Isnin, 31 Disember 2012

ending 2012

Assalamulaikum... hari ni last day 2012.. hummm banyaknya benda yang berlaku tahun ni.. ada manis ada juga pahit.... apa pun semoga tahun-tahun berikutnya lebih mengambirakan kami...

Alhamdulillah tadi pagi ai n en papa pegi ke Taska Permata Kemas untuk mendaftar Adam Amsyar... semuanya nampak berjalan dengan lancar... Harap Adam ok la nanti kat taska tu... nanti diorang akan atur adam ke toilet, jaga makan minum, tempat tido siap ekon lagi.. wahhh memang terbaik.... semoga Adam akan lebih ceria n ringan mulut ya sayang... 7hb ni baru mula, tak sabar nak tengok perubah Adam..


Sebenarnya Adam sekarang mengikuti terapi 'bercakap'... ai kena refer pakar kat Hospital Seberang Jaya, BM n Sg Bakap... memangdangkan Adam seorang yang masih belum boleh betutur ai ikut jer... mungkin ini adalah jalan terbaik... dan tujuan hantar ke Taska untuk dia becampur dengan rakan sebaya dia... mana la nak tau kan, mungkin lebih baik dari yang disangkakan...

Semoga 2013 Allah menambahkan rezeki buat kami sekeluarga... amin... bye 2012...

Jumaat, 21 Disember 2012

Purse

Assalamualaikum....

Nak cita sikit gambar apa yang dompet duit aku... dulu pakai gambar time cintan cinton. dah kawin pakai gambar gambar nikah, pas tu ada kad nikah pakai kad tu plak... baru-baru ni pas ambik gambar adam baru kat kedai nampak cumil, aku letakkan dia disebelah papa dia.....


 so.... mari kita tengok gambar apa dalam dompet duit en papa plak..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
tara!!!! kujut ai tengok semalam... sama la... sebelum ni dia pakai gambar ai sorang, pas tu gambar nikah, pas tu kad nikah.. dan ila yang tebaru... hehehehe...

Rabu, 19 Disember 2012

Fareeda n me??

Assalamualaikum...

Tetiba ja buka tajuk ni wes... aku ni tak banyak pun tudung FNJ ni, tapi minat sangat.. beli yang mana mampu je deknon... setakat ni tak pernah melebihi RM180...

korang ada tengok iklan/drama baru FNJ? aku tak sempat nak tengok, tapi opismet aku dah cita A samapai Z... hemmm dari apa yang dia cerita, bagi aku FNJ tak patut buat iklan macam tu.. tapi, ikan tu mengambarkan apa yang aku nampak kat luar ni.. kebanyakkan orang yang pakai FNJ memang 'kurang senyuman' heloooo ai tak, ok.. rasa nak senyum sentiasa ja kat suma orang.. tapi bila berselisih dengan orang pakai FNJ mesti ada relingan & jelingan.. heloooo ko pakai ori ka peluv ka orang tak tau, mahal ke murah ka orang tak peduli.. senyum ja la... aku pun pelik... macam-macam perangai manusia ni...
(sila tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan)

Ok nak kongsi sikit FNJ yang aku pernah pakai....
ni 1st tudung FNJ aku, shawl RM75 aku belu baru kat kak lang SP... kalo onle boleh pi 80-90..aku beli pun time ni adik ipar aku nak kawin... bagi sama dengan baju yang dia bagi..

Cheetah, aku beli kat kawan forum cari nama dia Cira orang Johor.. RM175 (dia bagi murah sikit time ni sebab tudung ni senget sebelah) tapi masih elok ada ditangan aku.. sangat sayang tau.. kat FB ada yang msg nak beli.. no no no...
yang ni aku beli preluv kat orang Sabah.. sangat trajis tudung ni mula sampai.. dah la awning patah tengah (belakang) bawah dagu dia tetas n jait balik macam tahik... memang geram dan aku peburukan dia kat FB (jahat tak) geram sangat dia tipu.. pada awalnya aku memang rasa pelik, aku tak tranfer sekupang pun kat dia, tapi dia dah pos kat aku.. so memang time tu aku ingat dia ni memang 'orang yang bagus'..tapi tak.. harga dia ambik memang tak berbaloi.. RM1++ tak ingat dah.. tapi aku perbaiki juga sampai aku boleh pakai...

ni vshape, baru, RM170 kot.. aku suka vshape sebab dia kosong n boleh pakai mai keja...
ni vshape jugak.. aku beli kat kawan forum jugak, Anum RM160...yang bestnye dia simpan kat aku walopun orang lain book dulu.. kekeke.. (aku orang ke2 yer)
kiri-ok, ni tudung kakak kesayangan aku ok... dia, sangat sayang tudung ini.. aku minta beli pun tak bagi...

ni pun tutung kakak aku... sekali je pakai sebab dia sayang.. :p

kiri-yang ni paling cantik.... kakak aku punya jugak.. kekeke..

kanan-yang ni pun kakak aku punya... banyaknya aku bedal tudung dia... memula aku yang promot kat dia, tapi disebabkan mahal dia beli yang tiruan dulu, pastu preluv n sekarang dah pakai yang baru n ori okeh...

yang ni pulak tudung adik aku... kekeke.. aku dah merasuk mereka n termasuk mak aku sekali... buat mak kami anak beranak belikan vshape untuk dia buat permulaan.. nanti boleh la minta abah belikan kat mak ya...


ok ini bukan milik aku.. tapi IMPIAN n TERINGIN sangat nak ada... sapa nak bagi boleh la yer.. amat dialu-alukan.... amin...


btw, SITI pun akan pakai tudung FNJ nanti tau... cute kan kakak ai sorang ni...

Isnin, 17 Disember 2012

Yana Wedding

N3 ni plak kawan sekolah aku dulu.. namanya Liana... dia ni suka baca novel jugak.. ingat lagi, dulu2 masa femes YM depa ni la pi cc dulu sebab rumah depa kat pekan.. aku kat kampung, so tak pandai la chating2 ni... Aku kenal pun time aku masuk sekolah seri nibong dulu masa tingkatan 2... depa ni suma baik2.. very friendly...

ni time sepupu aku bertunang ari tu...

ni dia... comel ja... time ni dia majuk kat asben dia.. adooooii baru kawin cek oooiii...

bersama geng sekolah dulu (kiri kanan yana tu bukan yer).. tapi ramai jugak yang tak de nih... semoga kekal bahagia dunia akhirat... amin..

Na & Sahak Wedding

Assalamualikum...

Tanggal 15/12/2012, alhamdulillah kawan ai dah selamat dinikahi.. huhuhuhu sempurna sudah 4 sekawan dahulunya kemana jua bersama.... Tahniah buat Na dan Sahak ya.. depa ni 1 tempat keja, kenal pun kat tempat keja...

kay uols... layan picca kay...

 nikah time...

 sweet sangat dengan baju putih suci murni...

 sarong cincin time

 kiss time... emmmmm...


 we ols... sorang lagi tak datang.. time ni memang aku n wati tak bawak laki n anak, sebab sekejab je dalam 1jam setengah... so adam aku tinggalkan kat bapaknya...

Petang tu aku ada 2 kenuri je.. 1 kawan sekolah 1 satu lagi kenuri Na... almaklumlah Na kawin dengan orang jauh, so buat nikah n kenuri hari yang sama...

 serba hijau.. sangat cute.... suka sangat Na nampak cantik tau...

luv u my lil sis, Na...

Rabu, 12 Disember 2012

my 3rd aniversary

Alhamdulillah... hari ni genap 3 tahun ai menjadi wife my asben... semoga kekal dunia akhirat.. amin.. i love so much papa... So semalam en papa ajak makan kat luar.. aku ni pegi ambik dia kat opis dengan tshirt bettyboop biase jek mak... adooiii... emmm tak pa la... kami ke SR parit buntar... oder macam biase ja... tapi yang best kali ni oder durian cheese caje.. sedap rasa durian ja tak da rasa cheese pon.. : D

 tengok la.. frusnya bila dia bawa dengan tulisan yang OUT!!! pariy buntar ni tulisan depa memang out la.. rasa macam nak minta tulis sendiri ja... (-_-")

 we.. si mak buat mata bulat plak...
 bawa 'candu' si adam.. sekarang ni tak mao dok diam la.... adooii kesian la kat mama dengan papa ni adam oooiii...
 aku dwlnd alif ba ta kat dia bagi pandai tulis... dah tu je yang dia mau...
thanks papa...

MAJLIS PERNIKAHAN ZAKIAH ANAS (EKSKLUSIF)

kredit from blog mazidul
 

Selamat melayari bahtera rumah tangga dan semoga kekal sehingga ke akhir hayat. Kepada semua pembaca blog ini, marilah bersama mendoakan kebahagian mereka bersama keluarga.

"Assalamualaikum! Di mana?," soal saya.

"Sedang bersarapan pagi di Sunway Damansara," balas sahabat saya, Zakiah Anas.

Sebelum itu, Zakiah menghantar pesanan ringkas menjemput saya untuk menghadiri majlis akad nikahnya di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Siapakah antara tetamu bakal hadir?," tanya saya.

"Kaum keluarga dan rakan terdekat, lebih kurang lima puluh orang kesemuanya," balas anak bekas anggota polis itu. 

Zakiah anak kelahiran Bagan Serai, Perak dan anak bongus daripada enam adik beradik dan graduan Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara, UiTM Shah Alam.

Berpakaian serba putih, Zakiah dan pasangannya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42 tahun, kemudian dinikahkan oleh kadi, Haji Mohd Arip Johdi dengan masa kahwin RM13,500 tunai.

Dengan sekali lafaz, mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri pada jam 11.35 pagi, diwalikan oleh abang Zakiah, Mohd Adnan Anas.

Berikut wajah Zakiah saya rakamkan beberapa saat selepas berstatus isteri.


Turut berada di sisi Zakiah, ibunya, Enon Puteh Lan, 83 tahun dan adik-beradik.

Alhamdulillah majlis berjalan secara lancar dan wajah pasangan selesai diijab kabulkan kelihatan berseri. Saya berpeluang mengucapkan tahniah terawal kepada mereka berdua.


Azmi juga berasal dari Perak dan pernah bersama Zakiah menuntut di institusi pengajian tinggi sama dalam jurusan Pelancongan dan Pengurusan Hotel.
Beberapa selebriti turut hadir menyerikan majlis terbabit.


Dalam perbualan melalui telefon semalam, saya turut berpeluang mencungkil beberapa fakta secara eksklusif. 

"Cuba ceritakan sedikit detik pertemuan," kata saya.  

Zakiah tertawa seperti biasa.

"Kami berjumpa kira-kira dua puluh satu tahun lalu sewaktu belajar di UiTM. Keluar kali pertama dengan Azmi secara berkumpulan, menyaksikan konsert kumpulan dari Indonesia, Gigi di Live Center, Kuala Lumpur. Selepas itu terus tidak bertemu lagi sebab dia melanjutkan pelajaran ke Jepun," jelas Zakiah.

"Maksudnya, tidak sempat bercintalah?," soal saya.

"Tidak. Lagipun pada waktu itu tiada telefon bimbit lalu sukar untuk berhubung," balasnya ringkas.

Soalan seterusnya kemudian saya lontarkan.

"Jadi, bila dilamar dan di mana lokasinya?"

"Bulan Ramadhan lalu, masa berbuka puasa, di hadapan ibu Azmi di rumah mereka di Kepong," jelas  sahabat saya kenali sejak 17 tahun lalu itu. 

"Awak berasa berdebar dan segan pada saat dilamar?," tanya saya lagi.

"Tentulah!," jawabnya dan diikuti hilai tawa gembira.

Sebagai seorang daripada fasilitator ELIT CakapDotCom, Zakiah bijak mengawal perasaannya.

"Bilakah majlis kenduri?," soal saya.

"InsyaAllah bulan Januari nanti, di Kuala Lumpur," jawabnya.

Azmi, peniaga dan pelabur utama dalam busines produk penjagaan kulit Anaz Skin Care boleh dibeli secara online, sila klik www.anazlifestyle.com.

Terima kasih kepada Zakiah dan Azmi kerana memberikan saya peluang sebagai blogger unutk berkongsi antara kisah bibit manis bakal termetri dalam lipatan sejarah hidup mereka berdua.