Untuk bayi yang inginkan keselesaan walaupun tidak lapar, puting boleh digunakan pada waktu tidur. Jika anda menyusukan bayi anda, tunggu sampai dia berumur satu bulan untuk memberinya puting. Dan jangan menggunakan puting sebagai pengganti penyusuan.
-
Ada pro dan kontra untuk menggunakan puting.
-
1.Beberapa kajian menunjukkan bahawa penggunaan puting pada waktu tidur dapat mencegah berlakunya SIDS (SuddenInfant Death Syndrome). Tetapi bayi yang menggunakan puting selepas usia 6 bulan mempunyai risiko terhadap jangkitan telinga, jangkitan kulat (di mulut), dan jangkitan usus.
-
2.Jika bayi anda mengalami selsema dan tidak boleh bernafas melalui hidungnya, dia akan jauh lebih menderita jika ia bergantung pada puting.
-
3.Jika tabiat menggunakan puting berhenti sekitar usia 5 tahun, kemungkinan tidak perlu bimbang tentang masalah gigi. Itu karena selama bulan-bulan awal dan tahun, anak anda hanya memiliki gigi susu.Tetapi penggunaan puting berpanjangan dapat mempengaruhi pembentukan gusi. Jadi lebih baik jika menyemak dengan pakar untuk saiz dan bentuk puting yang sesuai dengan tahap perkembangan anak.
-
4. Penggunaan puting dapat mengelakkan bayi mempunyai tabiat menghisap jari. Perbezaannya antara kedua tabiat ini,sekurang-kurangnya anda boleh mengalihkan puting dari anak manakala anak akan terus menghisap jari mengikut keselesaan kerana sukar menghalangnya dari menghisap jari setiap masa.
*2 3 hari ni, bila time tido malam en adam amsyar dah tak mo pacifier dah, nak bf ajek... "mama tak marah ayang, nyot2 la sampai ayang kenyang.."