Nuffnang

Selasa, 31 Mei 2011

Makeup

dari semalam aku menatap benda ni sampai telupa tang keja...

belajar makeup... best...

Isnin, 30 Mei 2011

EBM

salam.. aku nak berkongsi masalah dengan korang ni...

susu aku berkurangan sejak akhir-akhir ni... beli S3 berazam nak buat stok gila-gila (banyak) untuk anak aku... dulu tengahari keras je breast, sekarang tak sebab ari tu aku malas nak pump 2x (jahatnya) lepas tu sekarang, nak ambik, dah kurang.. kul 4 baru penuh...

aku tau ada 2 cara nak bagi cepat penuh...

  1. pump ikut peraturan = 2 jam sekali kompom kena pump

  2. ada minuman berkhasiat/ubatan dijual khas untuk bagi susu banyak

cara no 1 aku buat dah, tapi nepel aku sakit sebab tak kuar susu.. nak try no 2 plak... wati kata ada pil jual kat kedai-kedai jamu, dia pernah beli... semoga Allah izini...

Tingin nak buat stok EBM cam ni...

cam ni

cam ni

cam ni

cam ni

tak pun macam bawah ni pun jadi la...

*pic googel

Jumaat, 27 Mei 2011

Romentik???

kalau nampak makan bersuap tentu nampak romentik kan...

tadi aku buka fb sepupu aku nampak pakngah (abang abah aku) ngan makngah bersuap kek sempena hari bu... amboi.... syok tengok...abah aku pun, ini adalah acara wajib bila ada kek...
.
.
.

laki aku lagi romentik kan...

Khamis, 26 Mei 2011

BF diet

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?
Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula
mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra kehamilan secara perlahan. Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama

Apa yang perlu saya makan?
Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran,
buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).
Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.
Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum.
Dalam sesetengah budaya, seorang ibu yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. Dalam keluarga Cina yang lebih tradisional, sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk “memanaskan” badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan anda. Sila beringat bahawa bahan seperti
kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan.
Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).
Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.
Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolikyang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda
Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda

Dapatkan zat besi yang banyak
Jika anda mengambil
vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.
Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.
Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.

by babycanter.com

Selasa, 24 Mei 2011

Sakit lagi

salam korang...
huhuhuhuhu.. sebenarnya aku rasa sakit ni dari kemarin (time kija lagi) masa tu sakit sikit jek.. semalam masa bagi en adam pakai baju pas mandi, montot (kiri) aku rasa semacam ja sakit. kena dok senget sebelah... mai malam langsung tak leh duduk, kompom kena senget tak pun duduk kedepan, tak leh sandar... aku suh en papa tengok, tak da lebam tak da merah cuma kulit tegang, bengkak n rasa keras + sakit... baru aku ingat, tu tempat aku kenan cucuk DEPO ari tu... time tido plak mudak tu buat hal.. ngantok, tapi dok guling 2 tak mau tido, yang aku ni dah la montot sakit.. en papa?? leh tengok je la, nak tolong buat apa pun, cuma aku minta sapu minyak angin kot boleh ok... hemmm sampai ke tengah malam, kalo aku nak mengiring sebelah kanan mesti tak leh, kena meniarap terus.
mai pagi ni lagi teruk, pi opis masa naik tangga memmang terasa gila.. memang tak leh tahan, so kul 12thr tadi aku ke klinik kesihatan tu. jumpa nurse, (sampai 5 nurse berkumpul) tak tau nak kata apa kena dengan bontot aku ni.. akhirnya aku jumpa doc syakiroh (doc time peknen aku dulu) dia minta nak tengok, so dia memang kata ada ketulan keras n panas, apa kenama tah dia sebut tadi nama bengkak tu tak ingat dah aku..
so aku minta mc tuk esok, dapat dengan hari ni sekali (baik tak aku hari ni aku masih di ofis??) nak buat macam mana, nasib la budah sambilan kan.... kena la makan ubat tahan sakit diclofenac sodium & antibiotik amoxycilling kena abis.. wajib!!! minggu depan kena jumpa doc balik, dia nak tengok makin ok ke makin teruk... minta-minta cepat sembuh... amin...
hemmm kenapa la montot aku ni... kalo kerana enjet tu, kesian la aku, melainkan lepas ni aku tukar cara perangcang lagi, ikut hati aku nak pasang ja, terus tak yah risau...

Isnin, 23 Mei 2011

1994

aku jumpa gambar ni kat fb senior aku... kenangan, masa ni kami sekolah rendah, ramai-ramai gi rombongan cuti sekolah ke KL, selangor & melaka. yang aku ingat tido kat sekolah mana tah...

sebenarnya kakak saja aku yang nak pi sorang, dengan sponsor sepenuhnya oleh arwah nenek. kena bayar RM60 (kalo ikut dolu-dolu tu mahal la kan..) aku ni plak tehegeh-hegeh memujuk nenek nak pi jugak... merayu... (padahal nenek tu tak keja apa pun, dah la tua, tapi nenek simpan duit masa muda) akhirnya dapat jugak aku pi... mekasih nenek, jasamu pada ku, dari dulu tak pernak dilupakan.. nenek adalah nenek terbaik...

ok, berbalik kepada gambar, suma yang pi darjah 4-6. masa ni aku darjah 4 & kakak aku darjah 6...

aku dalam bulatan pink, kakak aku bulatan hijau...

kenangan...ada disini yang arwah dah, ada yang beranak pinak, ada yang tak ada anak, ada yang tak kawin, wallah hualam...

Akhirnya!!!!!!

salam korang....

akhirnya ahad lepas menjadi gak plan aku... sampai tgc kul 12pm wayang kul 1.45pm, so nak merewang pun maleh, so main boling jab.. wes.... dah lama tak main boling.. aku rasa dah dekat 3 tahun... masa tu plak ada kilang buat tournament, bola abis wes!! tinggai ada kot tak sampai 10biji, tu pun kebayakkan saiz 14. pas tu aku tengok kat lanes punya penuh bola. haram tak main pun. apa la 'sighu' depa ni! aku tak ada bola, last2 laki aku pi cari bola kat depa ramai2 tu saiz 15 (laki aku) 11 (aku).. jumpa, main la... dah setengan game, bola aku hilang!! sangkut??? aku rasa dak... pastu main la bola 10 yang rosak membuatkan ibu jari aku sakit.. lepas tu bola laki aku pulak hilang.... hemmm aku dah agak dah.. dalam kami dok ralit2 orang sebelah ambik. campur dengan bola kami, dekat 12 bola kat lanes depa, main berapa orang ja... bongok la.. tanya la dulu orang pakai ka tak.. kami ada 1 game lagi. pas tu laki aku pi ambik balik bola dia... eeee geram betui... aku ada bola la!! kalo aku tan jadi mcm ni aku bawa bola sendiri, tak payah nak pakai bola yang pecah.. dah la kena pakai kasut saiz 8, yang tu ja yang ada.. eeeee...... kasut aku pun ada... tak mau dah jadi macam ni.. biar benda tu letak dalam keta, tak payah nak pakai bola situ...

pn motel tengah cover perut, tapi tak leh cover dah.. hanya mampo beri senyuman idong kembang.. kah kah kah..

dah kul 1, emmmm lepak kat tcg la, leh relax sikit...

my asben yang keletihan, sabtu balik dari putrajaya aku terus ajak pi tengok wayang esok tu...

ai yang nak tanyang tudong baru.. hahahaha...

no 1 tak menyala lagi... tapi 1.30 dah nyala...

akhirnya aku tengok jugak cita ni, PUAS HATI + SYOK + TERBAEK + 100 BINTANG = nak tengok lagi!!!!!! last part ada pic LATTY!!!!! ada yang no 6 kah? nak tengok jugak....

perasan tak mana en adam amsyar.. untuk pertama kalinya kami berjalan tak bawa anak.. huhuhuhu rasa kesian sangat tinggal dia, tapi aku nekad dan tak menyasal sebab cita best, tinggal kat mak tok memang puas hati.... tq mak , jaga adam untuk hari cuti...

mama tak tinggal dah hokeh adam... (buat takat sekarang la..)

Jumaat, 20 Mei 2011

encek adam amsyar...

oooo en papa, tengok la perangai dia sekarang ni... en papa tak da kat rumah dia la maharaja.. tak cukop kerusi ringan, kerusi berat ni dia tarik. pelan-pelan kena kepala pas tu tengok mama. bila mama kata "aip...." terus tak pegang kerusi tu, pastu apa lagi jatuh la kerusi tu, nasib walker cek tu besaq taw....

ni pulak, makcik tengah ulangkaji kat meja kecik, ada salotip ni, dia tarik tarik dan tarik, bila telekat kat kepala tak padai ambik.. dalam hati mama "kah kah kah... boooo tak leh ambik" sian jugak tengok dia tak pandai ambik bila kat dahi sendiri.. dalam hati aku "tak pandai lagi kot nak bajet" sampai kesudah tangan merewang merata sampai la aku yang tolong buang dari dahi dia... hai la anak, kaulah penyeri hidup mama papa...

TV3

Salam korang..

korang ada tengok tak cita NORA ELENA kat TV3 jam 7pm-8pm dari isnin sampai khamis? cita akasia ni tak pernah lagi aku tinggai dari dulu sebelum zaman manjalara lagi.. so sekarang ada cita ni... best gak layan, tambah lagi kalo dok rumah mak, ramai yang layan..

Sebenarnya dari novel "Kasih Yang Suci" telah diangkat ke versi drama. Untuk versi ini, tajuknya telah ditukar kepada nama watak utama novel ini iaitu Nora Elena.

Korang dah baca tak novel ni?? For me, it is one of the best novel. korang dah baca? Kalau belum, boleh baca sinopsis ni dan dapat gambaran keseluruhan drama ni nanti. Ini adalah sinopsis yang tertulis di belakang novel.

10 tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saidul Idham, tunangnya pergi kerana tragedy itu. Tiba-tiba muncul Seth yang menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. 10 tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai baying-bayang yang tak dapat dipegang.

“Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua,” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Seth adalah lelaki durjana itu. Menodainya atas alas an kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu, maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya redha menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Khamis, 19 Mei 2011

2nd time

ini hasil ke 2, baru lepas pam, susu pun dok suam lagi... makin menaik la.. i like...

kat botol ni ada gambar katun baby, cumil.. makin lama, makin puji mama.... :D

1st time

Inilah hasil pump aku petang kemarin. dapat 3oz.. alhamdulillah... pas pump rasa nippel sakit sikit dalam 1 jam macam tu, pas mandi ok sikit... memang rasa sakit macam tu ke? aku 1st time ni, tak tau macam mana rasanya..

Hari Ibu

Arwah abang selalu tulis sajak, ada ja dalam buku yang dia tulis, ada yang ditampalkan dipintu bilik dia... selepas 2 3 hari arwah menginggal, mak baca, tiap ayat yang dibaca, tiap kali air mata menitis... aku 1st time baca pun menitis air mata, tambah lagi mak... semperna hari ibu, aku bagi korang baca sajak dari arwah...

Abang, kami amat merinduimu, tiap malam adik tak pernah lupa bacakan Al-Fatihah buat mu, semoga rohmu dicucuri rahmat dariNYA dan semoga DIA menempatkan dirimu ditempat orang-orang yang terpuji... amin...

~Al-Fatihah~

Babytv

sekarang kat astro ada channel BABYTV dichannel 618 astro. khas untuk baby yang dah pandai tengok tv. siyes, adam suka sangat tengok.. warna-warni, cumil2... menurut kata kai di blognya sekarang ni free, tapi nanti kena bayar dengan harga RM5 (pandai sungguh si ASTRO ni buat duik khen??) rumah aku tak da, rumah maktok la adam tengok. lagi pun 2 minggu ni aku dok rumah mak aku, en papa kena pi putrajaya pulok...

si tulli ni cumil sangat, adam suka tengok...

aku plak suka tengok telur2 ni buat lawak... memang best la channel ni.. so kepada sesiapa yang ada astro & baby, try la bukak, mana nak tau, sekurang-kurangnya membantu anda sedang buat kerja dirumah... :D

Rabu, 18 Mei 2011

Pap Mear

Isnin lepas, lepas check adam, aku buat ujian pap mear kat KK... persaan masa tu? rasa biasa jek (sebab dah pernah beranak, kena seluk pun banyak kali dah) tak sakit mana. yang aku kena tak seperti gambar di atas, nurse cuma masukkan kayu kecil itu sahaja, tak sampai 15saat dia buat. memula kena tarik nafas n tahan sekejap. pas tu ok dah.. tapi jangan lupa pakai kain ( itu menyenangkan kita hokeh) kalo korang pakai suar jenuh la.. kui kui kui... jangan lupa trim sikit, jangan la bagi nampak serabut macam hutan simpan... kah kah kah... lawak lawak jugak, kepada anda, yang pernah bersalin @ berkahwin, pergilah buat pap mear ni, ianya baik untuk kita...

Apa itu PAP SMEAR?

PAP SMEAR BENARKAH IA MENYAKITKAN?

PENTINGNYA rawatan pap smear ke atas wanita yang sudah melalui hubungan seksual memang tidak dinafikan. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar tentang kepentingan ini. Kebanyakan daripadanya tidak langsung menganggap pap smear salah satu rawatan benar-benar penting dalam kehidupannya. "Saya pernah melaluinya ketika mengandung anak pertama dahulu. Cukuplah sekali. Takut melihatkan alatnya yang besar. Saya pun rasa kurang selesa dan sakit semasa rawatan dijalankan." Akui Lina"Bayangkan doktor lelaki pula yang buat. Eee....malunya. Lainlah kalau memang tengah sakit, rasa malu bolehlah di tolak ke tepi." Kata Mimi pula.Selain kurang prihatin tentang kesihatan diri, ini antara faktor penyebab mengapa wanita tidak mahu melakukan ujian pap smear. Rasa takut dan malu begitu tebal dalam diri mereka sehingga sanggup mengetepikan risiko yang mungkin akan dihadapi jika tidak dikesan daripada awal."Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. Malah saya sendiri kurang menerima pesakit wanita yang datang ke sini semata-mata untuk menjalani ujian pap smear. Saya tidak nafikan, wanita tak mahu jalani ujian pap smear kerana rasa takut, sakit dan malu." Akui Dr. Ismail Thamby.

DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA

MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita. Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

KEPENTINGAN PAP SMEAR

Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks, Mereka yang kerap bertukar pasangan, Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian, Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid, Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.

credit:nona

aku dah, korang bila lagi???

Duduk, merangkak dan berdiri [anak mama belum lagi, tapi tak pe sayang, mama tau adam boleh..]
Sekarang, bayi anda sudah berusia lapan bulan jadi dia sudah
mula duduk dengan baik tanpa dibantu dan mungkin sudah merangkak atau bergerak ke sana sini dengan menyeret punggungnya (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak). Bayi anda juga mungkin sudah boleh menarik badan naik ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot. Malah, jika anda dirikan bayi anda di tepi sofa, dia mungkin boleh mengekalkan kedudukan berdiri ini sambil menahan sedaya upaya supaya tidak terjatuh dengan menggunakan perabot untuk bergantung.

Kebolehan bergerak yang baru diperolehi ini menunjukkan bahawa bayi anda sudah mula menempuhi fasa pergerakan langgar dan tumbang. Ini adalah sebahagian daripada tumbesaran kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan, dan walaupun kadang-kala jantung anda tersentak sebentar, jangan bimbang, malah cubalah menikmati bagaimana bayi anda menerokai persekitarannya dan menyedari batas-batasnya. Jika anda dapat menahan gerak hati anda daripada melindungi bayi anda, ini membolehkan dia membesar dan belajar secara sendiri. Walau bagaimanapun, anda haruslah berusaha untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi anda. Sebagai contoh, anda perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah (supaya tidak jatuh) dan menyimpan perabot yang kurang kukuh di dalam bilik yang jarang dimasuki oleh bayi.

Menggunakan tangan [yang ni memang pandai sangat2]
Bayi anda akan cuba mencari objek yang telah jatuh dan menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk ke arah objek itu. Kini, bayi anda juga mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengaut sekeping makanan dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat, dan dia juga telah belajar membuka tangan dan jari-jemarinya secara sedar untuk menjatuhkan atau melontar objek. Dia mungkin akan mula memahirkan dirinya untuk
pegangan menyepit, iaitu satu cara pengendalian yang rumit yang membolehkan dia mengambil objek kecil dengan ibu jari, jari pertama dan jari keduanya.

Sifat semakin emosional
Kini, emosi bayi anda adalah semakin jelas. Bayi anda mungkin akan melakukan pelbagai muslihat, contohnya, menghantar ciuman [adam suka gigit dagu aku bila dukong dia] kepada orang yang dikenalinya, dan mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan. Bagi bulan-bulan yang seterusnya, bayi anda akan belajar memahami dan meniru emosi tertentu dan mungkin akan menunjukkan cetusan empatinya yang pertama. Contohnya, jika dia melihat seseorang menangis, dia juga mungkin akan mula menangis. [yes, masa kat hospital ari tu]

Apabila berpisah [oh no!!! aku pun]
Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula menunjukkan tanda-tanda
kebimbangan berpisah dengan ibunya.[baru tadi aku sampai rumah dia tarik2 kain aku, (dia di dalam walker) dah nak pi keja tarik tangan aku, sedis...] Bayi anda akan mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya jika dia penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat dengannya atau bersamanya, dia akan susah hati. Walaupun anda tidak suka melihat bayi anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui pengalaman ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang lain.

Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. [i alway say that] Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorang pengasuh yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya.

Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati anda.

Mengeksplorasi objek
Pada waktu ini, kebanyakan bayi akan meneroka objek dengan menggoncang [bila dia pegang botol, aku suh dia goncang, ,esti dia goncang n aku cakap ulang kali dia tetap buat.. so sweet..], menghempas dan menjatuhkan objek [yes] sebelum kembali kepada cara pengujian yang paling baik baginya, iaitu mengunyah objek tersebut. Idea bahawa kita melakukan sesuatu kepada objek sudah mula timbul, oleh itu, elok sekiranya disediakan tempat di mana terdapat banyak barang yang boleh dibaling, dicucuk, dipusing, dipicit, digoncang, dijatuhkan dan dibuka oleh bayi anda dan ini akan measyikkannya.

Pada tahap ini, bayi-bayi suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula (tentu sekali anda yang memungutnya) dan dibaling semula. Bayi anda bukannya cuba membuat anda marah dengan perangainya ini; dia hanya mendapati perbuatan ini menarik dan mahu melihatnya berulang kali

Kini, bayi anda juga faham bagaimana suatu objek berhubung kait dengan objek yang lain. Contohnya, dia menyedari bahawa benda yang lebih kecil boleh muat ke dalam benda yang lebih besar. Bayi anda akan dengan mudah mencari barang yang anda sembunyikan, dan dia akan menunjuk kepada gambar yang betul yang disuruh cari. Dan untuk beberapa bulan yang seterusnya, bayi anda akan mula menggunakan objek secara tepat - memberus rambutnya, minum dari cawan dan membebel dengan menggunakan telefon mainannya

Penglihatan yang semakin baik
Bagi bayi anda
penglihatannya kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan dan persepsi kedalaman. Walaupun penglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik.[aku dari jauh dia nampak, tersengeh sampai telinga]

Adakah bayi saya membesar dengan normal?
Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. [yes, mama tak paksa sayang]Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya.

by babycanter

selamat hari lahir ke 8 bulan sayang... anak mama sekarang dah 8.2kg & tinggi naik 3cm. anak mama sihat sekarang.. lalu makan... mama hepi bersamamu sayang... mama doakan Allah WST sihatkan adam, panjangkan umur adam, murahkan rezeki adam... we luv u so much sayang...

Cuti 4 hari...

salam...

lama tak update blog.. tapi tak sempat bersawang lagi.. aku cuti 4 hari, sabtu, ahad, isnin selasa.. sabtu ke dewan sri pinang, ada kenuri kawin.. cc en papa adik dia kawin).. makan, boleh la... tengok pelayang suma bangla, tapi ada sorang pakcik (toke katering kot) dok pi mai pi mai... pakai jubah putih, dengan bangganya lekat lambang 'pas' kat dada... hemmm aku bukan nak kutuk, tapi tak yah la nak tunjuk walo 'umno' sekalipun, dah la pakcik pakai pekerja bangla, kalo melayu tak pa la jugak... makanan dah la tak sedap mana.. kepada cik2 yang nak kawin nanti, ini nasihat dari ahkak yang berpengalaman hal2 katering,

no 1, kalo nak pilih katering jangan la pandang pada luaran ja, nampak dalam catalog cantik terus terpikat, siap ada baju untuk mentara, tapi kena pi rasa dulu masakan dia. tak pun pi kenuri yang katering tu buat (kalo kenuri tu dijemput).

no 2, kalau tengok ada kek nampak lawa, pastikan kek yang sampai hari kenuri tu lawa jugak.

no 3, pastikan pada hari kenduri anda katering tu tak masak untuk kenuri lain, kalo ada 2 (termasuk kenuri anda) itu boleh diterima. kalo tak boleh tengok la nanti tak sampai jam 2pm lauk tinggal kuah aje (dari pengalaman sepupu).

no 4, selalunya katering akan ambil 100 talam 1 canopy, kalo harga katering tak termasuk dengan canopy itu dah dianggap mahal yer.. dan

no 5, kalo boleh jangan la pilih jauh2 katering tu, kalau perjalan ke rumah anda setegahjam tu ok la, kalo makan ms, nanti cuba fikir balik, takut tak lauk tak cukup? lauk lambat hidang? rombongan pengantin lapar? muka pengantin dah macam cokodok basi, masa tu sapa yang nak menyesal? haaaa tu baru bab katering tau...

so kepada bakal2 pengantin. tanyalah kepada orang yang baru kawin dan tanya apa yang kurang pada hari kawin diaorang tu...

aku yang nampak macam bunga matahari... kembang dan kiambang..
en adam amsyar ralit tengok burung merak yang cumil...

Dengan perjanjian aku ari tu dan en papa, kami ke MLO di Dpiazza (area belakang PISA). sebenarnya aku memula silap jalan, masa nak U, baru nampak bangunan coklat ni, terus aku tunjuk bangunan ni... nasib tak pi jalan salah nun, kalo tak tobat tak jumpa dah.. tingkat 3 bagunan ni.. (see my vivoc?)

memula naik tangga, aku kata dalam hati, biaq betui? jenuh nak naik tangga, rupanya ada lif.. kekeke...

dah masuk kedai kak shedah, tapi sayangnya dia tak ada, dia adqa di istambul.. so aku memandai la... ada pekerja 2 orang yang membantu...

try S3, sebenarnya aku ada try unimom, yang tu tak tarik kuat macam s3, kecik, boleh buh bateri lagi.. harga murah 2 3 puluh dari s3.. aku mereng gak nak pilih yang mana sa pun tak tau.. so aku minta pendapat kak shedah dia rekemen s3 sbb heavy duty sikit s3 dari unimom, lagi pun unimom produk baru di malayasia, baru 1 bulan, tak tau la apa negetifnya...

my luv....

en papa sabar menanti sambil layang penang free wifi

en adam sabar (dalam mengamok mengantuk) sedap lena...

1 jam jugak aku dok dalam kedai tu, tup tup masa turun, budak2 ni dah tarik pintu.. masa tu kul 5, kedai tutup jam 6.. hemmm budak2 besa la, bos tak da balik la awai...
ni dia!!!! RM329.80

pas tu besa la.. aku ni bukan nak balik awal.. ajak en papa melencong, pi c4 ajer.. kebetulan pelakon nur kasih ada, tak pi tengok pun, dengar ja...

suka adam dok dalam ni.. memang saiz dia la.. aku memang teringin nak beli menatang nih, tapi kalo dapat rumah tepi lagi syok kan.. hemmm tengok la nanti kalo dapat duit dari langit.. kekeke...

siap lambai kalah prince william...