salam...
ari ni aku nak berkongsi dengan korang suma tentang cara perancang keluarga (kepada sesiapa yang belum tahu mcm aku)..
sebelum ni aku makan pil perancang NORIDAY, khas untuk ibu yang menyusukan anak (kalo campur dengan susu biasa pun boleh, TETAPI masih bf lagi mcm aku). Pil perancang lain tak sama dengan noriday yer, pil lain boleh mengurangkan susu kita, tapi noriday tidak akan kurangkan susu.
selepas makan pil ni pada bulan 11, hanya sekali ja aku makan (1 papan) sbb aku tak datang bulan, sehinggalah rabu lepas aku aku datang period. maknanya dah nak masuk 6 bulan la. makan pil ni leceh sikit, aku pernah tertinggal 3 kali (sebab tertinggal kat opis). Oleh sebab itu aku bertekad nak injet plak. nurse pernah bagi tau yang injection ni period datang gila2 sikit.. aku rasa ok la, janji tak lupa makan mcm pil... so jumaat lepas aku dah pi cucuk... untuk 2 bulan sekali... nurse ada bagi tau lagi, period mungkin datang selepas injection ke2. kena la cucuk kat montot. sehari lepas montot ada rasa kebas sikit, mcm lenguh2, tapi tak teruk mana pun.. ada yang kata lenguh 2 3 hari, ada yang demam. tapi Alhamdulillah aku ok jek...
Ada macam-macam cara untuk perancang keluarga ni.. so aku tempek info kat sini, nanti korang boleh la baca sekali ek...
Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:
Ada macam-macam cara untuk perancang keluarga ni.. so aku tempek info kat sini, nanti korang boleh la baca sekali ek...
Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:
- Berumur diantara 20 dan 35 tahun
- Mempunyai anak kurang dari 2-3 orang
- Kelahiran anak terakhir 2-3 tahun lalu
- Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
- Pasangan ingin mempunyai anak
Bilakah kaedah perancang keluarga perlu dimulakan?
Hormon (pil)
- Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari
- Selepas keguguran- mulakan serta merta
- Selepas kelahiran :-
-Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan anak
-Jika menyusukan bayi- mulakan 6 bulan selepas melahirkan anak atau lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula.
Suntikan hormon
- Mulakan dalam masa 7 hari haid
- Mulakan serta merta selepas keguguran
- Selepas kelahiran
- Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak
- Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak
Alat dalam rahim
- Semasa haid
- Serta merta selepas keguguran
- 6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks
Kaedah kekal
- Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)
- serta-merta selepas melahirkan atau
- 6 minggu selepas melahirkan atau
- Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau
- Bila-bila masa