Isnin, 23 Mei 2011

1994

aku jumpa gambar ni kat fb senior aku... kenangan, masa ni kami sekolah rendah, ramai-ramai gi rombongan cuti sekolah ke KL, selangor & melaka. yang aku ingat tido kat sekolah mana tah...

sebenarnya kakak saja aku yang nak pi sorang, dengan sponsor sepenuhnya oleh arwah nenek. kena bayar RM60 (kalo ikut dolu-dolu tu mahal la kan..) aku ni plak tehegeh-hegeh memujuk nenek nak pi jugak... merayu... (padahal nenek tu tak keja apa pun, dah la tua, tapi nenek simpan duit masa muda) akhirnya dapat jugak aku pi... mekasih nenek, jasamu pada ku, dari dulu tak pernak dilupakan.. nenek adalah nenek terbaik...

ok, berbalik kepada gambar, suma yang pi darjah 4-6. masa ni aku darjah 4 & kakak aku darjah 6...

aku dalam bulatan pink, kakak aku bulatan hijau...


kenangan...ada disini yang arwah dah, ada yang beranak pinak, ada yang tak ada anak, ada yang tak kawin, wallah hualam...