Khamis, 23 Februari 2012

Bantulah Faris

MARI BERSAMA KITA MEMBANTU FARIS UNTUK TERUS HIDUP DENGAN IZIN ALLAH.

"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.





Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.
"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.
"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya.
"Insurance coverage macamana?," soal saya.
"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.
Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.
Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM100,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.
Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 atau 1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail).
Sebaik sumbangan didepositkan, sila tinggalkan komen 'STM' (Saya Telah Menyumbang) di ruang komen entri ini.
Saya percaya, jika kita membantu mereka memerlukan, Allah sentiasa pemurah kepada kita.Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.
Di atas sumbangan ikhlas semua pembaca, saya dahului dengan ucapan terima kasih.



SILA HEBAHKAN
kredit : "blog mazidul"



Kisah Faris, aku baca dari blog mazidul sejak awal bulan feb ari tu. Sebagai seorang ibu, aku menitis air mata melihat si kecil yang sepatutnya riang ria bermain tanpa merasa kesakitan yang dialaminya. 1st time aku baca, air mata tak berhenti menitis dan sentiasa mendoakan alfatihah buatbya. Ya Allah, Kau sihatkanlah Faris, Kau sembuhkanlah penyakitnya. Ya Allah, sesunggunya dia amt kuat untuk mengharungi penyakinya itu. Ya Allah Kau bantulah keluarganya supaya mereka terus tabah dan Redha apa pun yang terjadi.. amin..Ada lagi gambar faris dalam blog mazidul, tapu aku tak sanggup nak letak, makin menitis air mata bila tengok gambar dia banyak-banyak tu. kalo korang nak tengok gambar dia lagi, bolah la tengok kat blog mazidul yer...