Jumaat, 17 Februari 2012

I'am sory....

Assalamualaikum...

1st sekali aku mohon maaf kat anak sulung aku (dah say sory kat dia time dia tido) sebab last nite kami dah nak tido, dah atas tilam pun, memang nak hanyut dah, dia merengek punya merengek + macam mengigau + teriak (nangis) aku kena masuk setan kot tertampar/tertepuk mulut Adam. "pap" sekali (tak kuat macam tampar orang besar yer, hanya perlahan). dalam dok teriak tu dia tekejut aku tampar mulut dia, lagi teriak la. dia tengok aku, terus pi kat papa dia.

Aku pun tetiba ja rasa tersedar, en papa tengok aku terus. ops!!! lepas tu dia masih huhuhuhu.. so en papa bawa dia ronda-ronda dalam rumah untuk memujuk. dalam 3minit lepas tu en papa stop mai kat tilam aku, Adam tak mau turun dari dukung en papa uuuuu.. tengok aku je cepat-cepat dia peluk en papa kuat-kuat.. marah betul anak aku nih.. last aku tarik sambil pujuk dia "mai mama mai.. sory sayang.. mama tak sengaja.." memula dia tak nak datang kat aku jugak, last aku tarik tangan dia pelan-pelan sambil kata "meh nenen mama meh.." 'nenen' adalah ibu pujukan yang buat dia cair.. kekekeke.. tu pun sambil nenen sambil huhuhuhu.. n terus tertido...

Adam memang sangat mengantuk time tu, tapi dengan tindakan aku buat dia lagi tambah mengantok tapi tak mo tido... dah lena dia atas riba aku, aku pelan-pelan angkat dia atas tilam, sambil usap rambut dia aku cakap kat dia "mama minta maaf sayang... mama tak buat lagi..." air mata suam juga yang mengalir akhirnya... sedihnya bila rasa kita buat anak kecik yang tak tahu apa pun..

Ya Allah maafkan atas tindakan aku yang tidak sengaja itu.. aku berjanji ianya tak akan berulang lagi.... maafkan mama sayang...