Terjemahan dari artikel asal.
Gambar ini adalah gambar bayi yang baru berusia 21 minggu yang belum dilahirkan bernama Samuel Alexander Armas yang dibedah oleh seorang doctor bernama Joseph Burner. Bayi tersebut telah disahkan mengidap penyakit 'spina bifida' yang disahkan tidak dapat diselamatkan jika dikeluarkan dari rahim ibunya. Ibu Samuel, Julie Armas seorang jururawat obstetric di Atlanta. Dia mengenali seorang pakar bedah bernama Dr.Bruner. Dr Burner yg bertugas di Vanderbilt University Medical Center in Nashville, telah menjalankan satu pembedahan khas ke atas bayi ini sewaktu bayi ini masih lagi di dalam rahim.
Sewaktu pembedahan berlangsung, doctor telah mengeluarkan rahim dari seksyen-C dan telah mebuat satu bukaan kecil untuk melakukan pembedahan ke atas bayi tersebut. Apabila doctor tersebut telah selesai menjalankan pembedahan ke atas Samuel, bayi kecil tersebut telah mengenggam jari doctor tersebut melalui bukaan kecil tersebut dengan tangannya yang telah berkeaadaan sempurna.
Dr Burner berkata, ketika jarinya digenggam,itulah saat paling mengharukan dalam hidupnya dan untuk seketika beliau kaku. Gambar ini telah diambil dengan jelas sekali. Penulis telah menamakan gambar ini dengan tajuk 'Hand of Hope -Tangan Harapan".
Dalam tulisannya berkenaan gambar ini, "Jari kecil bayi berusia 21 minggu,Samuel Alexander Armas keluar dari rahim ibunya untuk menggenggam jari tangan Dr Joseph Burner seolah-olah berterima kasih kepada doctor yang menghadiahkan sebuah kehidupan kepadanya".
Ibu Samuel berkata, mereka menagis beberapa hari apabila melihat gambar tersebut. Dia berkata, "Gambar ini mengingatkan kita bahawa mengandung bukanlah mengenai kecacatan atau penyakit, tp ia adalah mengenai seorang insan kecil."
Samuel dilahirkan sihat dan pembedahan ke atasnya dilaksanakan dengan berjaya
p/s:menitik air mata aku baca atikel ni....