Khamis, 31 Mac 2011
Barang nak letgo
Adam Amsyar Foods
Jom heboh
Cooking!!!!
Isnin, 28 Mac 2011
Dapat Pahala
Jumaat, 25 Mac 2011
Diet for BF
Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?
Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra kehamilan secara perlahan.
Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama.
Apa yang perlu saya makan?
Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).
Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.
Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.
Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda
Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.
Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum
Dalam sesetengah budaya, seorang ibu yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. Dalam keluarga Cina yang lebih tradisional, sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk “memanaskan” badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan anda. Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan.
Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.
Bagaimana dengan diet semasa menyusui?
Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.
Engagement
Rabu, 23 Mac 2011
Makanan bayi
Terdapat banyak kekeliruan tentang bilakah selamat untuk memperkenalkan sesuatu makanan untuk bayi. Ibu yang mula memperkenalkan pepejal awal kepada bayi mereka sering mendengar rayuan menderu-deru “telur tak boleh, kacang tak boleh, buah sitrus tak boleh, gandum tak boleh, kismis tak boleh, kiwi tak boleh”, dan senarai pantang larang ini kian bertambah. Kadang-kala nasihat yang diberikan khusus untuk bayi yang mempunyai kesulitan tertentu, contohnya, bayi dari keluarga yang mempunyai sejarah alergi yang ketara, langsung diterima dan digunapakai untuk semua bayi. Jika keluarga anda menghidapi penyakit asma, ekzema atau alergi makanan, adalah baik jika anda berbincang dengan doktor keluarga untuk mengetahui sama ada bayi anda perlu mengelakkan makanan tertentu untuk masa yang lebih panjang.
Gandum, oat dan lain makanan mengandungi gluten
Risiko dijangkiti penyakit seliak berkurangan jika anda menghindarkan dari mengambil makanan mengandungi gluten, seperti gandum, gandum hitam dan makanan berasaskan barli. Ini termasuk roti, tepung gandum, pasta, sesetengah bijirin sarapan dan biskut rusk sehingga usia enam bulan. Oat elok dielakkan juga, sebab ia mungkin diproses di kilang yang juga memproses gandum.
Telur
Telur masak boleh dimasukkan ke dalam diet bayi anda apabila dia berusia enam bulan. Anda harus menghindari daripada menggunakan telur mentah dalam diet bayi sebab kadang-kala ianya mengandungi salmonela, yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Apabila memasak telur untuk bayi anda, pastikan telur dan putih telur itu kental. Atas rasional yang sama, adalah baik untuk tidak memberikan anak anda sebarang makanan yang berkemungkinan mengandungi telur mentah, seperti campuran kek yang tak masak, ais krim buatan rumah atau mayones, atau makanan pencuci mulut yang mengandungi telur mentah, seperti mousse
Alergi yang serius terhadap kacang-kacang dan produk kacang, dan jenis kacang tertentu menjejaskan kurang daripada satu peratus populasi. Bayi anda mungkin lebih berisiko jika anda, suami anda, dan adik beradik, mempunyai masalah alergi seperti hayfever (alergi gatal disebabkan debu), penyakit asma dan/atau ekzema.
-
Dahulu disyorkan bahawa jika anda atau suami anda mempunyai sejarah alergi, anda mungkin mahu cuba mengelakkan kacang tanah semasa kehamilan dan penyusuan badan, dan tidak memberikan anak anda kacang tanah untuk tiga tahun pertama usianya. Namun begitu, Agensi Piawaian Makanan UK telah mengatakan bahawa nasihat ini harus ditarik balik, sebab tiada bukti yang cukup untuk mempertahankannya. Walau bagaimanapun, alergi kacang tanah jarang terdapat di kalangan orang Asia.
Alergi bijan kian bertambah, dan sama seperti alergi kacang tanah, alergi bijan boleh melarat, dan boleh membawa kepada anafilaksis.
Agensi Piawaian Makanan UK mengesyorkan bahawa anda seharusnya tidak memberi sebarang ikan atau makanan kerang kepada bayi lebih muda dari enam bulan, sebab terdapat kebarangkalian kecil yang mereka akan mendapat reaksi alergi.
Madu ialah gula, dan memberikan anak anda gula menggalakkan kegemaran terhadap makanan manis dan mengakibatkan kerosakan gigi. Agensi Piawaian Makanan UK mengesyorkan bahawa anda tidak memberi anak anda madu sebelum usia satu tahun, sebab ada kalanya ia mengandungi bakteria yang boleh mengeluarkan toksin dalam usus bayi. Ini dikenali sebagai botulisme bayi. Apabila bayi anda mencapai usia satu tahun, ususnya sudah matang dan sudah boleh menangani bakteria dari membiak
Kismis dan lain buah kering seperti kismis anggur hijau menyediakan snek berkhasiat bagi bayi yang lebih tua atau kanak-kanak bertatih. Walau bagaimanapun, sebarang makanan berkeping kecil mempunyai potensi risiko bayi tercekik, apatah lagi jika umur anak anda kurang dari satu tahun. Oleh itu, adalah baik jika anda hadir semasa anak anda mencuba makanan jejari seperti kismis dan anda harus memastikan yang dia telah sudah cukup sedia dari segi perkembangannya untuk mengunyah dan boleh duduk tegak secara sempurna, selain dari menguasai pegangan sepit untuk mencengkam dengan ibu jari dan jari telunjuk dan mengangkat barang.
Buah sitrus seperti oren, oren mandarin, limau gedang, lemon dan limau nipis mengandungi banyak vitamin C. Sebelum usia enam bulan, bayi tidak seharusnya diberikan jus buah dan buah sitrus. Jika anda membeli makanan bayi tersedia, telitikan label untuk mengetahui sama ada ia mengandungi buah sitrus seperti lemon sering dimasukkan ke dalam puri makanan bercerai susu awal seperti epal dan pisang. Jika memberi jus buah, berikan untuk hidangan utama sahaja dan pastikan ia betul-betul cair (satu bahagian jus untuk 10 bahagian air) dan berikannya dalam cawan atau bikar, bukan botol. Jika diminum secara cepat, ianya membantu mengurangkan risiko kerosakan gigi akibat kehadiran gula-gula dan asid secara semula jadi.
Buah berbiji kadang-kala menyebabkan reaksi alergi bagi bayi. Tunggulah sampai bayi anda berusia enam bulan sebelum memberikannya. Reaksi alergik terhadap buah-buah jenis ini dan sayur-sayuran selalunya tidaklah serius, setakat menjejaskan mulut, menyebabkan rasa gatal atau ruam tebal di tempat-tempat di mana makanan itu menyentuhi bibir dan mulut. Ini dikatakan sindrom alergi mulut
Jangan beri susu kambing atau biri-biri kepada bayi di bawah satu tahun. Jika anda memilih untuk menggunakannya selepas setahun, pastikan ianya dipasteurkan.
Susu menyusul (atau susu membesar) diperbuat dari susu lembu dan dipasarkan atas kepercayaan yang ianya kaya dengan zat besi. Tidak ada keperluan untuk membeli formula membesar untuk menggantikan formula bayi. Jika anda bercadang menggunakannya juga, pastikan usia bayi anda sudah melebihi enam bulan.
Makanan berserat tinggi adalah tidak sesuai untuk bayi atau kanak-kanak muda. Penggunaan roti mil penuh, pasta dan bijiran tidak menjadi masalah, tetapi elakkan daripada memberi makanan ini terlalu banyak sebab ianya akan memenuhkan perut anak anda, dan menjejasan pemakanan makanan lain.
Minuman teh tidak disyorkan untuk bayi atau kanak-kanak kecil. Ianya mengurangkan penyerapan zat besi apabila diambil dengan hidangan utama, ia mengandungi kafeina dan boleh melecurkan mulut bayi anda. Jika teh ditambah gula, ia juga menyumbang kepada kerosakan gigi.
Minuman bergas dan minuman soda
Minuman skuasy, minuman soda bergas, juga susu berperisa dan minuman jus tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang baru mula bertatih. Ini disebabkan kanak-kanak yang banyak diberikan minuman manis, terutama sekali minuman bergas dan skuasy, didedahkan kepada risiko kerosakan gigi sebab minuman itu telah dicampur dengan gula dan mengandungi asid. Juga terdapat risiko bagi kanak-kanak yang “menyerempet” (graze iaitu makan snek) sepanjang hari menjejaskan selera mereka untuk mengambil makanan yang lebih berkhasiat. Setengah kanak-kanak juga akan menghidap “cirit-birit kanak bertatih” sebab terlalu banyak mengambil skuasy.
Pati jus buah mengandungi banyak vitamin yang mujarab untuk kesihatan kanak-kanak, terutama sekali vitamin C. Gula-gula yang terkandung dalamnya adalah bahaya untuk gigi, jadi cairkan minuman itu dengan baik (satu bahagian jus untuk 10 air), berikan jus semasa hidangan utama sahaja, dan gunakan cawam atau bikar, bukan botol. Minuman yang terbaik untuk kanak-kanak pada masa selang antara hidangan utama ialah air dan susu. Ini tidak mengandungi gula-gula yang boleh merosakkan gigi. Susu juga mengandungi vitamin dan mineral penting, seperti kalsium, vitamin B2 dan B12.