Salam kawan-kawan.. bulan rejab ni korang pose tak? ai dapat 2 hari je pas tu isnin lepas ai dah datang bendera merah... so isnin depan harap boleh la ai posa. dapat 8 hari pun jadi la, kalo boleh lagi banyak lagi ok kan. kalo boleh tu kita niat la posa ganti, kalo kena plak isnin khamis dapat 3x ganda pahala wes...
Pas tu aku ni dengan kengkawan kat opis ada becerita tentang bab posa pada hari jumaat. tadi ni opismet lama aku pun ada tanya soalan yang sama, "hari jumaat boleh puasa tak?"
So aku cari kat google ada, boleh tapi tak boleh puasa Jumaat sahaja, kena sebelum atau selepas hari Jumaat jugak. contoh khamis dan jumaat atau jumaat dan sabtu. jumaat sahaja tak boleh tau... tapi kalo boleh tu tak yah la posa hari jumaat saja. hari-hari sunat lain banyak kan..
"Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.
Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).
Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)
Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)
Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim)."