbonat yang mengandung BPA. Sebagai gantinya gunakan botol bebas BPA, atau botol yang terbuat dari gelas/kaca.
* Ketika membeli botol plastik, pilihlah botol yang menggunakan polypropylene/polyethylene, yang tidak keras dan tidak mengkilat.
* Carilah tanda "BPA-free" pada kaleng atau botol susu yang anda beli.
* Hindari pemberian teether berbahan plastik/vinyl pada bayi.
* Hindari memanaskan makanan dalam plastik karana ia dapat melepaskan BPA. Sebagai gantinya, gunakanlah bahan gelas/kaca atau keramik.
* Cucilah botol dan wadah plastik dengan spons agar tidak merusak lapisan plastiknya.
* Belajar membaca kandungan dalam plastik. Singkirkan produk plastik yang mengandung bahan-bahan seperti DBP dan DEP, DEHP, DMP. Gunakan polyethylene (#5), dan hindari polikarbonat (#7).
* Jangan gunakan lagi botol plastik yang sudah tergores/rusak atau kusam.
Sebaiknya botol susu digunakan dalam jangka 1 tahun tapi kalau sudah tidak baik lagi dalam 6 bulan botol sudah boleh diganti.
Botol susu yang bertulis PC kode 7 itu ternyata mengandung BPA (Bisphenol-A), tapi kalau dibuat dari PP (Poli Propylene) dengan kode 5 itu berarti aman.
Detailnya silakan dibaca ya !!!
#1. PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasa dipakai untukbotol plastik yang jernih/transparan/ tembus pandang seperti botol airmineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. Boto-botoldengan bahan #1 dan #2 direkomendasikan hanya untuk sekali pakai.Jangan pakai untuk air hangat apalagi panas. Buang botol yang sudahlama atau terlihat baret-baret.
#2. HDPE (high density polyethylene) biasa dipakai untuk botol susuyang berwarna putih susu. Sama seperti #1 PET, #2 juga direkomendasikanhanya untuk sekali pemakaian.
#3. V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah plastik yang paling sulit didaur ulang. Plastik ini bisa ditemukan pada plastik pembungkus (clingwrap), dan botol-botol. Kandungan dari PVC yaitu DEHA yang terdapatpada plastik pembungkus dapat bocor dan masuk ke makanan berminyak biladipanaskan. PVC berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.
#4. LDPE (low density polyethylene) biasa dipakai untuk tempat makanandan botol-botol yang lembek. Barang-barang dengan kode #4 dapat di daurulang dan baik untuk barang-barang yang memerlukan fleksibilitas tetapikuat. Barang dengan #4 bisa dibilang tidak dapat di hancurkan tetapitetap baik untuk tempat makanan.
5. PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastikterutama untuk yang berhubungan dengan makanan dan minuman sepertitempat menyimpan makanan, botol minum dan terpenting botol minum untukbayi. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernihatau berawan. Cari simbol ini bila membeli barang berbahan plastik.
6. PS (polystyrene) biasa dipakai sebagai bahan tempat makan styrofoam,tempat minum sekali pakai, dll. Bahan Polystyrene bisa membocorkanbahan styrine ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan.Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem syaraf. Selain tempatmakanan, styrine juga bisa didapatkan dari asap rokok, asap kendaraandan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari dan banyaknegara bagian di Amerika sudah melarang pemakaian tempat makananberbahan styrofoam termasuk negara China.
#7. Other (biasanya polycarbonate) bisa didapatkan di tempat makanandan minuman seperti botol minum olahraga. Polycarbonate bisamengeluarkan bahan utamanya yaitu Bisphenol-A ke dalam makanan danminuman yang berpotensi merusak sistem hormon. Hindari bahan plastikPolycarbonate.
dan akhirnya dapat jugak aku pakai botoi mahai.. kekekeke...
Isnin, 24 Januari 2011
Pn Mama & En Adam Amsyar
sampai tetido anak mama ni...
dan dia bangun juga akhirnya... huaaaaaa menguap....
*untuk pesanan : aku memang suka tayang gambar dari becerita hokeh, aku ada anak, aku suka tanyang anak aku.... hahahahaha....
Jumaat, 21 Januari 2011
makan
dengan sapa ni? kelawarpompuan kah? kekekeke.. aku yang mcam serabai rasanya & tak sanggup nak tunjuk kat hampa gambar nih... disebabkan muka anak aku yang comey dan sedang begumbira so aku coretkan muka aku yang comey inih... santek kan.. siap kening terangkat sebelah uuuu....
Rabu, 19 Januari 2011
Perkembangan bayi anda pada usia 4 bulan
Apabila bayi anda mencapai usia empat bulan, perutnya sudah membesar jadi dia tidak lagi perlukan makanan begitu kerap – hanya empat atau lima kali sehari. Namun begitu, berat badannya masih bertambah – keperluannya untuk mengambil makanan menurun apabila dia menjadi lebih besar, lebih mirip kepada kekerapan kanak-kanak yang lebih tua atau orang dewasa. Sekarang di waktu makan, perhatiannya mula beralih kepada orang dan benda-benda, justeru, walaupun anda seronok apabila melihat dia sedar dan responsif terhadap benda-benda baru, anda mendapati bahawa memberinya makan menjadi satu perkara yang sulit. Sekiranya bayi anda mudah ralit dan tidak menumpukan kepada makanannya, carilah satu tempat yang lebih sunyi untuk memberikan dia makan.
Apabila bayi anda dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu bayi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya. Dia mungkin juga mengangumkan anda (dan diri sendiri!) dengan berpusing dari baring telungkup kepada telentang, atau sebaliknya. Anda boleh menggalakkan ini melalui mainan: goyang-goyangkan patung mainan di tempat ke mana dia akan pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri tepukan dan senyuman apabila dia melakukan ini; dia memerlukan sokongan anda sebab perbuatan-perbuatan barunya ini agak menakutkan baginya.
Bagi empat ke enam bulan pertama dalam hidupnya, bayi anda memperolehi semua nutrien yang diperlukan dari susu badan atau susu formula. Namun begitu, didapati bahawa ibubapa sudah mahu mula memberi makanan pepejal. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mencuba pepejal. Anda boleh mulakan dengan memberinya sedikit pepejal (iaitu makanan lembik seperti makanan bayi yang dipuri atau bijirin bayi) memandangkan saluran pencernaannya sudah agak matang dan refleks menjolok lidah keluar semakin lenyap. Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor menggalakkan ibubapa agar menunggu sampai bayi berusia enam bulan. Dengan tidak memberikan pepejal terlalu awal, anda boleh mengurangkan reaksi alergik dan menjaminkan yang susu ibu dan formula dalam diet bayi anda tidak dikurangkan.
Bayi anda sekarang sudah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek (betuiii, en adam amsyar selalu nak rampas apa yang aku makan), walaupun lazimnya pertama kali dia mencuba dia terlepas sasarnya. Apabila dia dapat memegang sesuatu, dia akan mengkajinya untuk seketika dan kemudian cuba memasukkannya ke dalam mulut. Anda juga akan memerhatikan air liur banyak meleleh sekarang (a ah, sampai basah baju). Setengah bayi sudah mula tumbuh gigi ada seawal usia empat bulan, tetapi gigi pertama bayi selalunya tidak keluar sebelum usia lima atau enam bulan.
Pada masa ini, bayi anda sudah pandai bermain dengan tangan dan kakinya untuk beberapa minit setiap kali. Sungguh ajaib! Pada satu ketika, anda tiba-tiba sedar bahawa tiada kedengaran apa-apa dari dalam bilik, jadi, anda jengok ke dalam dan melihat bayi anda yang sebelum ini memerlukan perhatian dan jagaan anda hampir setiap detik dia berjaga, sekarang boleh bermain dengan sendiri. Mungkin sekarang anda boleh kembali membaca surat akhbar seperti dulu kala.
Para penyelidik percaya bahawa menjelang usia empat bulan, bayi anda sudah boleh memahami semua bunyi-bunyi asas dalam bahasa ibundanya. Antara usia empat dan enam bulan, dia menguasai kemahiran membuat bunyi vokal, seperti “ma-ma” atau “da-da.” Walau bagaimanapun, dia tidak mengaitkan bunyi itu dengan ibu atau bapanya. Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut “boo”, dan dia akan cuba menyebutnya juga. Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men”cermin”kan perlakuan dia. Oleh sebab anda memberi reaksi terhadap sesuatu bunyi yang disebut olehnya dan bereaksi apabila dia cuba menyatakan sesuatu, bayi anda mula mempelajari tentang kepentingan bahasa dan mula memahami konsep sebab dan akibat. Dia mula sedar bahawa apa yang diperkatakan olehnya akan membawa kesan tertentu. (sekarang, kalo panggil nama dia, walopon dok belakang dia, kompom dia toleh.. sukerrrrrr aku)
Bayi boleh mengecam warna dari dia mula lahir, tetapi mempunyai kesukaran menbezakan nada terang-gelap dan corak warna seperti oren dan merah. Sebab itu, mereka lebih gemar hitam dan putih atau warna yang berkontras tinggi. Antara usia dua dan empat bulan, perbezaan warna menjadi lebih jelas, dan bayi anda mula dapat membezakan nada dan corak yang berlainan bagi sesuatu warna. (en papa sudah belikan piano kartun kat en adam amsyar) Bayi anda akan menunjukkan kegemaran bagi warna primer yang terang. Dia akan tertarik kepada mobil tergantung yang berwarna cerah (digantung supaya tak dapat dicapainya), poster-poster terang dan buku-buku keras yang berwarna menarik.
Menjelang empat bulan, bayi anda mungkin sudah boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran anda, suara anda dan juga ekspresi muka anda dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya. (betul.... pandai angkat tangan dah kalo nampak mama)
Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosial mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.
Selasa, 18 Januari 2011
entry kosong
I'm face of SIMPLYSITI
Jumaat, 14 Januari 2011
mata memangdang matalah puncanya
salam korang...
aku besiaran dari opis. (sambil memandang pintu bos aku) kekekeke... ari tu pas aku check adam, aku ngan en somi pi klinik mata di hospital bukit mertajam. doc check mata aku (perempuan melayu, umo 30+, kurus, baik :D)
doc : emmm ada selaput kat belah idong, 2 belah no.
aku : a ah dokte
doc : dari bila?
aku : dari peknen lagi. dulu masa saya peknen 5 bulan ada mai jugak, doc cina pompuan cakap tak boleh opret n bagi ubat yang kuat sbb saya tengah peknen. doc tu cakap lagi mei pulak lepas bersalin kalo tak hilang. tu yang saya mai ni.
doc : boleh opret dik, tapi kalo opret kompom naik balik dalam masa 3 tahun lepas tu. so ketua kami dah bincang bila orang muda yang ada selaput mata ni tak yah buang, selagi tak da risiko apa2. contoh macam selaput dah sampai kat anak mata hitam, yang tu memang kena buang.
aku : sebab apa yang jadi selaput ni ek dokte?
doc : sebab kena habuk, tengok moniter komputer, ekon, mata kering, bekas makeup & dll.
aku : oooo... atu macam mana?
doc : kak bagi ubat, tapi kalo boleh adik beli ubat kat luar sebab ubat kat hoapital ada banyak bahan pengawet, yang luar tak da, dalam berbelah ringgit ja.
aku : selaput ni tak boleh hilang ka?
doc : dia tak kan hilang. pakai ubat titik ni jugak, cuma bagi mata ada segar balik, lagi pun ada luka kat urat mata. (sebenonyer aku tonyoh sakan mata aku semalam tu sebab gatai gila2)
ni mata kanan aku, nampak kan? makin naik atas mata itam dah, urat mata yang merah2 tu la buat aku pedih mata.
ni mata kiri aku, sebelah kiri pun dah naik sikit, belah kanan tu lagi la. kalo korang perasan belah kiri ada urat mata mcm beralun, pedih gak kat situ.