Isnin, 7 Mac 2011

Puasa

peace be upon u

aku posa hari ni... untuk pertamakalinya selepas aku bersalin.. ngeh ngeh ngeh... bagi tau kat orang tu... ada pasai la... berat aku dah makin naik, lagi pun masa peknen dolu2 aku tertinggai 3 hari, leh la ganti..
aku dah makin gemok wes... belakang pun dah beketoi2, tengan & peha makin besau aku tengok. tiada sebarang komlen dari en papa yer, tapi tak kan nak tunggu kena komplen baru nak bertindak khen....
tengok orang selim melim jelos weh... so aku pakai la cara masa aku nak kawin dolu... aku berjaya turun 10 kg dalam masa 12 bulan dengan cara berpuasa ja.. tapi aku menyusu boleh ka? sampai sekarang jam 3 suku petang, aku ok jek...
TIPS
Puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.
Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
  • Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
  • Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
  • Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
  • Terasa loya dan ingin muntah.
  • Rasa menggigil. Berasa lemah dan sakit otot.
  • Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:

  • Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
  • Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
  • Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
  • Banyakkan bertenang.
  • Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
  • Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).
  • Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
  • Banyakkan berdoa dan berfikiran positif

kredit : mysuperkids